Showing posts with label Healthiness. Show all posts
Showing posts with label Healthiness. Show all posts

Monday, August 17, 2009

H1N1



It is high! with 62 death!



Scha demam start ari Khamis. Tengah malam rabu masa Scha tido Mama dah nampak Scha lain macam bila asyik tercungap cungap jek. Esok petang tu Scha tetiba muntah. Badan pun rasa panas. Terus Mama yang tengah makan dukung bawak Scha gi Klinik. Doktor cakap tonsil Scha bengkak, merah. Mama terus tanya bukan H1N1? (doktor pun pakai mask, Mama think we should start wear it too..)

Doktor terus kasik penerangan, menurut doktor risiko tu ada bila kita tak sihat lebih mudah kita di jangkiti. Doktor siap kasitau yang H1N1 ni akan berterusan menjangkiti ramai orang sampai tahun depan pun belum tentu stop. Risau giler Mama. But how am i to prevent you from all this.. To stop you from going public places is not easier. Im not taking care of you full timer.. tu yang payah.. Kekadang Opah + Atuk bawak kuar, kekadang Pak Ngah.. even me myself dok bawak Scha ke Jusco, Care4 bagai.. terlupa pasal H1N1. Bila tengok orang lain pakai mask baru la berhati hati skit...


Arini Mama plak rasa sakit tekak (mungkin sebab banyak kali dok sedut hingus Scha guna mulut..)
Scha arini demam dah surut.. selsema ada lagi. Kahak yang banyak. Bila tidur mesti Scha macam susah bernafas, pastu terbatuk ngan banyak kahak kuar tapi Scha tak pandai buang Scha telan balik. Kekadang Mama sempat tiarapkan Scha paksa Scha kuarkan. Mama masukkan jari sikit dan paksa Scha muntahkan. Menangis nangis Scha, Mama sendiri menangis dalam hati, pedih hati Mama terpaksa buat macam tu...

Memula Mama dok kasik semua ubat sekaligus. (Ubat Demam, Batuk, Kahak, Selsema, Antibiotik) Pastu Mama Ina kasitau cure step by step, its not good to give so many medicine to kids. Betul gak. Mama risaukan tonsil Scha so Mama kasik Antibiotik + Kahak + Demam. Esok Mama tukar plak Antibiotik + Kahak + Selsema. Pastu ada yang kasitau yang penting turunkan fever dulu.. minum air epal.. minum air kelapa+kurma.. macam2 Mama try sebab risau sangat...

Dulu Mama ada wat entry pasal H1N1.. masa tu heran napa kerajaan macam rilek jek.. tak suruh orang ramai pakai mask ke apa...

Sekarang ni dah ramai mati sebab H1N1, still kata taknak istihar darurat. Mungkin belum ada orang penting yang mati. Yang mati cuma rakyat biasa. WTF!!

Utusan Malaysia ari ni muka depan "H1N1 kini tahap tenat" Darurat takleh di istihar sebab banyak faktor. (Faktor ekonomi paling utama. Karang ramai plak yang istihar bangkrup..)


Yang atas tu kot dah kebas laki orang..


Nak dekat puasa, rasanya takyah le kita gi berhimpit himpit beli juadah puasa. Tinggi risiko di jangkiti nanti. Ayah meniaga kat Pasar Ramadan tahun ni, risau gak Mama. (will urge him to wear mask.. and please maintain ur cleanliness dear...)

Tapi sikap kita sendiri yang selalu dok amik mudah yang memudaratkan dalam diam. Selalu anggap diri kita takkan kena. Walhal orang yang dah kena pun selalu berfikiran yang dia takkan kena. Maknanya sama je kita. Sikap amik mudah selagi tak kena batang idung sendiri!





p/s: "Ya Allah lindungi kami dari penyakit H1N1, kuatkan tubuh badan kami andai ada yang menghidapi, jauhkan dari anak2 kecil, ya Allah.."



♥'s,


Wednesday, June 24, 2009

Influenza A (H1N1) semakin menular!




Influenza A (H1N1) known before as Selsema Babi



Sila klik disini untuk maklumat terbaru H1N1. Atau yang bergambar klik disini. (much clear info)

Mama baca dan dengar banyak sekolah di tutup akibat wabak ni. Latest, 4 sek dah di tutup.


info dari kosmo.com



Ni sekolah yang ditutup. Ada gak kelas yang di tutup (Pelik!! Nape kelas je? Murid dan cikgu tu tak ada kawan kat kelas lain ke??)



Sekolah ditutup, Ibubapa di arahkan bawak anak balik dan kurantin di rumah. Yakin ke diorang di kurantin? Mana tau bawak gi pusat membeli belah macam Giant, Tesco, KLCC ke... macamana?

Dalam menangani wabak H1N1, kita perlu jaga kesihatan, kebersihan dan elakkan gi tempat tempat awam. Kurangkan sosial life anda buat masa ini.


Sebelum ni Mama macam wat tak kisah tapi bila Opah Seremban call pesan jangan bawak Natasya gi tempat awam baru Mama berpikir sejenak. Jangan anggap takkan kena kat kita, orang lain yang dah kena virus pun mesti sebelum ni berfikiran negatif macam kita. (its not a positive thought for this case)


Sedikit info mengenai Influenza A (H1N1):

Apakah Virus Influenza A (H1N1)?
Virus Influenza A (H1N1) adalah sejenis penyakit respiratory yang ditemui dalam kawanan babi disebabkan oleh virus influenza jenis A (H1N1). Selesema babi ini dikesan saban tahun dan biasanya terjadinya kepada mereka yang mempunyai kaitan dengan babi. Manusia biasanya tidak dijangkiti oleh virus ini tetapi jangkitan terhadap manusia telah dikesan. Virus selesema babi telah dilaporkan merebak dari manusia ke manusia lain. Tetapi pada masa lepas, pemindahan virus ini adalah terhad dan menjangkiti sehingga tiga orang sahaja.



Untuk kanak-kanak tanda-tanda dan perlu dibawa untuk dirawat adalah seperti berikut:-
• Kesukaran bernafas dan pernafasan yang terlalu cepat;
• Warna kulit bertukar kebiru-biruan;
• Tidak minum air yang secukupnya;
• Tidak bangun dan berinteraksi;
• Tidak suka dipegang dan asyik merengek;
• Simptom seperti selesema dan pulih tetapi kemudiannya berulang bersama demam dan batuk yang lebih teruk;
• Demam dan beruam.


Adakah Virus Ini Berjangkit?
CDC telah mengesahkan bahawa virus ini (H1N1) adalah berjangkit dan merebak dari seorang ke seorang manusia lain. Walau bagaimanapun masih belum diketahui cara dan bagaimana mudahnya jangkitan ini terjadi.


Apakah Tanda-tanda dan Simptom Virus Influenza A (H1N1) Terhadap Manusia?
Simptom Virus Influenza A (H1N1) ini terhadap manusia adalah sama dengan simptom selesema biasa seperti demam, batuk, sakit tekak, sakit badan, pening kepala, sejuk dan kelesuan. Ada juga sesetengah kes cirit-birit dan muntah yang berkait dengan selesema burung yang dilaporkan.Pada masa yang lepas, beberapa penyakit (kegagalan paru-paru dan sistem pernafasan) dan kematian telah dilaporkan dengan jangkitan selesema babi dalam manusia. Seperti virus selesema bermusim, selesema babi boleh menyebabkan keadaan kesihatan kronik.

Untuk Artikel penuh sila klik disini.

How did it reach Malaysia?


Kerajaan telah mengariskan 10 langkah untuk mencegah wabak ini antaranya;
1- Wajib isytihar status kesihatan
2- Majlis Keselamatan Negara diberi mandat mengambil tindakan wajar
3- Penjarakkan sosial
4- Pemeriksaan kesihatan dan suhu badan penumpang dalam pesawat
5- Topeng muka dan pelalian influenza bermusim dibekalkan
6- Tingkat kebersihan tandas awam
7- Kempen media
8- Hadkan pelawat di hospital
9- Anggota barisan hadapan menjaga kebersihan diri
10- Sebar maklumat kepada pejabat kedutaan


PENTING! JAGA KEBERSIHAN!!

Orang awam yang ingin mendapat maklumat lanjut berkaitan dengan wabak Virus Influenza A (H1N1) ini boleh mendapatkan maklumat tersebut melalui talian 03-88810200 atau 03-88810300 pada waktu pejabat atau di laman web Kementerian http://www.moh.gov.my/





p/s: Heran.. dah makin bertambah pesakit, nape kerajaan tak suruh kita pakai mask ek?.. kan ke salah satu cara to prevent..kan ke boleh berjangkit melalui udara. Saja takmo timbulkan keadaan panik ke?


♥'s,

Suntikan Imunisasi






Pagi tadi sempat bawak Scha gi injet. U get a vaccine through an injection and mouth too. Scha perlu diberi vaksin mengikut jadual imunisasi. The imunisasion is for 18 months year old babies. Should be 15hb Jun 09, tapi Mama + Ayah yang jawes bole lupa, walhal Mama dah siap setting alarm reminder lagik kat my hp since injet setahun aritu. (well, hp buat hal)


Program imunisasi boleh mengurangkan jangkitan beberapa penyakit berjangkit yang sering menyerang kanak-kanak serta mengurangkan komplikasi penyakit berkenaan, seperti kematian atau kecacatan. Imunisasi melibatkan pemberian vaksin melalui suntikan atau mulut. Vaksin ialah virus atau bakteria yang mati atau dilemahkan.
Sila klik di sini untuk jenis2 vaksin.


Cuba baca petikan artikel ni



"Suntikan imunisasi diberikan secara
berperingkat dalam jangka masa tertentu
kerana badan bayi belum dapat menghasilkan
antibodi mereka sendiri."



"Jika anda melengahkan pemberian imunisasi
kepada anak, antibodi dalam badan mereka akan
berkurang dengan cepat dan
mungkin tiada langsung jika suntikan vaksin
seterusnya tidak diberikan.



"Hanya selepas jadual imunisasi dipenuhi,
baru badan kanak-kanak dapat menghasilkan antibodi
secukupnya untuk melawan serangan virus atau bakteria.
Sebaliknya, jika suntikan vaksin kedua atau ketiga
dilengahkan sehingga beberapa bulan,
keseluruhan proses imunisasi
bagi sesetengah penyakit mungkin perlu diulang kembali
bagi mengelakkan si kecil mendapat jangkitan."



ha engko.. Mama careless. So sorry dear! Dahla sekarang ni ada macam2 penyakit!!


Alhamdullilah, menurut doktor, you're growing are within schedule. Berat normal, should be 9.5 kg but yours is 9.1 kg. Doktor cakap its good sebab ikut pada graf, ianya menaik. your last weight scale was 8.5 kg.

Mama sempat tanya doktor, do i need to give u any prevent injection due to H1N1 disease. Buat masa sekarang ni, hospital kerajaan ada sediakan injection untuk 12 jenis virus. Ada dua suntikan. Sekali suntik RM300.

Untuk wabak H1N1, doktor cuma suruh jaga kebersihan dan elakkan gi tempat awam. No need to take the injection as if you're not sending your kids to nursery, school or whichever public places.



sempat main sebelum kena injet. (was at Klinik Kita, Wangsa Maju)




p/s: "Ya Allah, elakkan kami dari gejala wabak yang melanda. Jauhkan kami dari sebarang penyakit. Lindungi anakku Mya Natasya dan anak anak kecil yang lain, Hanya padamu ya Allah, kami berlindung"


♥'s,


Thursday, May 21, 2009

Taking Care Of Your Teeth




Gigi Scha dah ada 9 batang. Mama dok ingat 4 batang kat depan tu je.. rupanya dah ada 9!.. patutla Scha demam2 aritu. Dah tumbuh gigi geraham atas kiri kanan dan gigi geraham bawah kiri kanan + kat depan bahagian bawah. Patutla tengok Scha makan beria mengunyah.
Tapi payah bnor nak tengok, Scha takmo tunjuk. Mama pun takut nak cuba rasa guna jari, takut Scha Ngap Mama! hehheh.. Scha memang kuat mengigit, pantang nampak Mama nak bukak seluar terus je laju datang nak gigit peha Mama. Ingat drumstick
KFC ape..

Anyway, Mama dok baca artikel pasal gigi and i think its something important to be share.


Pemakanan yang seimbang adalah penting untuk pembinaan
gigi yang telah pun bermula semasa bayi masih di dalam
kandungan ibu lagi. Seharusnya ibu meneruskan amalan baik
ini setelah anak itu lahir. Salah satu langkah ke arah mencapai
tahap gigi sihat seumur hidup ialah dengan mengamalkan
tabiat penyusuan yang baik. Pembersihan gigi yang baru
tumbuh boleh dibuat dengan menggunakan kain lembut yang
dibasahkan.

Adalah tidak digalakkan memberi susu botol semasa anak-anak
sedang tidur. Ini kerana, sekiranya gigi itu terendam dalam
susu tersebut semasa anak sedang lena, gigi akan mudah
berlubang iaitu karies botol susuan.

Gigi yang sering kali terlibat dengan kejadian ini ialah gigi
hadapan. Sekiranya keadaan bertambah teruk, ia akan
menyebabkan kehilangan gigi susu lebih awal daripada masanya.
Ini akan menjejaskan pertumbuhan gigi kekal kelak.

Ekoran itu, masalah gigi yang tumbuh dengan tidak teratur
akan terjadi dan dari sini jugalah berpuncanya masalah-masalah
yang lain.

Sekiranya anak itu memerlukan juga minuman/susu botol semasa
waktu tidur, eloklah beri air kosong sahaja. Botol perlu
dikeluarkan apabila anak itu lena. Sewajarnya kita menghentikan
menyusu melalui botol apabila anak sudah berumur lebih kurang
2 tahun dan menggalakkan minum susu menggunakan cawan.

Peranan serta asuhan berterusan daripada ibulah yang memainkan
peranan penting untuk menentukan kesihatan mulut anak-anak.
Berus gigi perlu diperkenalkan kepada anak-anak apabila mereka
berusia 1 atau 2 tahun. Walaupun mereka belum sedar tentang
fungsi berus tersebut, sekurang-kurangnya mereka telah kenal
dan boleh diasuh cara menggunakannya sedikit demi sedikit.
"Elakkan menggunakan ubat gigi pada peringkat awal kerana mereka akan menelannya.!" Apa yang penting ialah mengeluarkan sisa
makanan di atas permukaan gigi dan tabiat ini harus dilakukan
secara beransur-ansur.

Peranan ibu seterusnya ialah memastikan anak mengamalkan tabiat
menjaga kebersihan gigi setiap kali selepas makan dan
mengurangkan makanan-makanan yang manis dan melekit. Selain itu
dapatkan pemeriksaan doktor sekerap yang mungkin.


Copyrights by Malaysian Dental Association.www.mda.org.my



"Elakkan menggunakan ubat gigi pada peringkat awal kerana
mereka akan menelannya.!"
Gosh! I've been feeding you with toothpaste! jawes Mama ni..





When you get your picture taken, everyone says, "Say cheese! Smile!" So you do - you open your mouth and show your teeth. When you see the picture, you see a happy person looking back at you. The healthier those teeth are, the happier you look. Why is that?
It's because your teeth are important in many ways. If you take care of them, they'll help take care of you. Strong, healthy teeth help you chew the right foods to help you grow. They help you speak clearly. And yes, they help you look your best.


So, it is important to take a good care of your teeth. A simple step will do.


  • Brush at least twice a day - after breakfast and before bedtime. If you can, brush after lunch or after sweet snacks.
  • Brush all of your teeth, not just the front ones. Spend some time on the teeth along the sides and in the back.
  • Take your time while brushing. Spend at least 3 minutes each time you brush.
  • Change your toothbrush every 3 months.

Do discipline yourself with those simple step.



Luv,

Mama.

Blog Widget by LinkWithin
Daisypath Anniversary Years Ticker
Lilypie Kids birthday Ticker