Monday, July 20, 2009

Al-Fatihah


Hari Khamis lepas ada saudara belah Ayah meninggal dunia.
Mama kenal Atuk ni as Pakcik Berahim. Pakcik Berahim saudara belah Atuk.

Dah lebih sebulan sakit di Hospital UM. Doktor sendiri takleh trace apa sakitnya. Yang menjadi kehairanan darah putih Tuk Berahim makin kurang.

Mama sempat melawat Tuk Berahim sekali je di hospital. Sebelum Tuk berahim meninggal, khabarnya dah semakin sihat dah boleh duduk, dah nampak segar sedikit. Tak sangka sungguh tetiba dapat berita Tuk Berahim nazak dan dalam masa yang singkat, Allah dah ambil nyawa Tuk Berahim.

Inna lillahi wa inna ilaihi raji'un...
(We belong to Allah and to Him we shall return..)

The Prophet s.a.w said , "If any Muslim man or woman suffers a calamity and keeps it in his memory, even if it happened a long time ago, saying each time it is remembered, "Inna lillahi wa inna ilaihi raji'un" ('We belong to Allah and to Him do we return,') Allah, who is Blessed and Exalted will give a fresh reward each time it is said, equivalent to the reward when it happened."

(Tirmidhi: Ahmad and Bayhaqi, in Shu'ab al-Iman, transmitted it.)


Tinggal tak sampai 3 bulan anak Tuk Berahim, (Auntie Shirin) mengikut perancangan akan melangsungkan perkahwinan dengan tunang, Paklong. Sedih, memang sedih bila di kenangkan. Teringat masa arwah Atuk meninggal dulu. Daddy pun masa tu sebulan lagi nak melangsungkan perkahwinan ngan Mummy. Memang tak tergambar sedihnya. Macam tu gak ngan Walid. Walaupun telah selesai melangsungkan perkahwinan, tetap Walid pasti terkilan Atuk Din tak sempat lihat cucunya yang ke-4.

Apapun yang terjadi semua pasti ada hikmahnya. Kita yang hidup kena reda dengan pemergian insan yang di kasihi walaupun pahit untuk di telan. Kita sebagai umat Islam harus terima qada dan qadar Allah SWT.

Sama2 kita sedekahkan Al-Fatihah buat semua insan yang sentiasa akan tetap ada dalam hati kita sampai bila2....





p/s: Buat Auntie Shirin dan keluarga, tabah dan sabarlah menrima dugaan Ilahi, teruskan hidup penuh semangat pasti ia mampu membuat arwah peroleh sekelumit ketenangan dan tersenyum di sana....



♥'s,

No comments:

Post a Comment

Blog Widget by LinkWithin
Daisypath Anniversary Years Ticker
Lilypie Kids birthday Ticker