Showing posts with label sick. Show all posts
Showing posts with label sick. Show all posts

Monday, August 17, 2009

H1N1



It is high! with 62 death!



Scha demam start ari Khamis. Tengah malam rabu masa Scha tido Mama dah nampak Scha lain macam bila asyik tercungap cungap jek. Esok petang tu Scha tetiba muntah. Badan pun rasa panas. Terus Mama yang tengah makan dukung bawak Scha gi Klinik. Doktor cakap tonsil Scha bengkak, merah. Mama terus tanya bukan H1N1? (doktor pun pakai mask, Mama think we should start wear it too..)

Doktor terus kasik penerangan, menurut doktor risiko tu ada bila kita tak sihat lebih mudah kita di jangkiti. Doktor siap kasitau yang H1N1 ni akan berterusan menjangkiti ramai orang sampai tahun depan pun belum tentu stop. Risau giler Mama. But how am i to prevent you from all this.. To stop you from going public places is not easier. Im not taking care of you full timer.. tu yang payah.. Kekadang Opah + Atuk bawak kuar, kekadang Pak Ngah.. even me myself dok bawak Scha ke Jusco, Care4 bagai.. terlupa pasal H1N1. Bila tengok orang lain pakai mask baru la berhati hati skit...


Arini Mama plak rasa sakit tekak (mungkin sebab banyak kali dok sedut hingus Scha guna mulut..)
Scha arini demam dah surut.. selsema ada lagi. Kahak yang banyak. Bila tidur mesti Scha macam susah bernafas, pastu terbatuk ngan banyak kahak kuar tapi Scha tak pandai buang Scha telan balik. Kekadang Mama sempat tiarapkan Scha paksa Scha kuarkan. Mama masukkan jari sikit dan paksa Scha muntahkan. Menangis nangis Scha, Mama sendiri menangis dalam hati, pedih hati Mama terpaksa buat macam tu...

Memula Mama dok kasik semua ubat sekaligus. (Ubat Demam, Batuk, Kahak, Selsema, Antibiotik) Pastu Mama Ina kasitau cure step by step, its not good to give so many medicine to kids. Betul gak. Mama risaukan tonsil Scha so Mama kasik Antibiotik + Kahak + Demam. Esok Mama tukar plak Antibiotik + Kahak + Selsema. Pastu ada yang kasitau yang penting turunkan fever dulu.. minum air epal.. minum air kelapa+kurma.. macam2 Mama try sebab risau sangat...

Dulu Mama ada wat entry pasal H1N1.. masa tu heran napa kerajaan macam rilek jek.. tak suruh orang ramai pakai mask ke apa...

Sekarang ni dah ramai mati sebab H1N1, still kata taknak istihar darurat. Mungkin belum ada orang penting yang mati. Yang mati cuma rakyat biasa. WTF!!

Utusan Malaysia ari ni muka depan "H1N1 kini tahap tenat" Darurat takleh di istihar sebab banyak faktor. (Faktor ekonomi paling utama. Karang ramai plak yang istihar bangkrup..)


Yang atas tu kot dah kebas laki orang..


Nak dekat puasa, rasanya takyah le kita gi berhimpit himpit beli juadah puasa. Tinggi risiko di jangkiti nanti. Ayah meniaga kat Pasar Ramadan tahun ni, risau gak Mama. (will urge him to wear mask.. and please maintain ur cleanliness dear...)

Tapi sikap kita sendiri yang selalu dok amik mudah yang memudaratkan dalam diam. Selalu anggap diri kita takkan kena. Walhal orang yang dah kena pun selalu berfikiran yang dia takkan kena. Maknanya sama je kita. Sikap amik mudah selagi tak kena batang idung sendiri!





p/s: "Ya Allah lindungi kami dari penyakit H1N1, kuatkan tubuh badan kami andai ada yang menghidapi, jauhkan dari anak2 kecil, ya Allah.."



♥'s,


Monday, May 11, 2009

Demam! Ooo Demam! Kenapa tak ilang2...

macamana aku nak ilang, semua orang demam! (3x)


Its been 2 weeks you're sick since the fever. Risau amat Mama. Yelah, till now, hingus dok meleleh lagik. Silap Mama kot dok basahkan rambut Scha setiap kali mandi. Mama cuma kesian tengok anak Mama berpeluh peluh. Nowdays, cuaca punyala panas. Opah KL pun balik Langkawi dok demam on n off. Opah Semban pun demam gak ngan batuk bagai. Sian Opah terbatuk, perit menahan sakit tekak. Ayah batuk, Scha pun batuk2. Mama pulak yang ok.. bila dengar u batuk, hopefully with all my heart thats all your sickness will just transfer to me. Mama nak Scha sihat, its not that senang nak jaga, its just i'm so sad n worried to see u sick. Start giving u antibiotics yesterday..



p/s: To All Mothers: Is it ok, Fever+Cough+Flu to be more than 2 weeks for 1 year n 4 month + kiddo? Is there any kind of tradisional cure? Please, share with me...

concern,
mama

Tuesday, May 5, 2009

Cuaca tak Menentu..



The weather nowdays make us easily fall sick.

Sick. Almost everybody sick. Ayah, Atuk, Opah n You. U tak demam dah tp hingus dok meleleh tak sudah2. Ayah plak demam, same goes with Atuk + Opah. Tapi sebelum Ayah demam, sempat kita gi berkelah di Ulu Bendul ngan Mama Yati + Family. First time tau Scha mandi sungai. Ulu Bendul is located at Bukit Putus on the way to Kuala Pilah, Negeri Sembilan. You was so happy berendam dalam air cetek main pasir. 2 kali Scha makan pasir. Menjerit gila Mama. Mana bleh makan pasir, bahaya!.. Isk anak mama ni.. (lainkali Mama cite lagi pasal kat Ulu Bendul k..)

Berbalik pasal Ayah+Atuk+Opah yang demam. Mama terpaksa mintak sambung cuti semalam. Rasa serba salah asyik cuti je.. tapi sapa nak jaga Scha + Ayah. Hopefully Mama not gonna fall sick taking cares of my lovelife.




Wednesday, April 29, 2009

Batuk!


Arini Scha dok batuk2 plak. Mama + Ayah takde yang batuk. Opah + Atuk yang batuk. Not to blame them just to tell where the cough comes from.. sian Mama bila dengar Scha batuk. Masa tengah tido lagila, Scha sampai terbangun bangun merengek mengadu ngan Mama.

Ya Allah hilangkan segera batuk anak hamba...



Tuesday, April 28, 2009

Demam!






Scha demam. Petang Sabtu balik dari ikut Atuk + Opah gi birthday cucu Atuk Nasarudin (Atuk's friend), Mama dah rasa mcam panas skit badan anak Mama. Tapi rasanya bahang panas kat luar. Nowdays tersangat la panasnya, sampai tido malam Mama pakaikan Scha t-shirt with pampers jek.

Mama plak ngok ngek kepala tengik pi bawak Scha gi PWTC for Pesta Buku 2009. Kakak Dina, Mama Kechil + Kakak Nurin pun ikut gak. ( Gedik nak ikut..)




See how gedik's we are.. ehehehh..



Umat manusia macam semut hurung gula. Rimas gak. Sian kat u, i faster ask those Kakak2 to choose their books and chiow!

Balik umah sebelum tido Mama bagi Scha ubat demam. Malam tu Mama just tido2 ayam coz risaukan your body temperature. Pukul 3 pagi Mama rasa badan Scha panas, Mama kejut Ayah, ask him to get wet towel coz Mama nak lap2 your body and head with it. Then kita terlelap balik. Pkul 5 pagi, Mama terjaga, rasa punyalah panas badan anak Mama, kejut Ayah + Opah, Mama cakap Mama nak bawak Scha gi klinik. Mama risau sangat...

Kat klinik Doktor amik suhu badan and its was 38°. Doktor masukkan ubat dlm dubur to low down your temperature.


Today too was Auntie Wani's + Chik's engagement day. Alhamdullilah demam Scha kebah dan kita dapat gi. Balik tu, Scha not active as always, yet still u want to play, just have a look of those picture. But nearly 2 days the fever goes on n off. Sampai hari Isnin, mama terpaksa call Uncle Pejol asking for a leave coz pagi tu still bole rasa badan Scha panas dan tak sanggup rasanya Mama tinggalkan Scha. Atuk too was having a fever that day. So camno Mama nak tinggalkan kat Opah sorang..


Alhamdullilah, arini anak Mama beransur sihat but still Scha asyik nak memerap Mama. Balik keje nanti kita gi main kat padang k. Dah 5 hari rasanya Scha tak ke padang main + jumpa kengkawan. Yo!!





p/s: When you're sick, Mama r so sad.. . Sad seeing you sick, not active as always. Feel like i'm the one to blame for it. So sorry sayang.. Mama will make sure to take an extra cautious on your healthiness from todays onward.



Wednesday, March 18, 2009

"Allah pelihara anak hamba.."



Anak mama muntah lg semalam. Before this pernah gak muntah n its because of u being over hyperactive before goes to bed. Last nite pon gitu dok playfully shake ur head. Geram betul mama, bila mama marah you will play "Cak! ..Cak!..." Anyway its hard for me to get angry over u. When i make an angry face, u will keep saying " Cak!.. Cak!.." Back to the story, u muntah banyak gak n then cry.. puas mama pujuk still u crying. Sampai ayah balik dari main Futsal. (12.30p.m <---wtf..memang cari nahas!)

Talk about Ayah n his hobby, "Bola". Its not mama tak support tp kalo siang malam dok bola je, memang consider WAR! I keep imagine that one day when i serve food for Ayah, bawah tudung saji tu will lay down a BIG SOCCER BALL!!

Back to u, i just pray

"Allah pelihara anak hamba,
Nabi Muhammad membantu anak hamba,
Malaikat menatang anak hamba."

(this phrase was repeatedly said by your great2grandmother at mama side..)


Friday, March 13, 2009

Sakit YOTYOT..



Sakitnye perut! Bukan sakit nak memerut tp sakit memulas, pedih. I think i kena gastrik likes opah2. Padahal semalam makan tp malam tak makan nasi, makan Yong Tau Foo dan Laksam. Do think to eat rice but allready full. So bukan "Salah Ibu Mengandung, Salah Bapak Yang Melakukannya!! Aaarrrrggghhhhhh!!

Takleh nak blog about u today k. Anyway, today, petang karang, after work, kita balik kg. (Telok Bakung, Perak) Esok ada orang kahwin kat Manjoi, Ipoh, Perak. Keluarga Belah Arwah Tok Din, Ayah Lang. Should u call him Tuk Lang.

daa..




Blog Widget by LinkWithin
Daisypath Anniversary Years Ticker
Lilypie Kids birthday Ticker