Showing posts with label mama. Show all posts
Showing posts with label mama. Show all posts

Monday, October 19, 2009

Rindunyeeeeee....



mandi kolam di rumah Daddy. Ada open house catering sendiri kat umah Daddy..heheh..





Wahhhh.. dekat sebulan Mama tak update blog.. banyak perkara harus dilakukan.. sampai tengah tulis ni pun ngan mata ngantuk. tak cukup tido.. dari ari Rabu lepas ada 5 catering, masak jek kejenya sampai Mama kekadang pening pikir barang nak beli..

Ofis pun nak pindah dalam 3 weeks ni.. arrghhh.. nak uruskan catering lagi.. Mama risaukan Scha. Memang ada Opah2, Atuk, Pak Ngah, Mak Su boleh jaga tapi Mama rindu nak layan sendiri kerenah anak Mama.. Mama suka bila kita bergurau.. hanya kita ber2..






p/s: forgive me if i always scold u lately.. i'm tired.. i 'm bz.. i really hate myself when i'm being impatient with u.. Maafkan Mama ye sayang... (Mama tak kejar duit tapi Mama + Ayah harus cari duit untuk sediakan keperluan kita..)


♥'s,


Monday, August 17, 2009

Sekolah Menengah Convent, Seremban



Bila dah beranak macam bz, padahal tak bz mana pun. Kawan masa sekolah dulu ramai tapi putus hubungan gitu je. (sombong ke?.. tak tapi macam tak kisah.. walhal kan best kalo jumpa balik kengkawan lama)

Mama part ni memang fail. Bila dah bz hal lain mula la lupa diri..eh, kawan.. padahal korang semua memang senantiasa di hati. Mana bleh lupa time sek dulu..

Dapat email dari kawan sekolah rendah Mama. Tengok jek nama memang recognize. Masriwati Kunting. Terus teringat keramahan Mas yang hitam manis orangnya. She's email me through Facebook. Rupanya diorang ni dah wat gathering last year. Jealous la plak..

Mama dulu sekolah rendah dan menengah kat Sek Convent, Seremban. Old Convent. Dah tak ada dah sek ni dah pindah dan tukar nama ke Sek Sri Putri kot.. Old Convent dah tukar jadik Lake.

Kononnya masa runtuhkan dulu nak wat MetroJaya. Last2 tinggal gitu je. Yang sempat buat basement yang dah jadik tasik. What a waste.. Padahal Convent tu dulu adalah sangat nostalgic.

Apapun nie ada gambar gathering diorg. Hopefully next time i will join them. Harap2 ader yang tersurf ke sini boleh la contact2 kay..




from left: Nurul Huda Mislan, Masriwati, Fifi Fiona, Nina Azreena, Noorashikin Abdul Latiff, Zalifah Yasmin



yang ni tak berapa ingat.. yang kenal, Fifi Fiona, Masriwati, Aziah, Nurul Huda Mislan, Masleena, Mazlyna Abdul Rahman, Noorani... maaf yang tak di sebut, serious tak ingat.




p/s: entry dah lama draft dok ingat nak taruh pic masa sek tapi sampai la ni asyik lupa nak amik kat Seremban.... we we..

♥'s,

Tuesday, August 11, 2009

Chit Chat Of A Beautiful Ladies






Korang pernah tak tengok Chit Chat Of Beautiful Ladies? Ni Korea nya talk show.

First time tengok pun bila dah bosan tak ada apa menarik kat Astro. (sakit ati ngan Astro, sesuka ati jek naikkan bil.. )

Tekan2 tertekan no 303. Channel KBS World. Nampak macam game show. Saja la layan.. menarik la pulak. (masa ni dah pukul 1 pagi..)

Best rupanya talk show ni. Beautiful Ladies not only from Korea. They are foreigners. They come from all over the world. Tapi diorg ni tinggal kat Korea. Ada yang dah kahwin ngan orang Korea, ada yang belajar dan ada yang bekerja di Korea.

They talk about all the thing in Korea and about their hometown as well.. seronok tengok.

It is so hilarious to see foreigners give their perspectives on and relate their experiences in Korea. Bayangkan kita orang pompuan bila berborak pasal lelaki, kutuk lelaki.. diorg plak bandingkan lelaki Asia ngan lelaki Barat.. and they talk in fluent Korean. Kumpulan wanita ni jarang bertukar ada yang dah bertahun tahun dalam talk show ni, kiranya sambil tu diorg bleh improve bahasa Korea memasing.

Just go to youtube if you haven't heard or watch it..

Ni tersurf one of their 2008 episode, tak tau plak ade peserta dari Malaysia dulu... Sophia.

There's a Korean guy who bravely confessed his love to a Malay girl, live on TV! I think that is so interesting. I wonder if they would end up marrying each other?

Tapi ada gak part yang tak best... rasanya diorg tau Sophia ni Islam sebab tetiba ada yg mencelah masa mamat Korea ni bicara cinta,

"This is Muhammad, he's right here."

Terkejut jap tengok statement tu.. macam merpersendakan Nabi Muhammad SAW.

Seolah samakan mamat Korea ni ngan Nabi junjungan kita, Nabi Muhammad SAW.

Well, Sophia mungkin boleh tergelak gelak.. tapi tolong hati2 bila nak buat penapisan. Guna yang boleh saring triple punya...

Sila tengok sedutan ini.




♥'s

Monday, August 10, 2009

~WTF~



sakit mata.. laju le pulak..

missing you is my hobby

caring for you is my job

making you happy is my duty

And loving you is my life


You know what come across my mind one day...

Is about car registration plate number. Silly think come across my (actually clean) mind.

You know that the fastest number is Wilayah Persekutuan which starts with W. The latest you can check for an update is at http://www.jpj.gov.my/malay/plateno.htm



Have ever come to your mind when the alphabet number reach to WTF..

Do you want a vehicle with a such unique registration plate number??

Do you dare??!! Hahahhahahh.. whosoever does understand what i mean please please join me lol ........ muhahahhahahah..





note: to Scha, sorry for Mama nye dirty mind. Take it as some silly daily life joke kay.. but please mind your words in front of others...

♥'s,


Tuesday, August 4, 2009

Petua MelemVutkan Hati Anak






Mama tersurf kat satu blog ni dan apa yang di blog sangat menariks.

Banyak yang boleh di jadikan sempadan... (tak kira aa daerah ke negara ke..)

Satu yang menarik minat tentang Petua Melembutkan Hati Anak.

Well, merujuk pada Natasya, Scha anak yang lembut cuma sekali sekala batu ada dalam kepala!

Kekadang tergugat jugak tahap kesabaran Mama. But sometimes i know i do it the wrong way.. i just explode whithout thinking the consequent.

Mama akan ilang sabar bila;


Scene 1


Mama : " Scha, kasik Mama cawan tu "

Scha : " nanak " (ngan geleng kepala)

Mama : " Bak le karang tumpah "

Scha : (terus campak cawan...)

(Mama dah puas ajar tak gak berjaya lagi..)


Scene 2

Mama : "Scha jangan minum air paip tu "

Scha : " pia pia pia .." (ur bahasa Jerman) (sambil tu bila Mama ralit Scha minum air paip..)

Mama : " Natasya! "

Scha : " pia pia pia .. Nak aaa " (tunjuk muka berkerut marah Mama plak..)

Mama : (terus tutup air paip)

Scha : "uwaaaaaaaaaaaaa....."


Scene 3

Mama : (tengah lipat kain)

Scha : (mesti tarik kain yang telah di lipat)

Mama : (terus babab tangan Scha sebab dah banyak kali Scha buat)

Scha : "pia pia pia.." (sambil usha line clear ke tak untuk kaco lipatan Mama lagi)

Scha : (akan never give up untuk tarik kain baju yg dah berlipat..)

Mama : arrrrrrrggghhhh!!!!!!!!!


Bila terbaca kat blog ni pasal melembutkan hati anak, i think i wanna share it with u too.


Petikan dari program Ar-Rayyan oleh Dr Fatma El-Zahra

~“baca Ya-Latif, Ya-Latif, Ya-Latif vaaanyak-vanyak. Insya-Allah, hati anak jadi lemvut”

~“lagi satu ayat ialah surah Taaha, ayat 1 samfai ayat enam”

*baca ikut slang Dr Fatma.. syok oOoo...




p/s: Mama pukul anak Mama sebab Mama sayang kay. I dont want u to grow up being all spoiled. But i only beat at ur hand and ur calf. Thats the way i educate u.


♥'s,





Sabda Rasulullah s.a.w.


Berguraulah dengan anak kamu kala usianya satu hingga tujuh tahun. Berseronok dengan mereka, bergurau hingga naik atas belakang pun tak apa. Jika suka geletek, kejar atau usik anak asalkan hubungan rapat. Lepas tujuh hingga 14 tahun kita didik dan ajar, kalau salah pukullah dia (sebagai pengajaran)” dimana yang nak dipukul tu? Tapak kakinya … bukan muka, punggung, telinga dan ditempat-tempat yang sensitif… itu salah…



“Jika dia bijak dan menang dalam sebarang pertandingan sekolah, ucapkan tahniah. Tidak salah kita cium atau peluk mereka sebagai tanda penghargaan. Kala umur mereka 14 hingga 21 tahun jadikan kawan. Tetapi selalunya usia beginilah ibu bapa mula merenggangkan hubungan dan ini menyebabkan anak derhaka”. Yang penting anak-anak harus dilatih sembahyang jemaah bersama, latih cium tangan dan peluk penuh kasih dan sayang, maka mereka tidak akan tergamak menderhaka.



“Saya pernah tinjau, anak-anak yang lari daripada rumah, berpunca daripada rasa bosan. Belum sempat letak beg sekolah, ibu dah suruh macam-macam. Si anak rasa tertekan dan menyampah dengan persekitaran dan rumahnya. Boleh disuruh tetapi berikan hak mereka di rumah. Yang penting dia balik ke rumah suka, dan pergi sekolah pun seronok. “Mungkin ibu bapa punya alasan tidak rapat dengan anak-anak kerana sibuk. Kita boleh cuba cara lain, balik di tengah malam, anak-anak sudah tidur, pergi bilik dan cium dahinya. Hubungan rohani tetap subur, walaupun anak tidur tetapi jiwanya sentiasa hidup.



” Jangan kita tunjuk sikap kita yang panas baran, pemarah dan ada kuasa veto kepada mereka, jangan suka mengherdik mereka dengan perkataan *tuttt*, kurang ajar, sumpah seranah dan sebagainya yang merupakan doa kepada mereka”. inilah yang menyebabkan mereka derhaka kepada kita…



Islam sangat memandang berat soal pendidikan kanak-kanak dan memberi hak-hak yang sepatutnya kepada mereka. Islam telah menggariskan panduan yang tertentu serta cara dalam mendidik anak-anak sejak ia di dalam kandungan ibunya lagi malahan lebih awal daripada itu.Islam menggalakkan umatnya apabila memilih suami atau isteri hendaklah seorang yang mempunyai keperibadian yang mulia.Anak merupakan nikmat yang dikurniakan oleh Allah dan merupakan perhiasan dalam kehidupan manusia. Orang yang telah diberi nikmat ini sudah tentu memelihara dan mendidik dengan pendidikan Islam sebagai mensyukuri nikmat tersebut.


Kanak-kanak memerlukan kasih sayang


Kanak-kanak memerlukan kasih sayang daripada ibu bapa sepertimana ia berhajat kepada makanan dan minuman.Kasih sayang kepada anak-anak adalah merupakan sebahagian daripada pendidikan pertama yang sepatutnya diberi perhatian oleh ibubapa.Menurut ahli psikologi,kanak-kanak memerlukan kasih sayang disebabkan kepada tiga faktor utama iaitu:Pertama: Kanak-kanak memerlukan kebahagian dan ketenangan dalam hidupnya. Melalui kasih sayang kepada kanak-kanak ,ia dapat merasai ketenangan dan kebahagiaan kerana mereka dilahirkan dalam keadaan lemah dan memerlukan pertolongan dan pergantungan kepada orang lain.Kedua:Pembentukan dari segi pemikiran .Kanak-kanak yang terbentuk dari suasana kasih sayang yang sepenuhnya ,maka ia dapat membentuk pemikiran yang kreatif dan bernas.Di samping itu,kanak-kanak tersebut mempunyai daya ingatan yang kuat dan perangai yang baik.Ketiga:Pembentukan dari segi masyarakat .Kanak-kanak yang diberikan kasih sayang sejak kecil lagi dapat menyesuaikan diri dengan masyarakat dan mempunyai kasih sayang kepada masyarakat sekelilingnya.


Memberi Pendidikan dan Ilmu Pengetahuan


Setiap ibubapa bertanggungjawab mendidik anak-anak dengan pendidikan agama supaya anak-anak tersebut menjadi anak yang soleh.Ibubapa perlu menjaga diri kanak-kanak dari perkara yang boleh merosakkan dirinya sama ada dari segi pemikiran dan fizikal.Penekanan kepada pendidikan agama harus diberikan perhatian yang serius dalam pembentukan sahsiah mereka.Islam telah menggariskan panduan dalam mendidik kanak-kanak.Antaranya ialah:


i. Mengajar mengenali sifat-sifat ketuhanan.


Islam menyuruh ibubapa mengajar kanak-kanak supaya mengenali sifat-sifat ketuhanan.Ia merupakan pendidikan awal dan asas dalam pembentukan pemikiran kanak-kanak dan pembinaan akidah yang mantap sejak kecil lagi. Sifat wajib yang kedua puluh tersebut mestilah diajar dengan kefahaman yang mendalam.Kanak-kanak telah dilahirkan dalam keaadan fitrah putih bersih,ibubapanya yang bertanggungjawab sepenuhnya dalam membentuk indentiti agamanya.


ii. Mengajar cara-cara sembahyang


Ibubapa wajib mendidik anak-anaknya cara bersembahyang sejak kecil lagi.Sabda Rasululluah SAW yang bermaksud :


"Ajarlah anak-anak kamu bersembahyang ketika berusia tujuh tahun dan pukul mereka ketika berusia sepuluh tahun dan asingkan antara mereka dalam tempat tidur.”


iii. Mengajar ilmu pengetahuan


Ibubapa bertanggungjawab mendidik serta memberi pendidikan ilmu pengetahuan yang baik kepada anak-anak .Ibubapa perlu menyemaikan minat untuk mereka membaca,dan cintakan ilmu pengetahuan .Ilmu pengetahuan ini meliputi segala ilmu yang manfaat kepada mereka dalam menghadapi cabaran hidup. Pada zaman sekarang ,ilmu-ilmu multimedia ,sains dan teknologi perlu dikuasai oleh mereka untuk menghadapi cabaran masa depan.


iv. Mengajar al-Quran


Rasulullah SAW sangat menekankan kepada ibubapa agar mengajarkan al-Quran kepada anak-anak .Sabda Rasulullah SAW yang diriwayatkan oleh Tabrani yang bermaksud :


"Didiklah anak-anak kanu dengan tiga perkara iaitu cintakan nabi kamu, cintakan keluarga nabi kamu dan mengajarkan al-Quran kerana orang yang mendampingi al-Quran akan dinaungi oleh arash Allah pada hari yang tidak ada naungan selian darinya bersama para nabi-nabi dan pembantunya."


v. Mendidik mengenali kejadian ala mini


Ibubapa seharusnya mendidik anak-anak supaya mengenali kejadian ala mini serta mengambil iktibar daripadanya.Manusia perlu memahami hubungannya dengan alam sekeliling yang telah dijadikan oleh Allah untuk manfaat manusia.


vi. Mendidik dengan akhlak yang mulia.


Setiap ibubapa bertanggungjawab mendidik anak-anaknya dengan akhlak yang mulia seperti bersifat amanah, jujur,ikhlas,menghormati orang tua,menunaikan haji,bercakap benar,beradab ketika makan dan minum,memilih makanan yang halal,suka kepada perbuatan kebajikan dan ma'aruf,sentiasa mencari kebenaran dan keadilan,benci sifat keji,kezaliman dan kerosakan harta benda.Islam juga menyeru ibubapa supaya mengajar anak-anak meminta izin sebelum memasuki bilik ibubapa dalam waktu-waktu yang tertentu.Selain dari itu,ibubapa haruslah menunjukkan contoh tauladan yang baik kepada anak-anak.


vii. Pembentukan tubuh badan yang sihat dan kuat.


Islam menggalakkan kanak-kanak dilatih sejak kecil lagi dengan latihan jasmani supaya kanak-kanak tersebut menjadi sihat dan kuat.Pepatah arab ada menyebutkan :"akal yang baik lahir dari tubuh badan yang sihat".




Friday, July 31, 2009

Surat buat En Suami











" shower me with love " say wifey.



Apa yang membahagiakan Isteri?

Agak2 en suami pikir tak pasal kebahagian isteri?


Wahai en suami,

tahukah en suami saya suka dimanja

tahukah en suami saya suka bersembang

tahukah en suami saya suka dipimpin tangan..
(dulu belum halal dok berkepit bagai.. ni dah sah tak haram cuit sikit pon.. payah)

tahukah en suami saya bersyukur bila awak tolong angkat kain

tahukah en suami saya bersyukur bila awak selalu tolong buang sampah

tahukah en suami saya bersyukur bila awak sama tolong jaga anak

tahukah en suami saya senyum bila awak urut2 kaki saya

tahukah en suami saya sunyi bila awak balik lambat

tahukah en suami ucapan i love u itu sungguh azimat

tahukah en suami tuk batin wajib selalu (figure it urself, ahaks)


tahukah en suami saya sayang awak..


Semua yang di atas walaupun adalah benda yang remeh temeh,

ketahuilah wahai en suami,

benda yang remeh temeh itulah yang membahagiakan isteri.




nota: bantuan en suami sangat bererti buat si isteri. walaupun remeh, for me thats love..
thanx a lot dear..


's

Kiut gilerrr..... *^_^*




Dah tengok tak iklan Celcom baru??..

Oleh kerana suka Fahrin dan suka Scha jugak, so please tengok dan comment ..suka jugak.. hehehhheheh..




note: Linda Ong .. what say u?.. ahaks.


♥'

Friday, July 10, 2009

My Friends Wedding, Mr Chino



Pengantin + crew2 Aroma Caterer


Last week, on Sunday, Mama + Ayah ada BIG catering. First time buat catering more then 500 pax. (is 1,200 pax).

Cuak.


Walaupun dah biasa buat dulu masa keje ngan Opah Lela, (Opah Lela's own a catering, Hjjh Catering, far more success then Aroma Caterer)

tetap kali ni rasa risau,
risau lambat bangun masak,
risau lauk tak sedap,
risau lori lambat sampai,
risau crew tak datang,
risau lauk tak cukup dan 1001 risau..


sebelum ni dah 2 kali wat bawah 500 pax pun Mama tak risau macam gini. Mungkin sebab yang order ni kawan Mama yang kahwin. Kawan masa Mama belajar grafik kat Cosmo dulu. Kalau kawan Cosmo yang kahwin kemungkinan akan ada budak Cosmo yang datang... rasa macam berdebar nak jumpa kengkawan lama.. mungkin juga kekasih lama... huhuhu.. hahaha.. lucu plak bila teringat bercinta kat Cosmo dulu... (dengar ijal dah kawin dan beranak pinak, congrat to you too)


Apapun tahniah buat Chino kerana berjaya memikat kekasih di hati. Moga kekal ke anak cucu, bahagia sentiasa hendaknya.


Buat Aceem, Andy + wifey, Lin, Pak Busu, terima kasih atas sokongan, gembira berjumpa kalian. Korang tetap seperti dulu, Cosmo mari, talak Sombong!! I love u guys!!








p/s: kalo la ada ardznie (budak perasan cute aka my best friend), Yati (yang sangat lembut, ingat Yati mesti teringat Jef, apa khabar korang.., Si Seri (yang perasan best tapi memang vogue), Cap (mamat yang penuh vision, i always think of him as mr beruang, he never knew it.. dan ramai lagi...



kan best kalau korang semua ada. Tapi yang ada pun mampu membangkitkan nostalgia lama. Betapa nakalnya kita dan betapa borosnya kita....huhuhuu..


p/s: shut up Ardznie, i'm not fat, baju tu yang besar!!



♥',


~cik pesot~

Tuesday, July 7, 2009

Kasih Ibu



A mother's love is always there

The first you feel and know

It is a love that lasts

As you learn and as you grow

So even when you're older

A mother's love endures

As you make new friends and memories

Her loves stays strong and sure

For a mother's love is special

Full of wisdom and caring

And as she has always known

It is the kind of love worth sharing



Terharu sungguh Mama ngan Opah2. Semalam, Mama ada catering, tetiba jek kepala pening sangat dan rasa nak muntah. Masa tu tengah masakkan untuk Phillip Morris. Makan pagi, tengahari dan petang. Mama sorang jek masa tu, Ayah dah gi PM hantar makanan untuk pagi.

Sampai terencat lauk yang Mama masak. Mama selalu kalo sakit kepala bole tahan, tapi kali ni semacam..

Sampai Opah + Atuk tolong runner gi beli cupcakes + chicken pie. Ke sana sini diorg, mencari bakery.

Risau esok ada nak masak rendang ayam, nasi beriani bagai, Mama call Opah Seremban, tanya resepi rendang dan bagitau yang Mama tetiba pening, terus Opah cakap nak datang... tak sampai sejam Opah dah sampai. (memang terkejut..)

Alhamdullilah berkat sokongan Opah2 + Atuk, everythings ok. (walaupun aritu ada sikit bad comments about the food)

Tapi rupanya kecoh jugak pasal Mama sakit.
Lucu bila jumpa Walid + Umi, diorg cakap diorg kena marah ngan Opah Lela sebab tak bawak Mama gi klinik, sampai Opah Seremban plak datang KL. hahahahhahha... silap paham niee... seolah2 macam Opah + Atuk + Ayah tak bawak Mama gi klinik sampai Opah Semban plak yang datang.. All misunderstanding..

Arini plak ada ke kata Mama masuk hospital?!.. isk.. nape ye suka sebarkan cerita yang tak sahih... (wallahhualam..)



i dont care what other people said about me, loves that shower me from my two mothers mean so much matter then anyone should know..


p/s: I am so lucky to have a very great mom and a very kind and loving mother in law..

♥'s,

Wednesday, June 24, 2009

Be the no 10th Followers!





Have a look at your left screen ( i mean at the left side of my blog ). Look.. yeaaaa.. finally, a very first follower of our blog. Its Auntie Wani!


Mama baru jek decide nak buang gadget followers tu coz macam malu jek takda sape sudi jadik followers.


Oleh kerana itu, Mama + Scha (i know someday u will agree with me too), nak kasik hadiah kat our first followers. Tunggguuuuuu!!!

Followers (1)





By the way, i now announce, whomever be the no 10th followers will get a gift from Mama + Scha. (hehhehe... berani letak no 10 jek.. sebab terasa macam lebih elok le ngukur baju di badan sendiri.... wakakaka)



Tuesday, June 2, 2009

~My Secondary Thought~ Setan no 3


I always thought,


bila kita rasa susah, harus ingat ada orang yang lagi susah.
bila kita sedih, jangan terlalu sedih tak kemana di buai perasaan je..
bila senang, jangan lupa sedekah.
bila kenyang, jangan lupa bersyukur.
bila jatuh cinta, harus tau, perasaan manusia tak selamanya sama....

hati manusia mudah berubah

berubah di arus masa
berubah bila ada onak
berubah bila terbit ego
berubah bila ada setan no 3!

setan no 3??!
lebih mudah faham bila sebut orang ke 3.

bukan.. bukan hadapi sendiri.. tiada setan no 3 (mohon dijauhkan Allah)
cuma pikirkan tepi kain orang yang ada setan no 3

bicara artis,

dulu heboh pasal Abby-Norman-Memey..
maklum saja pasti kowang tau sapa setan no 3
huhuhu.. suka ati je kan cakap orang setan..
tapi, yang pasti, yang sebenarnya, setan dah pilih yang no 3.
(hati engko rapuh, sendiri mau ingat, jangan dok kata itu semua takdir.. bulls*it!!)

sekarang heboh pulak Maizawati-Akhil Hayy-Waheeda..
banyak rupanya setan no 3!
terjah aje, tak kiralah ente ustaz ke apa..

salah sapa?
ada kata suami, dok bagi harapan kat kaum hawa..
ada kata isteri, yang tak tau jaga laki..

tapi nape suami,
kalo ada yang senyum mudah jatuh hati..
rasanya isteri,
kalo ada yang senyum cepat kasitau laki..

pikir balik,

harus komunikasi sangat penting
biar setan no 3 bisu tanpa kata.

suami,
jangan abaikan keluarga.
isteri,
jaga makan minum suami.


sebabkan saya isteri,

jangan galakkan suami pulang lewat, ia punca sakit hati
jangan pikul tugas jaga anak sendiri, nanti laki suka ati
zaman berubah, harus tahu, harus hati-hati.


teringat,
nota pada seorang lelaki, (bukan suami)

apsal asyik balik lambat, sapa jaga anak?
takkan harapkan maid.
rasanya tugas dah lama habis.
jangan jadi Norman Hakim weeiii...
(lucukan.. kan dah jadik bahan)

bercinta lama2
buang duit dah memang banyak,
berkahwin macam nak rak,

hallo, lelaki,
bukan ke dulu yang gila ajak kahwin,
tak mungkin wanita ajak dulu.
bila dah terjah masuk,
amboi, main kasar pulak,
dah ada setan no 3 ke?

Maka harus,
suami dan isteri,

jangan hanya pandai cakap landaskan sunnah,
jangan hanya tau tuding jari,
jangan hanya tau buat anak,
hallo!! Abang!
hallo!! Ayang!
mana lu punya tanggungjawab?

pikirlah sendiri!




p/s: patutnya, hidup berkeluarga itu indah, kita yang mewarnainya. Jangan biar setan no 3 ikut campur.. Nyah Ko! Jangan sekali abai solat.. (peringatan juga buat tukang taip! DANG!)



Thursday, May 28, 2009

~My Secondary Thought~ CUAI





Samaada kita sedar atau tidak, hari2 kita CUAI.



CUAI tutup suis elektrik, membazir je..

CUAI letak barang merata-rata, pastu bila nak dah lupa

CUAI gosok baju-tudung-seluar, mesti ari tue rasa tak best sebab rasa selekeh.. ko cantik ke?!

CUAI tutup air paip, kan dah melimpah air kolah, cuba bayor bil tengok.

CUAI tinggalkan Hp dalam kereta, keta kena pecah, salah sapa?

CUAI lupa cek minyak itam kereta, dah tersadai, kalo sendiri settle takpe

CUAI mengawal nafsu makan, kan dah susah, nak kena apply masuk the biggest loser..

CUAI pakai tali pinggang keledar, samaada kena saman atau innalillah.. mana nak?




mungkin tak semua yang di atas tapi mesti one of it, will kena batang idung

*DANG! kan dah cakap..


***


kenapa kita CUAI?.. sebab sikap amik tak kisah *tak amik port la katakan.. termasuklah aku, yang tersangat la maha gaban aka jawes pelupa sekarang ni..

isk, nak gi jumpa doktor kat Klinik Kita la, mintak ubat untuk sakit LUPA... ada ke?






p/s: something to think about..


Blog Widget by LinkWithin
Daisypath Anniversary Years Ticker
Lilypie Kids birthday Ticker