Showing posts with label Islam. Show all posts
Showing posts with label Islam. Show all posts

Tuesday, August 4, 2009

Petua MelemVutkan Hati Anak






Mama tersurf kat satu blog ni dan apa yang di blog sangat menariks.

Banyak yang boleh di jadikan sempadan... (tak kira aa daerah ke negara ke..)

Satu yang menarik minat tentang Petua Melembutkan Hati Anak.

Well, merujuk pada Natasya, Scha anak yang lembut cuma sekali sekala batu ada dalam kepala!

Kekadang tergugat jugak tahap kesabaran Mama. But sometimes i know i do it the wrong way.. i just explode whithout thinking the consequent.

Mama akan ilang sabar bila;


Scene 1


Mama : " Scha, kasik Mama cawan tu "

Scha : " nanak " (ngan geleng kepala)

Mama : " Bak le karang tumpah "

Scha : (terus campak cawan...)

(Mama dah puas ajar tak gak berjaya lagi..)


Scene 2

Mama : "Scha jangan minum air paip tu "

Scha : " pia pia pia .." (ur bahasa Jerman) (sambil tu bila Mama ralit Scha minum air paip..)

Mama : " Natasya! "

Scha : " pia pia pia .. Nak aaa " (tunjuk muka berkerut marah Mama plak..)

Mama : (terus tutup air paip)

Scha : "uwaaaaaaaaaaaaa....."


Scene 3

Mama : (tengah lipat kain)

Scha : (mesti tarik kain yang telah di lipat)

Mama : (terus babab tangan Scha sebab dah banyak kali Scha buat)

Scha : "pia pia pia.." (sambil usha line clear ke tak untuk kaco lipatan Mama lagi)

Scha : (akan never give up untuk tarik kain baju yg dah berlipat..)

Mama : arrrrrrrggghhhh!!!!!!!!!


Bila terbaca kat blog ni pasal melembutkan hati anak, i think i wanna share it with u too.


Petikan dari program Ar-Rayyan oleh Dr Fatma El-Zahra

~“baca Ya-Latif, Ya-Latif, Ya-Latif vaaanyak-vanyak. Insya-Allah, hati anak jadi lemvut”

~“lagi satu ayat ialah surah Taaha, ayat 1 samfai ayat enam”

*baca ikut slang Dr Fatma.. syok oOoo...




p/s: Mama pukul anak Mama sebab Mama sayang kay. I dont want u to grow up being all spoiled. But i only beat at ur hand and ur calf. Thats the way i educate u.


♥'s,





Sabda Rasulullah s.a.w.


Berguraulah dengan anak kamu kala usianya satu hingga tujuh tahun. Berseronok dengan mereka, bergurau hingga naik atas belakang pun tak apa. Jika suka geletek, kejar atau usik anak asalkan hubungan rapat. Lepas tujuh hingga 14 tahun kita didik dan ajar, kalau salah pukullah dia (sebagai pengajaran)” dimana yang nak dipukul tu? Tapak kakinya … bukan muka, punggung, telinga dan ditempat-tempat yang sensitif… itu salah…



“Jika dia bijak dan menang dalam sebarang pertandingan sekolah, ucapkan tahniah. Tidak salah kita cium atau peluk mereka sebagai tanda penghargaan. Kala umur mereka 14 hingga 21 tahun jadikan kawan. Tetapi selalunya usia beginilah ibu bapa mula merenggangkan hubungan dan ini menyebabkan anak derhaka”. Yang penting anak-anak harus dilatih sembahyang jemaah bersama, latih cium tangan dan peluk penuh kasih dan sayang, maka mereka tidak akan tergamak menderhaka.



“Saya pernah tinjau, anak-anak yang lari daripada rumah, berpunca daripada rasa bosan. Belum sempat letak beg sekolah, ibu dah suruh macam-macam. Si anak rasa tertekan dan menyampah dengan persekitaran dan rumahnya. Boleh disuruh tetapi berikan hak mereka di rumah. Yang penting dia balik ke rumah suka, dan pergi sekolah pun seronok. “Mungkin ibu bapa punya alasan tidak rapat dengan anak-anak kerana sibuk. Kita boleh cuba cara lain, balik di tengah malam, anak-anak sudah tidur, pergi bilik dan cium dahinya. Hubungan rohani tetap subur, walaupun anak tidur tetapi jiwanya sentiasa hidup.



” Jangan kita tunjuk sikap kita yang panas baran, pemarah dan ada kuasa veto kepada mereka, jangan suka mengherdik mereka dengan perkataan *tuttt*, kurang ajar, sumpah seranah dan sebagainya yang merupakan doa kepada mereka”. inilah yang menyebabkan mereka derhaka kepada kita…



Islam sangat memandang berat soal pendidikan kanak-kanak dan memberi hak-hak yang sepatutnya kepada mereka. Islam telah menggariskan panduan yang tertentu serta cara dalam mendidik anak-anak sejak ia di dalam kandungan ibunya lagi malahan lebih awal daripada itu.Islam menggalakkan umatnya apabila memilih suami atau isteri hendaklah seorang yang mempunyai keperibadian yang mulia.Anak merupakan nikmat yang dikurniakan oleh Allah dan merupakan perhiasan dalam kehidupan manusia. Orang yang telah diberi nikmat ini sudah tentu memelihara dan mendidik dengan pendidikan Islam sebagai mensyukuri nikmat tersebut.


Kanak-kanak memerlukan kasih sayang


Kanak-kanak memerlukan kasih sayang daripada ibu bapa sepertimana ia berhajat kepada makanan dan minuman.Kasih sayang kepada anak-anak adalah merupakan sebahagian daripada pendidikan pertama yang sepatutnya diberi perhatian oleh ibubapa.Menurut ahli psikologi,kanak-kanak memerlukan kasih sayang disebabkan kepada tiga faktor utama iaitu:Pertama: Kanak-kanak memerlukan kebahagian dan ketenangan dalam hidupnya. Melalui kasih sayang kepada kanak-kanak ,ia dapat merasai ketenangan dan kebahagiaan kerana mereka dilahirkan dalam keadaan lemah dan memerlukan pertolongan dan pergantungan kepada orang lain.Kedua:Pembentukan dari segi pemikiran .Kanak-kanak yang terbentuk dari suasana kasih sayang yang sepenuhnya ,maka ia dapat membentuk pemikiran yang kreatif dan bernas.Di samping itu,kanak-kanak tersebut mempunyai daya ingatan yang kuat dan perangai yang baik.Ketiga:Pembentukan dari segi masyarakat .Kanak-kanak yang diberikan kasih sayang sejak kecil lagi dapat menyesuaikan diri dengan masyarakat dan mempunyai kasih sayang kepada masyarakat sekelilingnya.


Memberi Pendidikan dan Ilmu Pengetahuan


Setiap ibubapa bertanggungjawab mendidik anak-anak dengan pendidikan agama supaya anak-anak tersebut menjadi anak yang soleh.Ibubapa perlu menjaga diri kanak-kanak dari perkara yang boleh merosakkan dirinya sama ada dari segi pemikiran dan fizikal.Penekanan kepada pendidikan agama harus diberikan perhatian yang serius dalam pembentukan sahsiah mereka.Islam telah menggariskan panduan dalam mendidik kanak-kanak.Antaranya ialah:


i. Mengajar mengenali sifat-sifat ketuhanan.


Islam menyuruh ibubapa mengajar kanak-kanak supaya mengenali sifat-sifat ketuhanan.Ia merupakan pendidikan awal dan asas dalam pembentukan pemikiran kanak-kanak dan pembinaan akidah yang mantap sejak kecil lagi. Sifat wajib yang kedua puluh tersebut mestilah diajar dengan kefahaman yang mendalam.Kanak-kanak telah dilahirkan dalam keaadan fitrah putih bersih,ibubapanya yang bertanggungjawab sepenuhnya dalam membentuk indentiti agamanya.


ii. Mengajar cara-cara sembahyang


Ibubapa wajib mendidik anak-anaknya cara bersembahyang sejak kecil lagi.Sabda Rasululluah SAW yang bermaksud :


"Ajarlah anak-anak kamu bersembahyang ketika berusia tujuh tahun dan pukul mereka ketika berusia sepuluh tahun dan asingkan antara mereka dalam tempat tidur.”


iii. Mengajar ilmu pengetahuan


Ibubapa bertanggungjawab mendidik serta memberi pendidikan ilmu pengetahuan yang baik kepada anak-anak .Ibubapa perlu menyemaikan minat untuk mereka membaca,dan cintakan ilmu pengetahuan .Ilmu pengetahuan ini meliputi segala ilmu yang manfaat kepada mereka dalam menghadapi cabaran hidup. Pada zaman sekarang ,ilmu-ilmu multimedia ,sains dan teknologi perlu dikuasai oleh mereka untuk menghadapi cabaran masa depan.


iv. Mengajar al-Quran


Rasulullah SAW sangat menekankan kepada ibubapa agar mengajarkan al-Quran kepada anak-anak .Sabda Rasulullah SAW yang diriwayatkan oleh Tabrani yang bermaksud :


"Didiklah anak-anak kanu dengan tiga perkara iaitu cintakan nabi kamu, cintakan keluarga nabi kamu dan mengajarkan al-Quran kerana orang yang mendampingi al-Quran akan dinaungi oleh arash Allah pada hari yang tidak ada naungan selian darinya bersama para nabi-nabi dan pembantunya."


v. Mendidik mengenali kejadian ala mini


Ibubapa seharusnya mendidik anak-anak supaya mengenali kejadian ala mini serta mengambil iktibar daripadanya.Manusia perlu memahami hubungannya dengan alam sekeliling yang telah dijadikan oleh Allah untuk manfaat manusia.


vi. Mendidik dengan akhlak yang mulia.


Setiap ibubapa bertanggungjawab mendidik anak-anaknya dengan akhlak yang mulia seperti bersifat amanah, jujur,ikhlas,menghormati orang tua,menunaikan haji,bercakap benar,beradab ketika makan dan minum,memilih makanan yang halal,suka kepada perbuatan kebajikan dan ma'aruf,sentiasa mencari kebenaran dan keadilan,benci sifat keji,kezaliman dan kerosakan harta benda.Islam juga menyeru ibubapa supaya mengajar anak-anak meminta izin sebelum memasuki bilik ibubapa dalam waktu-waktu yang tertentu.Selain dari itu,ibubapa haruslah menunjukkan contoh tauladan yang baik kepada anak-anak.


vii. Pembentukan tubuh badan yang sihat dan kuat.


Islam menggalakkan kanak-kanak dilatih sejak kecil lagi dengan latihan jasmani supaya kanak-kanak tersebut menjadi sihat dan kuat.Pepatah arab ada menyebutkan :"akal yang baik lahir dari tubuh badan yang sihat".




Wednesday, July 22, 2009

Pulak Begitu!



Bacaan talkin adalah satu lagi contoh amalan yang diada-adakan dalam agama. Amalan itu membazir, dan Allah tidak menyukai orang-orang yang membazir. Lantas, ia haruslah tidak diteruskan.

Benar seperti kata saudara iaitu perhubungan antara manusia terputus setelah berlaku kematian. Lagipun, orang-orang yang mati tidak boleh mendengar. Maka apakah gunanya mengajar orang mati seperti yang didapati dalam bacaan talkin? Nama si mati diseru dan dia diajar jawapan kepada soalan-soalan malaikat yang kononnya akan menyoal. Sebenarnya, sesi soal-jawab seperti itu tidak berlaku di dalam kubur.

Tetapi, "Oh, tidak!" kata sesetengah pihak yang menganjur bacaan talkin. Bacaan talkin itu, ujar mereka, adalah untuk orang yang hidup yang berada di situ. Pulak begitu!


(Sila rujuk Dongeng Alam Barzakh dan Kalimat membazir di dalam al-Qur'an. Terima kasih.)

note: baca dan buat pertimbangan sendiri..

♥'s,


Terjemahan Bacaan Talkin


Buat renungan kita bersama, part Saya tu sebut nama sendiri kay, moga ia mampu menginsafkan kita yang sentiasa lalai mengingati Allah SWT.


Mahasuci Tuhan yang Engkau bersifat dengan Baqa' dan Qidam, Tuhan yang berkuasa mematikan sekalian yang bernyawa,
Mahasuci Tuhan yang menjadikan mati dan hidup untuk menguji siapa yang baik dan siapa yang kecewa.
Mahasuci Tuhan yang menjadikan lubang kubur sebesar-besar pengajaran untuk menjadi iktibar kepada orang yang lalai, dan sebesar-besar amaran kepada orang yang masih hidup.

Ingatlah! Bahawa sekalian mahluk Allah akan jahanam dan binasa,melainkan zat Allah Taala.
Ialah Tuhan yang Mahabesar kuasa menghukum, manakala kita sekalian akan kembali menghadap hadirat Allah Taala.

Wahai SAYA Bin IBU SAYA, wahai SAYA Bin IBU SAYA, wahai SAYA Bin IBU SAYA,

hendaklah kamu ingat akan janji-janji Allah yang mana kamu ada bawa bersama-sama dari dunia ini.
Sekarang kamu telah menuju masuk ke negeri Akhirat.
Kamu telah mengaku bahawa tiada Tuhan yang disembah dengan sebenar-benarnya melainkan Allah, dan bahawa sanya Nabi Muhammad itu Pesuruh Allah.
Ingatlah wahai SAYA Bin IBU SAYA, apabila datang kepada kamu 2 orang malaikat yang serupa dengan kamu iaitu Mungkar dan Nakir, maka janganlah berasa gentar dan takut, janganlah kamu berdukacita dan risau serta janganlah kamu susah-hati dan terkejut.
Ketahuilah wahai SAYA Bin IBU SAYA, bahawasanya Mungkar dan Nakir itu hamba Allah Taala, sebagaimana kamu juga hamba Allah Taala. Apabila mereka menyuruh kamu duduk, mereka juga akan menyoal kamu.Mereka berkata:


Siapakah Tuhan kamu?
Siapakah Nabi kamu?
Apakah agama kamu?
Apakah kiblat kamu?
Siapakah saudara kamu?
Apakah pegangan iktikad kamu?
Dan apakah kalimah yang kamu bawa bersama-sama kamu?

Di masa itu hendaklah kamu menjawab soalan-soalan mereka dengan cermat dan sehabis-habis terang, tepat dan betul.Janganlah berasa gementar, janganlah takut dan janganlah bergopoh-gapah, biarlah tenang dan berhati-hati.
Hendaklah kamu jawab begini:


Allah Taala Tuhanku,
Muhammad nabiku,
Islam agamaku,
Kitab suci Al-Quran ikutanku,
Baitullah itu qiblatku,
malahan solah lima waktu,
puasa di bulan Ramadhan,
mengeluarkan zakat dan
mengerjakan haji diwajibkan ke atas aku.
Semua orang Islam dan orang yang beriman adalah saudara aku,
bahkan dari masa hidup hingga aku mati aku mengucap:
"La ila ha illallah Muhammaddur rasulullah".



Wahai SAYA Bin IBU SAYA tetapkanlah hatimu, inilah dia suatu dugaan yang paling besar. Ingatlah bahawa kamu sekarang sedang tinggal didalam alam Barzakh, sehingga sampai satu masa kelak, kamu akan dibangunkan semula untuk berkumpul di Padang Mahsyar.

Insaflah wahai SAYA Bin IBU SAYA,

bahawa sanya mati ini adalah benar, soalan malaikat Mungkar dan Nakir di dalam kubur ini adalah benar, bangun dari kubur kemudian kita dihidupkan semula adalah benar, berkumpul dan berhimpun di Padang Mahsyar adalah benar, dihisab dan dikira segala amalan kamu adalah benar, minum di kolam air nabi adalah benar, ada syurga dan neraka adalah benar.


Bahawa sanya hari Kiamat tetap akan adanya, begitu juga Tuhan yang maha berkuasa akan membangkitkan semula orang-orang yang di dalam kubur.

Di akhirnya kami ucapkan selamat berpisah dan selamat tinggal kamu disisi Allah Taala. Semoga Tuhan akan memberi sejahtera kepada kamu. Tuhan jua yang menetapkan hati kamu. Kami sekalian berdoa mudah mudahan Allah Taala menjinakkan hati kamu yang liar, dan Allah menaruh belas kasihan kepada kamu yang berdagang seorang diri di dalam kubur ini.

Mudah-mudahan Tuhan akan memberi keampunan dan memaafkan kesalahan kamu serta menerima segala amal kebajikan kamu.

Ya Allah Ya Tuhan, kami merayu dan bermohon kepada Mu supaya tidak disiksa mayat ini dengan kemegahan penghulu kami Muhammad SAW.
Subhana rabbika rabbil izati amma ya sifun wassallamu alalmursalinwalham dulillahi rabbil alamin.
Setiap yang bernafas, Pasti akan Mati -

"Kullu nafsin za iqatul maut"

Firman Allah swt, "Demi masa, sesungguhnya manusia itu benar-benar berada di dalam kerugian, kecuali orang-orang yang beriman dan beramal soleh, yang ingat-mengingati supaya mentaati kebenaran, dan yang ingat-mengingati dengan kesabaran." Surah Al-A'sr.

Dari Abdullah bin 'Amr R.A, Rasulullah S.A.W bersabda: "Sampaikanlah pesanku walaupun satu ayat..."Disebutkan didalam satu riwayat, bahawasanya apabila para makhluk dibangkitkan dari kubur, mereka semuanya berdiri tegak di kubur "masing-masing selama 44 tahun UMUR AKHIRAT dalam keadaan TIDAK MAKAN" dan TIDAK MINUM, TIDAK DUDUK dan TIDAK BERCAKAP.

Bertanya orang kepada Rasulullah saw : "Bagaimana kita dapat mengenali ORANG-ORANG MUKMIN kelak di hari qiamat?"

Maka jawabnya Rasulullah saw "Umat dikenal kerana WAJAH mereka putih disebabkan oleh WUDHU'."

Bila qiamat datang maka malaikat datang ke kubur orang mukmin sambil membersihkan debu di badan mereka KECUALI pada tempat sujud. Bekas SUJUD tidak dihilangkan. Maka memanggillah dari zat yang memanggil. Bukanlah debu "itu dari debu kubur mereka, akan tetapi debu itu ialah debu KEIMANAN" mereka.

Oleh itu tinggallah debu itu sehingga mereka melalui titian" Siratul Mustaqim dan memasuki alam syurga, sehingga setiap orang melihat para mukmin itu mengetahui bahawa mereka adalah pelayan Ku dan hamba-hamba Ku.

Disebutkan oleh hadith Rasulullah saw bahawa sepuluh orang yang mayatnya:

TIDAK BUSUK dan TIDAK REPUT dan akan bangkit dalam tubuh asal diwaktu mati:
1. Para Nabi
2 Para Ahli Jihad
3. Para Alim Ulama
4. Para Syuhada
5. Para Penghafal Al Quran
6. Imam atau Pemimpin yang Adil
7. Tukang Azan
8. Wanita yang mati kelahiran/beranak
9. Orang mati dibunuh atau dianiaya
10. Orang yang mati di siang hari atau di malam Jumaat jika mereka itu dari kalangan orang yang beriman.

Didalam satu riwayat yang lain dari Jabir bin Abdullah ra sabda Rasulullah saw:

Apabila datang hari qiamat dan orang orang yang berada di dalam kubur dibangkitkan maka Allah swt memberi wahyu kepada Malaikat Ridhwan:

"Wahai Ridhwan, sesungguhnya Aku telah mengeluarkan hamba-hamba Ku berpuasa (ahli puasa) dari kubur mereka di dalam keadaan letih dan dahaga.Maka ambillah dan berikan mereka segala makanan yang digoreng dan buah buahan syurga.
"Maka Malaikat Ridhwan menyeru, wahai sekalian kawan-kawan dan semua anak-anak yang belum baligh, lalu mereka semua datang dengan membawa dulang dari nur dan berhimpun dekat Malaikat Ridhwan bersama dulang yang penuh dengan buahan dan minuman yang lazat dari syurga dengan sangat banyak melebihi daun-daun kayu di bumi.
Jika Malaikat Ridhwan berjumpa mukmin maka dia memberi makanan itu kepada mereka sambil mengucap sebagaimana yang difirman oleh Allah swt di dalam Surah Al-Haqqah bermaksud "Makan dan minumlah dengan sedap disebabkan AMAL yang telah kamu kerjakan pada HARI yang telah LALU itu."*Sebarkan kisah ini kepada saudara Islam yang lain. Ilmu yang bermanfaat ialah salah satu amal yang berkekalan bagi orang yang mengajarnya meskipun dia sudah mati.

"Dan (ingatlah) Allah sentiasa mengetahui dengan mendalam akan apa jua yang kamu lakukan." Surah Al-Baqarah : 237

"LAA ILAHA ILLA ANTA SUBHANAKA INNI KUNTU MINALZHAALIMIIN"


Firman Allah :
Dialah (Allah SWT) yang mentakdirkan adanya mati dan hidup, - untuk menguji kamu,
siapakah di antara kamu yang lebih baik amalannya; dan Ia Maha Berkuasa, lagi Maha Pengampun.
(Surah al-Mulk ayat 2)




Sukar Mama gambarkan betapa takutnya Mama bila baca talkin di atas. Cukup ke pahala yang ada.. Tuhan ampunkan ke dosa2 Mama selama ini.. Betapa Mama nak anak Mama dari kecil kumpul lah segala amal yang baik, takut pada Allah dan jangan hanya kejar duniawi. Hidup kita di dunia takkan kekal, semua hanya pinjaman..





♥'s,

Wednesday, June 24, 2009

Fadhilat Bulan Rejab




رجب


Bulan Rejab kembali lagi yang akan menemui kita umat Islam pada hari Rabu bersamaan 24 Jun 2009 (1 Rejab 1430 H).

Rejab bermaksud ta’azim (kebesaran, keagungan, kemuliaan) kerana Allah S.W.T. akan melimpahkan rahmat-Nya, kemurahan-Nya

FADHILAT BULAN REJAB.

Ia merupakan bulan yang sangat dimuliakan di dalam Islam. Banyak hadis Rasulullah S.A.W. yang telah diriwayatkan oleh para sahabat Baginda mengenai kelebihan bulan Rejab, bulan ketujuh di dalam kalendar Islam.

Rejab bermaksud ta’azim (kebesaran, keagungan, kemuliaan) kerana Allah S.W.T. akan melimpahkan rahmat-Nya, kemurahan-Nya.


Amalan terbaik di dalam bulan Rejab ini ialah berpuasa.

Maksud hadis Rasulullah S.A.W. tentang kelebihan berpuasa di dalam bulan Rejab adalah seperti berikut:

Puasa 1 hari – Seperti berpuasa 40 tahun dan mendapat keredhaan Allah serta syurga tertinggi.
Puasa 2 hari – mendapat kemuliaan besar daripada Allah dan dilipatgandakan pahalanya.
Puasa 3 hari – dijauhkan dugaan dunia oleh Allah, dijadikan sebuah parit panjang yang menghalangnya ke neraka,
Puasa 4 hari – diselamatkan daripada siksaan akhirat kelak serta fitnah Dajjal.
Puasa 5 hari – aman dari azab kubur.
Puasa 6 hari – dibangkitkan dari kubur dengan muka bercahaya.
Puasa 7 hari – Allah mengunci 7 pintu neraka jahannam baginya.
Puasa 8 hari – Allah membuka 8 pintu syurga baginya.
Puasa 9 hari – keluar dari kuburnya lalu menyeru “Laailahaillallah” dan tidak ditolak dia dari memasuki syurga.
Puasa 10 hari – Allah memperkenankan semua permintaan dan hajatnya, dijadikan hamparan perhentian di titian Siratul Mustaqim setiap satu batu dan dijadikan 2 sayap untuk terbang seperti kilat di titian Siratul Mustaqim.
Puasa 13 hari – Saidina Ali berkata bahawa fadilatnya seperti puasa 3,000 tahun.
Puasa 14 hari – Saidina Ali berkata bahawa fadilatnya seperti puasa 10,000 tahun.
Puasa 15 hari – Allah mengampunkan semua dosanya yang lalu di samping menggantikan amalan kejahatan dengan amalan kebaikan. Saidina Ali berkata bahawa fadilatnya seperti puasa 100,000 tahun.
Puasa 16 hari – dapat melihat wajah Allah di dalam syurga dan orang pertama menziarahi Allah di dalam syurga.
Puasa 19 hari – Dibina sebuah mahligai di hadapan mahligai Nabi Allah Ibrahim dan Nabi Allah Adam.
Puasa 20 hari – Allah mengampunkan segala dosanya yang lalu, dan melakukan amalan baik dengan baki umurnya.

Sesiapa yang berpuasa 3 hari dalam bulan Rejab dan beribadat pada malamnya seperti dia berpuasa 3,000 tahun, diampunkan baginya 70 dosa-dosa besar setiap hari, ditunaikan 70 hajat ketika keluar nyawa dari jasadnya, 70 hajat ketika di dalam kuburnya, 70 hajat ketika terbang suhuf (ketika Al-Quran dinaikkan ke langit), 70 hajat ketika ditimbang amalannya di Mizan, dan 70 hajat ketika melalui titian Siratul Mustaqim.

Berpuasa pada 27 Rejab (Hari Israk dan Mikraj) seperti berpuasa 60 bulan pahalanya, jika disertai dengan sedekah seumpama puasa 1,000 tahun.
Dapat meminum air sungai yang dinamakan Rejab yang mana airnya lebih putih dari susu, lebih manis daripada manisan, lebih dingin dari salji.


Setiap umat Islam yang berpuasa di bulan Rejab seperti mengerjakan ibadat seumur hidupnya. Tambahan bersedekah seperti beribadat seribu kali haji dan umrah. Dibina untuknya seribu mahligai dengan seribu bilik dan seribu bidadari, lebih cantik daripada matahari seribu kali.

Sedekah di bulan Rejab seumpama sedekah seribu dinar, dituliskan kepada tiap-tiap helai bulu romanya seribu kebajikan, diangkat seribu darjat dan dihapuskan seribu kejahatan serta dijauhkan daripada api Neraka.

Orang yang lemah dari berpuasa di bulan Rejab hendaklah bersedekah tiap-tiap hari, sekurang-kurangnya sebuku roti.


Kelebihan lain bulan Rejab:
1. Di dalam bulan lain Allah membalas amalan umat-Nya 10 kali, tetapi di dalan bulan Rejab Allah akan membalas amalan umat-Nya 70 kali.
2. Sesiapa meminta ampun (beristighfar) pada pagi dan petang 70 atau 100 kali di dalam bulan Rejab, diharamkan tubuhnya daripada api neraka.
3. Rejab bulan Allah, Sya’aban bulan Rasulullah. S.A.W, Ramadhan bulan umat Rasulullah S.A.W. 4. Rejab adalah bulan menabur benih, Sya’aban bulan menyiram tanaman manakala Ramadhan bulan menuai.
5. Amalan di dalam bulan Rejab menyucikan badan, Sya’aban menyucikan hati manakala Ramadhan menyucikan roh.
6. Rejab adalah bulan maghfirah (keampunan), Sya’aban bulan syafaat manakala Ramadhan bulan menggandakan kebajikan.
7. Rejab adalah bulan taubat, Sya’aban bulan muhibbah manakala Ramadhan bulan dilimpahi pahala amalan yang banyak.
8. Pahala amalan baik di dalam bulan Rejab diganda 70 pahala, Sya’aban diganda 700 pahala dan Ramadhan diganda 1,000 pahala.

Beberapa amalan lain yang baik dilakukan dalam bulan Rejab:
1. Menyucikan diri daripada dosa dengan bertaubat dan memohon ampun
2. Membersihkan hati yang lalai dan alpa melalui amalan istighfar dan zikir
3. Mendekatkan diri kepada Allah dengan menunaikan solat
4. Memohon keselamatan dan kesejahteraan dengan berselawat dan berdoa kepada-Nya
5. Menginsafkan diri dengan membaca kisah teladan perjuangan Rasulullah S.A.W. dan sirah Islam lain.


Peristiwa penting yang telah berlaku dalam bulan Rejab:
1. Israk dan Mikraj (27 Rejab)
2. Solat 5 waktu difardukan ke atas umat Islam (Malam Israk Mikraj)
3. Perang Tabuk terjadi di dalam tahun ke-9 Hijrah.


Secara ringkasnya, Israk dan Mikraj adalah sebuah peristiwa di mana Nabi Muhammad S.A.W telah di”israk”kan (dibawa berjalan) dari Kota Mekah ke Baitul Muqaddis serta di”mikraj”kan (dibawa naik ke atas) ke Sidratul Muntaha untuk mengadap Allah S.W.T di mana Solat 5 waktu telah difardukan ke atas umat Islam melalui Rasulullah S.A.W.
Semuanya berlaku di dalam satu malam sahaja.


Firman Allah SWT:
Maha Suci Allah yang telah memperjalankan hambaNya pada satu malam dari Masjidil Haram ke Masjidil Aqsa yang telah Kami berkati sekelilingnya agar Kami perlihatkan kepadanya sebahagian dari tanda-tanda kebesaran Kami. Sesungguhnya Dia adalah Maha Mendengar lagi Maha Mengetahui – Petikan dari Surah Al Israa ayat 1.

DOA BULAN REJAB:


Ya Allah, berkatilah kami pada bulan Rejab dan bulan Sya’aban
serta sampaikanlah kami ke bulan Ramadan.
Aku bermohon keampunan Allah yang Maha Agung dan
tiada Tuhan melainkan Dia, yang hidup,
yang berdiri sendiri dan aku bertaubat kepadaNya.
Ya Allah, Engkaulah Tuhanku, tidak ada Tuhan yang patut disembah
kecuali Engkau yang mencipta aku.
Aku adalah hambaMu dan aku dalam genggamanMu.
Aku dalam perjanjian (beriman dan taat) kepadaMu sekadar
kemampuan yang ada padaku.
Aku berlindung kepada-Mu dari kejahatan
yang (mungkin) aku lakukan.
Aku mengakui atas nikmat yang engkau berikan
kepadaku dan mengakui dosa-dosaku.
Kerana itu aku memohon keampunan-Mu dan sesungguhnya tiada yang dapat
mengampuni dosa seseorang kecuali
Engkau Ya-Allah.


Istighfar paling baik dalam bulan Rejab:Maksudnya:
Aku bermohon keampunan Allah yang Maha Agung dan tiada Tuhan melainkan Dia,
yang hidup, yang berdiri sendiri dan aku bertaubat kepadaNya.


Kesimpulannya, bulan Rejab merupakan sebuah bulan yang banyak keistimewaannya yang dijanjikan oleh Allah S.W.T kepada umat-Nya, kerana Rejab adalah bulan Allah. Pintu rahmat terbuka luas kepada umat-Nya untuk bertaubat dan memohon ampun di atas dosa-dosa yang lepas. Namun begitu, suka diingatkan bahawa kita perlu mengerjakan segala amalan yang dituntut ini dengan sifat ikhlas, rendah diri dan tawwaduk agar ganjaran yang akan diperolehi itu ada keberkatannya.





note: Tak pernah sekali amik berat pasal bulan2 dalam Islam, walau dulu (duluuuuu..) pernah di ajar tapi seakan alpa, amik mudah bila bicara tentang Islam. Sungguh terasa naif sekali...


♥'s,



Blog Widget by LinkWithin
Daisypath Anniversary Years Ticker
Lilypie Kids birthday Ticker