Showing posts with label Akif Aiman. Show all posts
Showing posts with label Akif Aiman. Show all posts

Monday, September 7, 2009

Berbuka Puasa Di Seremban.




Happy cousin..

Driver lagik kecik dari passenger..



Alhamdullilah. Dapat gak kita berbuka posa di rumah Opah Seremban.

Walaupun untuk 2 ari, Opah mesti suka.

Scha sangat happy dapat main ngan Abang Akif ngan Kakak Alessa. Sampai tak tido sehari suntuk.

Alhamdullilah. Rumah Opah dah berganti langsir, bermop, ber vacum bagai.. Tapi bukan Mama yang buat macam selalu. Kali ni Mama bawak 2 pembantu tolong Mama. heheheh.. ngelat btol.

Sampai Seremban tengok rumah Opah macam lepas kemas. Rupanya Mummy datang berbuka semalam dan tolong kemas. Tqvm to my SIL, Lin!

Berbuka ngan ala kadar jek kat Seremban. Ari Sabtu Mama goreng NGC, (Nasi goreng cina daa..) + ada Bakso made by my 2 helper. Esoknya buat Mee goreng plak. + Nasi ada lauk2 beli jek kat Pasar Ramadan Paroi Jaya.

Punyala macam2 Scha makan. Dari Bakso ke Roti Canai.. dari Sumi ke Vitagen.. Semua Scha nak rasa.. tapi badan tetap maintain. (macam Mama muda2 duluuu.... T____T )

Masa ni Scha dah pandai naik basikal Abang Akif. Suprise me, Scha boleh kayuh. Tapi sikit je la. Yang lain Mama plak kene seat kat belakang bawak Scha pusing2. Ponek Mama tau!

Tap Tup Tap Tup, dah 2 minggu posa, abis minggu ni dah 3 minggu posa.. pantas btol masa jalan. Kalo lari entahla....

Tahun ni raya mana ye kita?.. Kalo Daddy raya Telok Bakong, kita balik Ipoh dulu. Kalo tak, kita balik Telok Bakong dulu. Salah sorang between me and Daddy akan bawa Opah balik kg. Mama dan Ayah tak kisah raya mana dulu sebab Telok Bakong dan Ipoh dekat sangat. Yang penting Mama nak ke kubur Atuk di pagi raya..

Tahun ni mesti seronok raya sebab Scha dah boleh jalan. Baju raya Scha punyala banyak di beli dek Pak Ngah. Bertuah ko nak..


Baju raya tahun lepas..




p/s: Been very busy lately.. Mama banyak snap ur pic tapi tak sempat upload.. sori dear..

♥'s,


Monday, August 10, 2009

Happy Birthday Kakak Zara!






Semalam sehari suntuk Scha tak tido!! Malam baru Scha tido. Tido awal pukul 9 malam. Sekejap jek netek masa Mama tengah nonton Jangan Lupa Lirik sambil Mama nyanyi Scha dah terlelap.

Serius Scha penat giler.

Dari hari Sabtu, siang tolong Mama + Ayah overhaul rumah... hehehh.. berabuk ngan lantai pijak cnfm tapak kaki itam. Tu belum bilik ayor... Jadik Mama mengerah tenaga Ayah + Scha untuk kemas rumah sempena nak puasa... (to ayah, kemas raya lain kay.. jgn senang ati sangat...)

Malam Sabtu plak kita gi rumah arwah Tok Berahim. Ada perbincangan kahwin buat Auntie Shirin. (berkampung gitu..)

Caterer untuk kawin Auntie Shirin nanti amik catering kita.. dulu lagi masa arwah ada dah sebut pasal ni. memula Mama tolak sebab rasa macam risau bangat nak masak kasik Opah Lela & the crew bertandang makan... lagipun berangan nak la jadik orang sebelah.


Tapi bila di pikior banyak2 kali... rasanya tak salah.. lagi pun itu semua pengalaman. Mama nak jadi Caterer yang serba boleh!


Tapi lagik sekali bila isu pasal Caterer di sebut masa kat umah arwah.. Mama goyah balik.. (risau weiiii...) . Macam2 perasaan ada... kerisauan melanda. (i got to be strong.. think positive Mama!!.. i wish you can say that to me..)


Apapun Mama pernah buat catering 1200 pax cuma kali ni lain..

lain sebab Mama takut sangat kalau ada perbandingan..,
Mama risau Opah Lela tak sudi makan nanti... (isk.sampai kesitu plak pikior..)..,
Mama tak tau nak kira camne.. kang termahal... tapi takleh gak rugi,
Mama takut tak dapat nak contribute untuk belah Opah Lela sebab sibuk urus catering.. walhal Paklong yang kahwin ni. (wajib kena contribute.. )
Esoknya lepas catering, wedding Paklong plak (wajib, harus hadir, kalo tak kena buang daerah..) cnfm muka macam cipan yang stress tahap gaban..
Geram!! mesti tak best tengok Mummy, Mama Yati, Mama Ina, Mama Nim, Umi, Auntie Wani yang semuanya gedik2 melaram nanti.. jealous la i..



Eh.. dah lari topik ni.. jom kejar balik!! (buat2 lupakan seketika pasal catering tu.. ada 3 more months to go ..)

Sambung cite kat umah arwah Tuk Berahim, Scha as always will be super duper hyper active sebab lepas di injet ngan vitamin triple dccvx7abcx00000000 energy. (wtf..)

Ponek Mama! Ayah aka orang lelaki rilek jek... Mama peratikan kebanyakan bapa2 bila jaga anak.. borak jek lebih. Dah jatuh anak tu barulah nak perati betul2.



Sempat buat sambutan birthday Kakak Zara, cucu arwah Tuk Berahim. She's 2 years old on 6 August 2009. Saja sambut ari Sabtu sebab masa tu ramai family kumpul menurut kata mama Zara.


Masa nak tunggu tiup kek adalah sangat kelakar.. dan bila masa makan kek lagik lee sangat kelakar.

tak kasik orang pegang.. nak pegang sendiri..


dapat jek green light terus grab cupcake sumbat kat mulut, ni le hasilnya..


sampai lubang2 idung kaler2... namun tatap menjadik pojaan Mama!!


others kid eat too but nope as clean as u dear....


Odw dalam keta Scha tertido sambil netek. Tu pun dah dekat midnight.

Esoknya ari Ahad, Opah, Abang Akif, Kakak Alessa, Arif singgah umah kita. Diorang balik Kg, Perak. Kita pun patut balik tapi di sebabkan ada perbincangan tak dapek doo..

Punyala seronok Scha main sampai takyah tidur2. Datang plak Abang Khilfi dan kakak2nya yg gediks. Petang plak gi padang ada senam aerobik. Balik rumah Hakim datang... Main saja la sehari suntuk.

Kakak Alessa sampai cakap sendiri.. "Alessa tidur sini ah..".. seronok sangat Kakak Alessa jumpa Scha. Eh, Kakak Alessa panggil awak Mya. Daddy's family panggil awak Mya.

Mama pun seronok ramai orang bertandang rumah kita semalam, macam raya plak sampai tak sempat snap gambar apapun... seronok melayan... layannnnnnnnn...







p/s: Hope somebody (not from Ayah's side) will give me some good advise regarding me doing catering for Paklongs Wedding.. am i doing the right things? do i look bad if i don't be the "orang sebelah" for Paklongs side.. kekadang dok cakap sendiri, be positive tapi biasala pompuan.. emosi macam c***bai..

♥'s,

Monday, August 3, 2009

Fun day with your cousin 2


Kat umah daddy lepas mandi swimming pool.

Scha tak fokus coz sibuk usha Abang Akif nye PSP

Kakak Alessa suap Coco Crunch

main cak2 ngan Arif

berhug bagai sebelum berpisah..kuakuaka

sebelum balik KL, kita gi makan2 kat restoran Doll Tomyam dekat ngan exit tol Senawang.






♥'s,


Fun day with your cousin


Alessa Ariana, Mya Natasya and Akif Aiman



Last week and its only yesterday, we went back to Seremban. Ada kenduri arwah di rumah Tok Chu di Paroi.

Hari Sabtu kita balik dan tak sempat bawak Scha jalan2 shopping mall pun. hanya sempat bawak Scha gi mandi kolam.

Kita mandi kolam kat rumah daddy, Spannish Villa.

Scha mandi ngan cousin2 Scha, Abang Akif, Kakak Aleesa + Arif.

look at how fun u're having..

Abang Akif with his water gun.

Kakak Alessa yang cute!

mula2 masuk ngan Ayah pastu Ayah ilang gi kolam besar..

cute Mama's.



seronok sangat Scha main ngan Abang Akif





Tapi ada cerita menarik masa ni, maybe one day when u know how to read, rasa malu bila baca but i bet when you get much older u will giggle hilariously to it.



Scha terbuang air besar!! Masa tu dah bukak pampers. Pakai swimsuit. Nasib baik tepi kolam jek. Mama tetiba tengok air tukar kaler terus angkat Scha bawak gi toilet. Isk.. isk.. nyaris bukan kat tengah kolam dan luckily not somewhere where theres more people.


Ayah dengan pantas menangguk di air yang keruh. wawakakkakaka...

Ayah kata sempat tangguk yang besar2 jek yang lain dah bercampur ngan air kolam. muahhahahah....



kat adults pool

cantikkan view kat sini..

selamba jek panjat kuar..


lastlty sebelum gerak balik umah daddy sempat main air guna shower kat situ..



p/s: dah lama Mama plan nak bawak Scha main ngan ur cousin, baru semalam ada kesempatan..
♥'s,
Blog Widget by LinkWithin
Daisypath Anniversary Years Ticker
Lilypie Kids birthday Ticker