Showing posts with label mya natasya. Show all posts
Showing posts with label mya natasya. Show all posts

Monday, September 28, 2009

Baju Kurung Raya Saya!











p/s: Baju raya Mama + Scha tak siap. (tailor pungkok bengkak!) Nasib baik ada Opah Embun belikan, siap Opah jahit tangan pendekkan mana patut. Tq Opah.



♥'s,


Wednesday, September 16, 2009

Life Is Something Wonderment



Arini Scha dah pandai selak pintu pagar rumah!
Dah pandai cakap "Jap" bila Mama suruh sesuatu..
Wonder, why are u growing so fast..........




♥'s,

Berbuka Di Rumah Mama Yati



Suka sangat Scha geng ngan Kak Mimi.. Kak Mimi plak rajin layan..



Hari Sabtu lepas kita berbuka di rumah Mama Yati. Opah Seremban pun ada. Mama request nak makan nasi lemak. Terliur bila teringat bau nasi lemak..

Lepas makan terus terlentok liuk.. Scha makan banyak nasi lemak.

Seronok sangat Scha dok main pop2 ngan Abang Khilfi dan Kakak Mimi. Tetiba Kakak Anur bangun tido, kaco daun..




Masa nak balik.. muka masam takmo balik..




p/s : khas buat Kakak Anur yang cunnnnnnnnnnnn.. (still got the pic!)

" Lekas la Besar.. Minumla susu.. Susu la botol... Sampai nak masuk darjah enam.. ahaks."


♥'s,

Monday, September 7, 2009

Berbuka Puasa Di Seremban.




Happy cousin..

Driver lagik kecik dari passenger..



Alhamdullilah. Dapat gak kita berbuka posa di rumah Opah Seremban.

Walaupun untuk 2 ari, Opah mesti suka.

Scha sangat happy dapat main ngan Abang Akif ngan Kakak Alessa. Sampai tak tido sehari suntuk.

Alhamdullilah. Rumah Opah dah berganti langsir, bermop, ber vacum bagai.. Tapi bukan Mama yang buat macam selalu. Kali ni Mama bawak 2 pembantu tolong Mama. heheheh.. ngelat btol.

Sampai Seremban tengok rumah Opah macam lepas kemas. Rupanya Mummy datang berbuka semalam dan tolong kemas. Tqvm to my SIL, Lin!

Berbuka ngan ala kadar jek kat Seremban. Ari Sabtu Mama goreng NGC, (Nasi goreng cina daa..) + ada Bakso made by my 2 helper. Esoknya buat Mee goreng plak. + Nasi ada lauk2 beli jek kat Pasar Ramadan Paroi Jaya.

Punyala macam2 Scha makan. Dari Bakso ke Roti Canai.. dari Sumi ke Vitagen.. Semua Scha nak rasa.. tapi badan tetap maintain. (macam Mama muda2 duluuu.... T____T )

Masa ni Scha dah pandai naik basikal Abang Akif. Suprise me, Scha boleh kayuh. Tapi sikit je la. Yang lain Mama plak kene seat kat belakang bawak Scha pusing2. Ponek Mama tau!

Tap Tup Tap Tup, dah 2 minggu posa, abis minggu ni dah 3 minggu posa.. pantas btol masa jalan. Kalo lari entahla....

Tahun ni raya mana ye kita?.. Kalo Daddy raya Telok Bakong, kita balik Ipoh dulu. Kalo tak, kita balik Telok Bakong dulu. Salah sorang between me and Daddy akan bawa Opah balik kg. Mama dan Ayah tak kisah raya mana dulu sebab Telok Bakong dan Ipoh dekat sangat. Yang penting Mama nak ke kubur Atuk di pagi raya..

Tahun ni mesti seronok raya sebab Scha dah boleh jalan. Baju raya Scha punyala banyak di beli dek Pak Ngah. Bertuah ko nak..


Baju raya tahun lepas..




p/s: Been very busy lately.. Mama banyak snap ur pic tapi tak sempat upload.. sori dear..

♥'s,


Friday, August 28, 2009

Yo! Yo! la sangat di bulan Ramadan..






Lamer plak tak update pasal Scha. Not feeling well and running out of time.. Semalam sempat suruh Scha posing ala2 hip hop.. Perrghhh.. pakai jek rantai ngan 'cpek' terus takmo bukak2..

Aritu Scha kan tak sihat.. Alahamdullillah, la ni dah ok tinggal batuk jek ada skit lagi. Scha tak pandai buang kahak, puas Mama demo buat2 batuk pastu hak tuiiiiiiii... hehheheeh.. tak jadik gak.

Scha dah pandai sebut nyamuk. Yang bestnya semua insect, Scha panggil nyamuk. Nampak semut panggil nyamuk, nampak lalat panggil nyamuk, nampak lipas pun nyamuk gak! hahahha...



p/s: bila la Ayah nak bawak kita shopping raya.... kalo Scha dah pandai cakap kan senang. T___T

♥'s,

Friday, August 21, 2009

هاڤڤي رمضان 2009







" May this Ramadan be a month of blessings,

A month full of forgivenesses and guidances

for our family.. amin."







♥'s,

Thursday, August 20, 2009

A monkey in you!


tak sabar nak kuar.

terus panjat nak capai mangga..

heran napa Mama tak bukak2 pintu...


Semalam Mama balik dari ofis nak amik Scha kat umah Opah, terkejut Mama tengok Scha panjat pintu Opah. Punyala excited tengok Mama balik. Lately Mama peratikan Scha suka panjat sana sini pastu sesuka ati jek lompat tak kira tinggi ke rendah.. isk..isk.. pening lalat Mama!

Petang hari Isnin aritu hujan dan angin kuat sangat sampai pokok rambutan kat rumah Opah tumbang. Dah 30 tahun umur pokok tu. Dah banyak hasil dia kita ngap! Sedap buah rambutan pokok ni. Masa tumbang pokok ni dah berbunga dan ada yang dah berbuah ijau.

Opah cite, masa ni angin kuat, Opah + Atuk dok perati zink terangkat angkat. Tetiba jek pokok ni slow jek tumbang. Nasib baik tak tumbang arah ke rumah.



lepas ni kita tibai pokok rambutan Opah Esah je laa..




p/s: Despite all the monkey business, there's still a soft side in you. I love the way your sweet and slow voice calling me Mama. I love the way you kiss people with "muaahhh..", I love when you always hug me and Ayah. I love to see you happy, i love you, dont forget that ever...

♥'s,

Monday, August 17, 2009

Mya Natasya Mior Azizul


" jom kita jalan2... "

~ 2 cutey cousin ~



Nasib baik ari Jumaat masa Scha tak sihat Opah Seremban ada. Opah + Atuk gi Lumut ada mesyuarat PESARA. Opah patutnya nak tolong Opah Lela masak tapi risaukan Natasya, Opah pun tunggu dan jagakan Natasya jap. Mama pun amik cuti sebab risaukan Scha.


Ari Sabtu kita antar Opah balik Seremban. Opah dah stay KL dari ari Ahad aritu. Kita terus gi umah Daddy sebab keta Opah kat situ. Seronok Scha main ngan Kakak Alessa, Abang Akif dan Arif. Kita gi jap je sebab Mama + Ayah kena balik awal sebab esoknya ada catering.


Kakak Alessa suka main ngan Scha sampai nak ikut kita balik KL. Mama suruh Kak Alessa kemas packing baju sendiri. Beria Kak Alessa kemas. Tengok gambar Kak Alessa dok pegang baju dia nak ikut gi KL. (t-shirt-panties-stokin abang..hehehh) Tapi akhirnya kene tinggal kat umah Opah... hehehheh.. ( sori ye Kak Alessa.. u still small)


same beautiful necklace bought by Opah... tq Opah.


♥'s,


Monday, August 10, 2009

Happy Birthday Kakak Zara!






Semalam sehari suntuk Scha tak tido!! Malam baru Scha tido. Tido awal pukul 9 malam. Sekejap jek netek masa Mama tengah nonton Jangan Lupa Lirik sambil Mama nyanyi Scha dah terlelap.

Serius Scha penat giler.

Dari hari Sabtu, siang tolong Mama + Ayah overhaul rumah... hehehh.. berabuk ngan lantai pijak cnfm tapak kaki itam. Tu belum bilik ayor... Jadik Mama mengerah tenaga Ayah + Scha untuk kemas rumah sempena nak puasa... (to ayah, kemas raya lain kay.. jgn senang ati sangat...)

Malam Sabtu plak kita gi rumah arwah Tok Berahim. Ada perbincangan kahwin buat Auntie Shirin. (berkampung gitu..)

Caterer untuk kawin Auntie Shirin nanti amik catering kita.. dulu lagi masa arwah ada dah sebut pasal ni. memula Mama tolak sebab rasa macam risau bangat nak masak kasik Opah Lela & the crew bertandang makan... lagipun berangan nak la jadik orang sebelah.


Tapi bila di pikior banyak2 kali... rasanya tak salah.. lagi pun itu semua pengalaman. Mama nak jadi Caterer yang serba boleh!


Tapi lagik sekali bila isu pasal Caterer di sebut masa kat umah arwah.. Mama goyah balik.. (risau weiiii...) . Macam2 perasaan ada... kerisauan melanda. (i got to be strong.. think positive Mama!!.. i wish you can say that to me..)


Apapun Mama pernah buat catering 1200 pax cuma kali ni lain..

lain sebab Mama takut sangat kalau ada perbandingan..,
Mama risau Opah Lela tak sudi makan nanti... (isk.sampai kesitu plak pikior..)..,
Mama tak tau nak kira camne.. kang termahal... tapi takleh gak rugi,
Mama takut tak dapat nak contribute untuk belah Opah Lela sebab sibuk urus catering.. walhal Paklong yang kahwin ni. (wajib kena contribute.. )
Esoknya lepas catering, wedding Paklong plak (wajib, harus hadir, kalo tak kena buang daerah..) cnfm muka macam cipan yang stress tahap gaban..
Geram!! mesti tak best tengok Mummy, Mama Yati, Mama Ina, Mama Nim, Umi, Auntie Wani yang semuanya gedik2 melaram nanti.. jealous la i..



Eh.. dah lari topik ni.. jom kejar balik!! (buat2 lupakan seketika pasal catering tu.. ada 3 more months to go ..)

Sambung cite kat umah arwah Tuk Berahim, Scha as always will be super duper hyper active sebab lepas di injet ngan vitamin triple dccvx7abcx00000000 energy. (wtf..)

Ponek Mama! Ayah aka orang lelaki rilek jek... Mama peratikan kebanyakan bapa2 bila jaga anak.. borak jek lebih. Dah jatuh anak tu barulah nak perati betul2.



Sempat buat sambutan birthday Kakak Zara, cucu arwah Tuk Berahim. She's 2 years old on 6 August 2009. Saja sambut ari Sabtu sebab masa tu ramai family kumpul menurut kata mama Zara.


Masa nak tunggu tiup kek adalah sangat kelakar.. dan bila masa makan kek lagik lee sangat kelakar.

tak kasik orang pegang.. nak pegang sendiri..


dapat jek green light terus grab cupcake sumbat kat mulut, ni le hasilnya..


sampai lubang2 idung kaler2... namun tatap menjadik pojaan Mama!!


others kid eat too but nope as clean as u dear....


Odw dalam keta Scha tertido sambil netek. Tu pun dah dekat midnight.

Esoknya ari Ahad, Opah, Abang Akif, Kakak Alessa, Arif singgah umah kita. Diorang balik Kg, Perak. Kita pun patut balik tapi di sebabkan ada perbincangan tak dapek doo..

Punyala seronok Scha main sampai takyah tidur2. Datang plak Abang Khilfi dan kakak2nya yg gediks. Petang plak gi padang ada senam aerobik. Balik rumah Hakim datang... Main saja la sehari suntuk.

Kakak Alessa sampai cakap sendiri.. "Alessa tidur sini ah..".. seronok sangat Kakak Alessa jumpa Scha. Eh, Kakak Alessa panggil awak Mya. Daddy's family panggil awak Mya.

Mama pun seronok ramai orang bertandang rumah kita semalam, macam raya plak sampai tak sempat snap gambar apapun... seronok melayan... layannnnnnnnn...







p/s: Hope somebody (not from Ayah's side) will give me some good advise regarding me doing catering for Paklongs Wedding.. am i doing the right things? do i look bad if i don't be the "orang sebelah" for Paklongs side.. kekadang dok cakap sendiri, be positive tapi biasala pompuan.. emosi macam c***bai..

♥'s,

Wednesday, August 5, 2009

Pirates Of Caribbean part 4



Scha bz pilihkan kostum buat abang2..



Semalam kita gi kedai sewa kostum lagi. Kali ni carikkan baju untuk AbangChik dan Abang Zarief. Cari kostum ala2 Pirates Of Caribbean.


on our way there..


Aritu dekat jek kat Seri Rampai. Kali ni kat Ampang plak. Kat Seri Rampai lebih banyak kostum cuma tak ada kostum untuk budak2.



cantique costume


Ok gak kat sini ada banyak kostum untuk budak2 complete ngan pelbagai aksesori. Ada baju Snow White, animal costume, cowboy, nak jadik samurai pon bole.. senang tengok kat website, cantiquecostume.com. Aksesori untuk hantaran pun ada macam2 sangkar boleh di sewa.







Sampai jek terus cakap apa tema nak.. dan terus try baju untuk abang2.


terus suka dan terus book



aksesori untuk kostum ni topi, kasut ngan pedang... wOOooo..

tapi sibuk main tongkat devil, kapak dan macam2 lagi..



kakak jek tak tau, need Mama Ina nye opinion..


Scha plak macam biasa, mana bleh duduk diam.. Scha pun sibuk menery jugak.


suka sangat Scha ngan topi tu sampai takmo bukak..

seronok sangat Abangchik ngan Abang Zarief dok main lawan2 abis satu kedai..







p/s: one day i wish to make a costume birthday party for u..

♥'s,

Scha ♥ Opah




sempat main toys kat Giant ngan Opah


Scha ada 2 Opah. (tu belum masuk Opah2 sedara yang beribu ribu lemon..)

Satu Opah kat KL, satu lagi di Seremban. Opah kat Seremban emak Mama.

Opah kat Seremban bela Scha dari Scha lahir sampai usia 4 bulan. Lepas tu kita balik KL.

Dari usia Scha lahir sampai nak masuk 4 bulan, selalunya Opah yang mandi dan siapkan Scha. Mama masa pantang tak leh nak gerak aktif sebab bengkak kat tempat jahit.

Sekarang ni bila dah besar walau Scha tak jumpa Opah hari2 sebab Opah duk Seremban, what amazed me, bila Scha ingat Opah.


Walau kita sebulan 2 kali jenguk Opah, Scha tetap ingat Opah. Everytime when u see Opah u will run to Opah. Scha akan peluk cium Opah. Bila dah ada Opah mulala semua nak Opah buatkan..


Agaknya Opah selalu cuci yakyak Scha masa kecik kot.. (orang dedulu cakap, bebudak akan sayang kat orang yang selalu cuci yakyak dia.. kira macam ada bonding gitu)



Opah suruh Scha buat peace..
tergelak besar Opah bila ur peace guna 2 tangan dengan 2 jari telunjuk dirapatkan!







♥'s,


Heavennya Scha makan Aiskrim...



Mama jangan usik! Scha boleh pegang sendiri ye...






♥'s,



Tuesday, August 4, 2009

Scha with Handbag




hi world! Look at me.. look and learn on how to be more stylo..




Dunno why these day Scha always wanted to dressy with Mama's handbag.


Yang tak bole blah Scha mesti nak 2 handbag. Yang KG nye, handbag tu main sarung jek kat leher. Yang lagik satu style la sikit anak Mama pegang.


Bila dah bergaya ngan handbag ni punyalah payah nak mintak pegangkan..


Yang heran banyak2 beg, 2 beg ni jugak yang Scha berkenan..




different day but the same style with those bag...

new bike! and still manage holding it the way it shoul be..







p/s: As you growing liking to be more girlish, its relieved me, thank you Allah..


♥'s,


Blog Widget by LinkWithin
Daisypath Anniversary Years Ticker
Lilypie Kids birthday Ticker