Wednesday, October 4, 2017
Now is year 2017, Last blog 2011! HAHA
Thursday, May 12, 2011
Mior Amirul Mior Azizul

Presenting Mior Junior..
Lama giler2 tak blog nih. Ni pun semua tido, Mama cecepat login. Sory dik, apa yg dan mama cite, insyaAllah di lain ari Mama storymorry pepanjang k.
Nama: Mior Amirul Mior Asahak
Birth: 11.1.2011
Birth Weight: 2.7 kg
Place of Birth: Columbia Asia Hospital, Seremban
Fight giler mama masa nak lahirkam Mirul. Dari pukul 4.30 pm admit sampai le ke tengah malam. Alhamdullilah selamat. (thats more matter 2 me than the pain)
Kat labour room tuh ada tv.. nak tau cite apa terpasang masa mama nak beranakkan Mirol.. cite Seniman Bujang Lapok! hehhe.. serius. takde sape terpikior nak tutup tv, thank god, volume slow.
Ayah sampai tertido sebelah mama nunggu.
Apapun, Welcome to the world sayang. Moga hidup Mirol dilimpahi rezeki yg halal dari Allah. Sentiasa ingat pada Allah. Hormat pada yang tua dan jadilah anak yg soleh.
p/s: Masa Mirol lahir tengah hot cite Ustaz Amirul, people around dok panggil awk Ustaz Amirul, insyaAllah.. but the name itself, Mama n Ayah dah decide long before u were born..
♥'s,
Friday, April 16, 2010
" Nak Kurung Baju.. "
" Mammaaa,.. Nak kurung baju.. " " Nak suar jean "...
Arrrrrggggggghhh.. ari2 Scha kemaruk nak pakai baju kurung...... Lepas mandi, sblm tidur mesti nak salin pakai baju kurung. Sampai Mama + Opah dok sorokkan baju kurung dan seluar jeans.
Tapi ni semua hukum karma.. (like i know what the meaning of it...)
Dulu masa Mama kecik sampai le dah sek men, Mama hanya pakai baju kurung time raya SAHAJA.. itupun setiap kali nak pakai muka masam giler. Sampai ada sekali raya pakai time nak amik gambar SAHAJA. Menangis tak?.. nangis la, apa lagi! Sian Opah + Atuk asyik kena pujuk Mama jek.
Sekarang ni, anak Mama pulak yang dok menangis pasal baju kurung. Menangis sebab nak pakai baju kurung! Masaalah nya, sepanjang masa plak tu nak pakai baju kurungnye...
Opah dok kata, macam mana nak main bola pakai baju kurung, terus Scha tarik kain atas lutut, pegang, n kick the ball!
Nak salin baju malam sebelum tido pun nak baju kurung...
Main basikal pun berbaju kurung...
Buat masa ni ada 5 helai baju kurung Scha yang boleh di pakai. Opah nak buat + belikan lg. Mama tak kasik, Mama cakap banyak2 pun buat apa, bila dah sempit, semua sekali sempit. Tunggu besar sikit lg baru buat lagi..
Among the first baju kurung yg u ada..,
* kaler ijau masa umur belum setahun, beli siap kat pasar malam
* kaler cream, bunga halus coklat, Opah Embun beli siap raya pertama masih boleh pakai sampai sekarang.
* kaler kuning, bunga besar warna warni, Opah Lela belikan belum umur setahun, besar, skrg ni baru boleh pakai
* kaler coklat pink, yg ni tempah sedondon ngan Mama, bercekak kat ujung lengan
* kaler putih, bunga halus biru, purple, tempah masa kahwin Uda + Chik.
*latest, baru beli, Opah Intan belikan, creamy, ngan bunga halus pink, sweet sgtttt...
Same goes ngan seluar jeans, tapi for me normal jek seluar jeans, yg tak normalnya, bila baju2 Scha yg lain taknak pakai, asyik2 "kurung baju" + "seluar jeans" !
p/s: Actually i really love seeing u on those "kurung baju". So sweet, so comel.
♥'s,
Monday, April 12, 2010
Chicken Pox @ Mizel
Banyak Mama nak cite pasal anak Mama sorang ni..
Tapi reason paling kuat Mama blog kali ni takut lupa peristiwa ni.. heheh
Scha kena demam campak! Dari petang Rabu minggu lepas Scha start demam. Khamis malam semalaman Scha tak tido. Scha gatal tapak kaki. Asyik suruh Mama garu. Mama ngan Ayah teman sampai dekat pkul 4 pagi Ayah dah terlelap. Scha plak pukul 6.30 pagi baru terlelap. Tu pun for an hour jek. Esoknya Mama bawak gi klinik bila tengok kat tapak kaki ada bintik2 merah.. hati Mama dah berkata, demam campak ni..
Bawak gi Klinik Kita, lupa nama doktor tu (doktor pompuan). Doc kata bukan demam campak, virus *hfkjhh (lupa..) walau beberapa kli Mama tunjuk sana sini even kat buntut pun kuar bintik2.. and i did mention beberapa kali kata bukan demam campak ke ni doc, doc dok nafikan.. katanya kalo demam campak harus dari atas dulu.. isk..
Malam tu lg byk kuar.. (budusnya doc!) Esok baru Mama sapu bedak sejuk ngan daun semambu.. (nasib baik umah Opah Embun banyak)
Scha tak suka bila Mama sapu ngan daun semambu. Scha dok cakap "janganlah.. janganlah.."
Pastu Opah suruh tumbuk atau blend daun tu kasik jgn gatal n nampak daun..
Mama taruh dlm pool Scha (whithout u noticing it..) dan selepas mandi terpaksa struggle ngan Ayah holding u. Scha asyik nak lari jek bila Mama nak sapu ubat.. plng teruk part kat tepi2 vagina.. tebal merahnya n celah buntut.
Mama baru tau ada demam campak songsang. Aunty Su (wife Uncle Ajir, anak Wan) yg bgtau coz anaknya dulu pun gitu. Ia akan keluar dari bwh naik keatas then return back down.. kira amik masa skit nak sembuh..
Before this plan ngan Aunty Mas nak makan nasi lemak umah Mama Yatie on weekend, terus tak jadik, takut plak nanti berjangkit.
Plan nak ke PWTC for Smart Kids Education 2010 pun tak dapat gi.
What to do. Things happen beyond our planning is God fate for us. Must be a better things for us ahead. Not to regret it, take things gratefully.
Apapun, alhamdullillah, walau ur mizel belum hilang sepenuhnya, Scha tak tergaru garu sangat. Ur playing as always like there's no tomorrow. hahha..
for record: U get your chicken pox when u was 2 years 3 months 1 week & 1 days old.
p/s: One more things, manjaaaaaaanyaaaa anak Mama la ni..
♥'s,
Monday, October 19, 2009
Rindunyeeeeee....
Wahhhh.. dekat sebulan Mama tak update blog.. banyak perkara harus dilakukan.. sampai tengah tulis ni pun ngan mata ngantuk. tak cukup tido.. dari ari Rabu lepas ada 5 catering, masak jek kejenya sampai Mama kekadang pening pikir barang nak beli..
Ofis pun nak pindah dalam 3 weeks ni.. arrghhh.. nak uruskan catering lagi.. Mama risaukan Scha. Memang ada Opah2, Atuk, Pak Ngah, Mak Su boleh jaga tapi Mama rindu nak layan sendiri kerenah anak Mama.. Mama suka bila kita bergurau.. hanya kita ber2..
p/s: forgive me if i always scold u lately.. i'm tired.. i 'm bz.. i really hate myself when i'm being impatient with u.. Maafkan Mama ye sayang... (Mama tak kejar duit tapi Mama + Ayah harus cari duit untuk sediakan keperluan kita..)
♥'s,
Monday, September 28, 2009
Baju Kurung Raya Saya!
p/s: Baju raya Mama + Scha tak siap. (tailor pungkok bengkak!) Nasib baik ada Opah Embun belikan, siap Opah jahit tangan pendekkan mana patut. Tq Opah.
♥'s,
Selamat Hari Raya Aidilfitri 2009!!
~ telok bakong ~
Raya sebulan tapi bila balik ofis dah tak feel raya macam seminggu raya yang lepas. Hampir seminggu kita balik beraya di kg. Balik di malam raya, berbuka di Tapah. Raya pertama hanya kita ngan Opah jek di kg. Yang lain raya ke 2 baru balik. Raya pertama kita tido di Ipoh. Esoknya balik Telok Bakong ada wat bbq ngan pesta mercun. Best giler! (kat Ipoh pada masa yang sama wat stimboat!!..arrgghhhh rugi!!)
2 model kurus gedik say cheese!
Seronok rasanya hari raya ni walau tanpa arwah Atuk, arwah Atuk Din tetap rasa kegembiraan seakan mereka berada di sisi.. Mama pasti Atuk2 pasti tersenyum bahagia melihat anak cucunya berkumpul, beraya, bergumbira lupakan segala salah silap...
Sesungguhnya Aidilfitri kali ini membawa seribu rahmat... Alhamdullillah.
♥'s,
Wednesday, September 16, 2009
Life Is Something Wonderment
♥'s,
Berbuka Di Rumah Mama Yati
Hari Sabtu lepas kita berbuka di rumah Mama Yati. Opah Seremban pun ada. Mama request nak makan nasi lemak. Terliur bila teringat bau nasi lemak..
Lepas makan terus terlentok liuk.. Scha makan banyak nasi lemak.
Seronok sangat Scha dok main pop2 ngan Abang Khilfi dan Kakak Mimi. Tetiba Kakak Anur bangun tido, kaco daun..
" Lekas la Besar.. Minumla susu.. Susu la botol... Sampai nak masuk darjah enam.. ahaks."
♥'s,
Monday, September 14, 2009
Pasar Ramadan Danau Kota
Ayah meniaga jual Ayam Percik, Daging Dendeng, Acar Buah dan Puding Caramel.
Hari2 Mama kena masak lauk yang sama sampai tak boleh tahan tengok lauk2 tu...
Sesapa rasa nak order rendang untuk Raya bolehla hubungi kami! 012 688 9674 / 012 297 8267
Rendang Tok 1kg rm35
Daging Dendeng 1kg rm30
Last order hari Khamis ni! Meriahkan Hari Raya anda tanpa perlu bersusah payah masak rendang.. beli je cnfm pagi2 dah bleh melaram baju raya ngan hidangan dah ready atas meja.
Sambut tetamu yang pasti kagum ngan anda yang sempat masak walaupun anda bergaya vogue.
p/s: ari2 masak, aroma dok sedut ari2 tu pasal la makin debab!! (buat semua yang dok cakap "Manja!.. Lu dah gemok la sekarang!..)
Tuesday, September 8, 2009
Bila Scha besar nanti...
Scha dah belajar main bunga api. Main Pop2. Scha main ngan AbangChik (Zaidan). Lagi satu bunga api Mama kasik main, bunga api asap. Tu jek Mama kasik Scha pegang. (Tu pun jenuh Mama tunduk pegang tangan Scha.. nope! can't let u handle it by urself, not yet!)
Tahun ni tahun pertama Scha gi terawih. Sempat sekali je Mama bawak. Ari pertama terawih. Lepas tu kebz an melanda..
Mama nak sangat Scha gi terawih dari kecil sebab Mama sendiri tak punya kesempatan tu. Dah besar panjang baru merasa gi terawih. Bole kira ngan jari tangan jek berapa kali Mama gi terawih. Rugi besar!
Bila time buka posa, Scha pun sama2 berbuka posa. Semua Scha nak makan tapi takmo gemok2.. Pak Long, Pak Ngah rajin layan Scha masa berbuka.. kita berbuka kat umah Opah sebab Ayah meniaga dekat maghrib baru balik.. kekadang lepas maghrib bila ujan...
Alhamdullilah. Anak Mama makin bijak, makin comel, makin keletah.. berani buat apa saja. (risau Mama di buatnye..)
Plan to have another angel.. but tuhan belum nak kasik.. belum ada rezeki...
Harus bagaimana?
Teringat kemeriahan raya sewaktu ayah Mama masih ada...
gelak tawanya di pagi raya
pekik suaranya kejutkan anak dan anak2 buah..
yang susah bangun.. end up kena jirus ngan se jag air..
semuanya tinggal kenangan.. kenangan yg cukup indah.. cukup rindu bila di ingatkan...
Bila dah punya Scha, Mama nak anak Mama membesar punya memori indah di ari raya...
Membesar ngan cousin2.. ngan Opah2.. Atuk..
Bila Scha dah besar nanti, dah kawin, punya anak sendiri..
harus tau, bila Scha pandang anak dengan penuh kasih sayang.. macam tu la kasih Mama pada Scha.. takkan kurang selamanya...
♥'s,
Monday, September 7, 2009
Berbuka Puasa Di Seremban.
Happy cousin..
Driver lagik kecik dari passenger..
Alhamdullilah. Dapat gak kita berbuka posa di rumah Opah Seremban.
Walaupun untuk 2 ari, Opah mesti suka.
Scha sangat happy dapat main ngan Abang Akif ngan Kakak Alessa. Sampai tak tido sehari suntuk.
Alhamdullilah. Rumah Opah dah berganti langsir, bermop, ber vacum bagai.. Tapi bukan Mama yang buat macam selalu. Kali ni Mama bawak 2 pembantu tolong Mama. heheheh.. ngelat btol.
Sampai Seremban tengok rumah Opah macam lepas kemas. Rupanya Mummy datang berbuka semalam dan tolong kemas. Tqvm to my SIL, Lin!
Berbuka ngan ala kadar jek kat Seremban. Ari Sabtu Mama goreng NGC, (Nasi goreng cina daa..) + ada Bakso made by my 2 helper. Esoknya buat Mee goreng plak. + Nasi ada lauk2 beli jek kat Pasar Ramadan Paroi Jaya.
Punyala macam2 Scha makan. Dari Bakso ke Roti Canai.. dari Sumi ke Vitagen.. Semua Scha nak rasa.. tapi badan tetap maintain. (macam Mama muda2 duluuu.... T____T )
Masa ni Scha dah pandai naik basikal Abang Akif. Suprise me, Scha boleh kayuh. Tapi sikit je la. Yang lain Mama plak kene seat kat belakang bawak Scha pusing2. Ponek Mama tau!
Tap Tup Tap Tup, dah 2 minggu posa, abis minggu ni dah 3 minggu posa.. pantas btol masa jalan. Kalo lari entahla....
Tahun ni raya mana ye kita?.. Kalo Daddy raya Telok Bakong, kita balik Ipoh dulu. Kalo tak, kita balik Telok Bakong dulu. Salah sorang between me and Daddy akan bawa Opah balik kg. Mama dan Ayah tak kisah raya mana dulu sebab Telok Bakong dan Ipoh dekat sangat. Yang penting Mama nak ke kubur Atuk di pagi raya..
Tahun ni mesti seronok raya sebab Scha dah boleh jalan. Baju raya Scha punyala banyak di beli dek Pak Ngah. Bertuah ko nak..
p/s: Been very busy lately.. Mama banyak snap ur pic tapi tak sempat upload.. sori dear..
♥'s,
Friday, August 28, 2009
Yo! Yo! la sangat di bulan Ramadan..

Lamer plak tak update pasal Scha. Not feeling well and running out of time.. Semalam sempat suruh Scha posing ala2 hip hop.. Perrghhh.. pakai jek rantai ngan 'cpek' terus takmo bukak2..
Aritu Scha kan tak sihat.. Alahamdullillah, la ni dah ok tinggal batuk jek ada skit lagi. Scha tak pandai buang kahak, puas Mama demo buat2 batuk pastu hak tuiiiiiiii... hehheheeh.. tak jadik gak.
Scha dah pandai sebut nyamuk. Yang bestnya semua insect, Scha panggil nyamuk. Nampak semut panggil nyamuk, nampak lalat panggil nyamuk, nampak lipas pun nyamuk gak! hahahha...
p/s: bila la Ayah nak bawak kita shopping raya.... kalo Scha dah pandai cakap kan senang. T___T
♥'s,
Friday, August 21, 2009
هاڤڤي رمضان 2009

" May this Ramadan be a month of blessings,
♥'s,
~ Dear All, Happy Fasting ~

Esok adalah ari pertama kita berpuasa dan berbuka puasa di rumah sendiri.
Ayah meniaga kat Pasar Ramadan Danau Kota. Hopefully everythings going to be ok. Mama belum plan nak masak apa. Jap lagi harus di pikirkan. Ingat nak wat menu Ramadan untuk 5 hari. 2 ari lagik tapaw. (hehehhe..)
Sayu plak rasa hati mengenangkan Opah kat Seremban. Selalunya Mama mesti balik berbuka puasa ngan Opah. Ayah meniaga kat KL tahun ni.. kalau la Mama pandai drive...
Harap sangat Opah sihat dan InsyaAllah Mama tetap akan cari kesempatan berbuka ngan Opah..
"Selamat Menyambut Ramadan & Selamat Menjalankan Ibadah Puasa"
♥'s,
Thursday, August 20, 2009
A monkey in you!
Petang hari Isnin aritu hujan dan angin kuat sangat sampai pokok rambutan kat rumah Opah tumbang. Dah 30 tahun umur pokok tu. Dah banyak hasil dia kita ngap! Sedap buah rambutan pokok ni. Masa tumbang pokok ni dah berbunga dan ada yang dah berbuah ijau.
Opah cite, masa ni angin kuat, Opah + Atuk dok perati zink terangkat angkat. Tetiba jek pokok ni slow jek tumbang. Nasib baik tak tumbang arah ke rumah.
p/s: Despite all the monkey business, there's still a soft side in you. I love the way your sweet and slow voice calling me Mama. I love the way you kiss people with "muaahhh..", I love when you always hug me and Ayah. I love to see you happy, i love you, dont forget that ever...
♥'s,
Monday, August 17, 2009
Mya Natasya Mior Azizul
Nasib baik ari Jumaat masa Scha tak sihat Opah Seremban ada. Opah + Atuk gi Lumut ada mesyuarat PESARA. Opah patutnya nak tolong Opah Lela masak tapi risaukan Natasya, Opah pun tunggu dan jagakan Natasya jap. Mama pun amik cuti sebab risaukan Scha.
Ari Sabtu kita antar Opah balik Seremban. Opah dah stay KL dari ari Ahad aritu. Kita terus gi umah Daddy sebab keta Opah kat situ. Seronok Scha main ngan Kakak Alessa, Abang Akif dan Arif. Kita gi jap je sebab Mama + Ayah kena balik awal sebab esoknya ada catering.
Kakak Alessa suka main ngan Scha sampai nak ikut kita balik KL. Mama suruh Kak Alessa kemas packing baju sendiri. Beria Kak Alessa kemas. Tengok gambar Kak Alessa dok pegang baju dia nak ikut gi KL. (t-shirt-panties-stokin abang..hehehh) Tapi akhirnya kene tinggal kat umah Opah... hehehheh.. ( sori ye Kak Alessa.. u still small)
same beautiful necklace bought by Opah... tq Opah.
♥'s,
H1N1
Dulu Mama ada wat entry pasal H1N1.. masa tu heran napa kerajaan macam rilek jek.. tak suruh orang ramai pakai mask ke apa...
Sekarang ni dah ramai mati sebab H1N1, still kata taknak istihar darurat. Mungkin belum ada orang penting yang mati. Yang mati cuma rakyat biasa. WTF!!
Utusan Malaysia ari ni muka depan "H1N1 kini tahap tenat" Darurat takleh di istihar sebab banyak faktor. (Faktor ekonomi paling utama. Karang ramai plak yang istihar bangkrup..)
♥'s,




