Friday, August 28, 2009

Yo! Yo! la sangat di bulan Ramadan..






Lamer plak tak update pasal Scha. Not feeling well and running out of time.. Semalam sempat suruh Scha posing ala2 hip hop.. Perrghhh.. pakai jek rantai ngan 'cpek' terus takmo bukak2..

Aritu Scha kan tak sihat.. Alahamdullillah, la ni dah ok tinggal batuk jek ada skit lagi. Scha tak pandai buang kahak, puas Mama demo buat2 batuk pastu hak tuiiiiiiii... hehheheeh.. tak jadik gak.

Scha dah pandai sebut nyamuk. Yang bestnya semua insect, Scha panggil nyamuk. Nampak semut panggil nyamuk, nampak lalat panggil nyamuk, nampak lipas pun nyamuk gak! hahahha...



p/s: bila la Ayah nak bawak kita shopping raya.... kalo Scha dah pandai cakap kan senang. T___T

♥'s,

Friday, August 21, 2009

هاڤڤي رمضان 2009







" May this Ramadan be a month of blessings,

A month full of forgivenesses and guidances

for our family.. amin."







♥'s,

~ Dear All, Happy Fasting ~






Esok adalah ari pertama kita berpuasa dan berbuka puasa di rumah sendiri.

Ayah meniaga kat Pasar Ramadan Danau Kota. Hopefully everythings going to be ok. Mama belum plan nak masak apa. Jap lagi harus di pikirkan. Ingat nak wat menu Ramadan untuk 5 hari. 2 ari lagik tapaw. (hehehhe..)

Sayu plak rasa hati mengenangkan Opah kat Seremban. Selalunya Mama mesti balik berbuka puasa ngan Opah. Ayah meniaga kat KL tahun ni.. kalau la Mama pandai drive...

Harap sangat Opah sihat dan InsyaAllah Mama tetap akan cari kesempatan berbuka ngan Opah..





"Selamat Menyambut Ramadan & Selamat Menjalankan Ibadah Puasa"






♥'s,

Thursday, August 20, 2009

A monkey in you!


tak sabar nak kuar.

terus panjat nak capai mangga..

heran napa Mama tak bukak2 pintu...


Semalam Mama balik dari ofis nak amik Scha kat umah Opah, terkejut Mama tengok Scha panjat pintu Opah. Punyala excited tengok Mama balik. Lately Mama peratikan Scha suka panjat sana sini pastu sesuka ati jek lompat tak kira tinggi ke rendah.. isk..isk.. pening lalat Mama!

Petang hari Isnin aritu hujan dan angin kuat sangat sampai pokok rambutan kat rumah Opah tumbang. Dah 30 tahun umur pokok tu. Dah banyak hasil dia kita ngap! Sedap buah rambutan pokok ni. Masa tumbang pokok ni dah berbunga dan ada yang dah berbuah ijau.

Opah cite, masa ni angin kuat, Opah + Atuk dok perati zink terangkat angkat. Tetiba jek pokok ni slow jek tumbang. Nasib baik tak tumbang arah ke rumah.



lepas ni kita tibai pokok rambutan Opah Esah je laa..




p/s: Despite all the monkey business, there's still a soft side in you. I love the way your sweet and slow voice calling me Mama. I love the way you kiss people with "muaahhh..", I love when you always hug me and Ayah. I love to see you happy, i love you, dont forget that ever...

♥'s,

Monday, August 17, 2009

Mya Natasya Mior Azizul


" jom kita jalan2... "

~ 2 cutey cousin ~



Nasib baik ari Jumaat masa Scha tak sihat Opah Seremban ada. Opah + Atuk gi Lumut ada mesyuarat PESARA. Opah patutnya nak tolong Opah Lela masak tapi risaukan Natasya, Opah pun tunggu dan jagakan Natasya jap. Mama pun amik cuti sebab risaukan Scha.


Ari Sabtu kita antar Opah balik Seremban. Opah dah stay KL dari ari Ahad aritu. Kita terus gi umah Daddy sebab keta Opah kat situ. Seronok Scha main ngan Kakak Alessa, Abang Akif dan Arif. Kita gi jap je sebab Mama + Ayah kena balik awal sebab esoknya ada catering.


Kakak Alessa suka main ngan Scha sampai nak ikut kita balik KL. Mama suruh Kak Alessa kemas packing baju sendiri. Beria Kak Alessa kemas. Tengok gambar Kak Alessa dok pegang baju dia nak ikut gi KL. (t-shirt-panties-stokin abang..hehehh) Tapi akhirnya kene tinggal kat umah Opah... hehehheh.. ( sori ye Kak Alessa.. u still small)


same beautiful necklace bought by Opah... tq Opah.


♥'s,


H1N1



It is high! with 62 death!



Scha demam start ari Khamis. Tengah malam rabu masa Scha tido Mama dah nampak Scha lain macam bila asyik tercungap cungap jek. Esok petang tu Scha tetiba muntah. Badan pun rasa panas. Terus Mama yang tengah makan dukung bawak Scha gi Klinik. Doktor cakap tonsil Scha bengkak, merah. Mama terus tanya bukan H1N1? (doktor pun pakai mask, Mama think we should start wear it too..)

Doktor terus kasik penerangan, menurut doktor risiko tu ada bila kita tak sihat lebih mudah kita di jangkiti. Doktor siap kasitau yang H1N1 ni akan berterusan menjangkiti ramai orang sampai tahun depan pun belum tentu stop. Risau giler Mama. But how am i to prevent you from all this.. To stop you from going public places is not easier. Im not taking care of you full timer.. tu yang payah.. Kekadang Opah + Atuk bawak kuar, kekadang Pak Ngah.. even me myself dok bawak Scha ke Jusco, Care4 bagai.. terlupa pasal H1N1. Bila tengok orang lain pakai mask baru la berhati hati skit...


Arini Mama plak rasa sakit tekak (mungkin sebab banyak kali dok sedut hingus Scha guna mulut..)
Scha arini demam dah surut.. selsema ada lagi. Kahak yang banyak. Bila tidur mesti Scha macam susah bernafas, pastu terbatuk ngan banyak kahak kuar tapi Scha tak pandai buang Scha telan balik. Kekadang Mama sempat tiarapkan Scha paksa Scha kuarkan. Mama masukkan jari sikit dan paksa Scha muntahkan. Menangis nangis Scha, Mama sendiri menangis dalam hati, pedih hati Mama terpaksa buat macam tu...

Memula Mama dok kasik semua ubat sekaligus. (Ubat Demam, Batuk, Kahak, Selsema, Antibiotik) Pastu Mama Ina kasitau cure step by step, its not good to give so many medicine to kids. Betul gak. Mama risaukan tonsil Scha so Mama kasik Antibiotik + Kahak + Demam. Esok Mama tukar plak Antibiotik + Kahak + Selsema. Pastu ada yang kasitau yang penting turunkan fever dulu.. minum air epal.. minum air kelapa+kurma.. macam2 Mama try sebab risau sangat...

Dulu Mama ada wat entry pasal H1N1.. masa tu heran napa kerajaan macam rilek jek.. tak suruh orang ramai pakai mask ke apa...

Sekarang ni dah ramai mati sebab H1N1, still kata taknak istihar darurat. Mungkin belum ada orang penting yang mati. Yang mati cuma rakyat biasa. WTF!!

Utusan Malaysia ari ni muka depan "H1N1 kini tahap tenat" Darurat takleh di istihar sebab banyak faktor. (Faktor ekonomi paling utama. Karang ramai plak yang istihar bangkrup..)


Yang atas tu kot dah kebas laki orang..


Nak dekat puasa, rasanya takyah le kita gi berhimpit himpit beli juadah puasa. Tinggi risiko di jangkiti nanti. Ayah meniaga kat Pasar Ramadan tahun ni, risau gak Mama. (will urge him to wear mask.. and please maintain ur cleanliness dear...)

Tapi sikap kita sendiri yang selalu dok amik mudah yang memudaratkan dalam diam. Selalu anggap diri kita takkan kena. Walhal orang yang dah kena pun selalu berfikiran yang dia takkan kena. Maknanya sama je kita. Sikap amik mudah selagi tak kena batang idung sendiri!





p/s: "Ya Allah lindungi kami dari penyakit H1N1, kuatkan tubuh badan kami andai ada yang menghidapi, jauhkan dari anak2 kecil, ya Allah.."



♥'s,


Sekolah Menengah Convent, Seremban



Bila dah beranak macam bz, padahal tak bz mana pun. Kawan masa sekolah dulu ramai tapi putus hubungan gitu je. (sombong ke?.. tak tapi macam tak kisah.. walhal kan best kalo jumpa balik kengkawan lama)

Mama part ni memang fail. Bila dah bz hal lain mula la lupa diri..eh, kawan.. padahal korang semua memang senantiasa di hati. Mana bleh lupa time sek dulu..

Dapat email dari kawan sekolah rendah Mama. Tengok jek nama memang recognize. Masriwati Kunting. Terus teringat keramahan Mas yang hitam manis orangnya. She's email me through Facebook. Rupanya diorang ni dah wat gathering last year. Jealous la plak..

Mama dulu sekolah rendah dan menengah kat Sek Convent, Seremban. Old Convent. Dah tak ada dah sek ni dah pindah dan tukar nama ke Sek Sri Putri kot.. Old Convent dah tukar jadik Lake.

Kononnya masa runtuhkan dulu nak wat MetroJaya. Last2 tinggal gitu je. Yang sempat buat basement yang dah jadik tasik. What a waste.. Padahal Convent tu dulu adalah sangat nostalgic.

Apapun nie ada gambar gathering diorg. Hopefully next time i will join them. Harap2 ader yang tersurf ke sini boleh la contact2 kay..




from left: Nurul Huda Mislan, Masriwati, Fifi Fiona, Nina Azreena, Noorashikin Abdul Latiff, Zalifah Yasmin



yang ni tak berapa ingat.. yang kenal, Fifi Fiona, Masriwati, Aziah, Nurul Huda Mislan, Masleena, Mazlyna Abdul Rahman, Noorani... maaf yang tak di sebut, serious tak ingat.




p/s: entry dah lama draft dok ingat nak taruh pic masa sek tapi sampai la ni asyik lupa nak amik kat Seremban.... we we..

♥'s,

Tuesday, August 11, 2009

Chit Chat Of A Beautiful Ladies






Korang pernah tak tengok Chit Chat Of Beautiful Ladies? Ni Korea nya talk show.

First time tengok pun bila dah bosan tak ada apa menarik kat Astro. (sakit ati ngan Astro, sesuka ati jek naikkan bil.. )

Tekan2 tertekan no 303. Channel KBS World. Nampak macam game show. Saja la layan.. menarik la pulak. (masa ni dah pukul 1 pagi..)

Best rupanya talk show ni. Beautiful Ladies not only from Korea. They are foreigners. They come from all over the world. Tapi diorg ni tinggal kat Korea. Ada yang dah kahwin ngan orang Korea, ada yang belajar dan ada yang bekerja di Korea.

They talk about all the thing in Korea and about their hometown as well.. seronok tengok.

It is so hilarious to see foreigners give their perspectives on and relate their experiences in Korea. Bayangkan kita orang pompuan bila berborak pasal lelaki, kutuk lelaki.. diorg plak bandingkan lelaki Asia ngan lelaki Barat.. and they talk in fluent Korean. Kumpulan wanita ni jarang bertukar ada yang dah bertahun tahun dalam talk show ni, kiranya sambil tu diorg bleh improve bahasa Korea memasing.

Just go to youtube if you haven't heard or watch it..

Ni tersurf one of their 2008 episode, tak tau plak ade peserta dari Malaysia dulu... Sophia.

There's a Korean guy who bravely confessed his love to a Malay girl, live on TV! I think that is so interesting. I wonder if they would end up marrying each other?

Tapi ada gak part yang tak best... rasanya diorg tau Sophia ni Islam sebab tetiba ada yg mencelah masa mamat Korea ni bicara cinta,

"This is Muhammad, he's right here."

Terkejut jap tengok statement tu.. macam merpersendakan Nabi Muhammad SAW.

Seolah samakan mamat Korea ni ngan Nabi junjungan kita, Nabi Muhammad SAW.

Well, Sophia mungkin boleh tergelak gelak.. tapi tolong hati2 bila nak buat penapisan. Guna yang boleh saring triple punya...

Sila tengok sedutan ini.




♥'s

Monday, August 10, 2009

~WTF~



sakit mata.. laju le pulak..

missing you is my hobby

caring for you is my job

making you happy is my duty

And loving you is my life


You know what come across my mind one day...

Is about car registration plate number. Silly think come across my (actually clean) mind.

You know that the fastest number is Wilayah Persekutuan which starts with W. The latest you can check for an update is at http://www.jpj.gov.my/malay/plateno.htm



Have ever come to your mind when the alphabet number reach to WTF..

Do you want a vehicle with a such unique registration plate number??

Do you dare??!! Hahahhahahh.. whosoever does understand what i mean please please join me lol ........ muhahahhahahah..





note: to Scha, sorry for Mama nye dirty mind. Take it as some silly daily life joke kay.. but please mind your words in front of others...

♥'s,


Happy Birthday Kakak Zara!






Semalam sehari suntuk Scha tak tido!! Malam baru Scha tido. Tido awal pukul 9 malam. Sekejap jek netek masa Mama tengah nonton Jangan Lupa Lirik sambil Mama nyanyi Scha dah terlelap.

Serius Scha penat giler.

Dari hari Sabtu, siang tolong Mama + Ayah overhaul rumah... hehehh.. berabuk ngan lantai pijak cnfm tapak kaki itam. Tu belum bilik ayor... Jadik Mama mengerah tenaga Ayah + Scha untuk kemas rumah sempena nak puasa... (to ayah, kemas raya lain kay.. jgn senang ati sangat...)

Malam Sabtu plak kita gi rumah arwah Tok Berahim. Ada perbincangan kahwin buat Auntie Shirin. (berkampung gitu..)

Caterer untuk kawin Auntie Shirin nanti amik catering kita.. dulu lagi masa arwah ada dah sebut pasal ni. memula Mama tolak sebab rasa macam risau bangat nak masak kasik Opah Lela & the crew bertandang makan... lagipun berangan nak la jadik orang sebelah.


Tapi bila di pikior banyak2 kali... rasanya tak salah.. lagi pun itu semua pengalaman. Mama nak jadi Caterer yang serba boleh!


Tapi lagik sekali bila isu pasal Caterer di sebut masa kat umah arwah.. Mama goyah balik.. (risau weiiii...) . Macam2 perasaan ada... kerisauan melanda. (i got to be strong.. think positive Mama!!.. i wish you can say that to me..)


Apapun Mama pernah buat catering 1200 pax cuma kali ni lain..

lain sebab Mama takut sangat kalau ada perbandingan..,
Mama risau Opah Lela tak sudi makan nanti... (isk.sampai kesitu plak pikior..)..,
Mama tak tau nak kira camne.. kang termahal... tapi takleh gak rugi,
Mama takut tak dapat nak contribute untuk belah Opah Lela sebab sibuk urus catering.. walhal Paklong yang kahwin ni. (wajib kena contribute.. )
Esoknya lepas catering, wedding Paklong plak (wajib, harus hadir, kalo tak kena buang daerah..) cnfm muka macam cipan yang stress tahap gaban..
Geram!! mesti tak best tengok Mummy, Mama Yati, Mama Ina, Mama Nim, Umi, Auntie Wani yang semuanya gedik2 melaram nanti.. jealous la i..



Eh.. dah lari topik ni.. jom kejar balik!! (buat2 lupakan seketika pasal catering tu.. ada 3 more months to go ..)

Sambung cite kat umah arwah Tuk Berahim, Scha as always will be super duper hyper active sebab lepas di injet ngan vitamin triple dccvx7abcx00000000 energy. (wtf..)

Ponek Mama! Ayah aka orang lelaki rilek jek... Mama peratikan kebanyakan bapa2 bila jaga anak.. borak jek lebih. Dah jatuh anak tu barulah nak perati betul2.



Sempat buat sambutan birthday Kakak Zara, cucu arwah Tuk Berahim. She's 2 years old on 6 August 2009. Saja sambut ari Sabtu sebab masa tu ramai family kumpul menurut kata mama Zara.


Masa nak tunggu tiup kek adalah sangat kelakar.. dan bila masa makan kek lagik lee sangat kelakar.

tak kasik orang pegang.. nak pegang sendiri..


dapat jek green light terus grab cupcake sumbat kat mulut, ni le hasilnya..


sampai lubang2 idung kaler2... namun tatap menjadik pojaan Mama!!


others kid eat too but nope as clean as u dear....


Odw dalam keta Scha tertido sambil netek. Tu pun dah dekat midnight.

Esoknya ari Ahad, Opah, Abang Akif, Kakak Alessa, Arif singgah umah kita. Diorang balik Kg, Perak. Kita pun patut balik tapi di sebabkan ada perbincangan tak dapek doo..

Punyala seronok Scha main sampai takyah tidur2. Datang plak Abang Khilfi dan kakak2nya yg gediks. Petang plak gi padang ada senam aerobik. Balik rumah Hakim datang... Main saja la sehari suntuk.

Kakak Alessa sampai cakap sendiri.. "Alessa tidur sini ah..".. seronok sangat Kakak Alessa jumpa Scha. Eh, Kakak Alessa panggil awak Mya. Daddy's family panggil awak Mya.

Mama pun seronok ramai orang bertandang rumah kita semalam, macam raya plak sampai tak sempat snap gambar apapun... seronok melayan... layannnnnnnnn...







p/s: Hope somebody (not from Ayah's side) will give me some good advise regarding me doing catering for Paklongs Wedding.. am i doing the right things? do i look bad if i don't be the "orang sebelah" for Paklongs side.. kekadang dok cakap sendiri, be positive tapi biasala pompuan.. emosi macam c***bai..

♥'s,

Friday, August 7, 2009

Merdeka!!


Merdeka! Merdeka! Merdekkkkkkka!!

Tahun ni kita sambut hari Merdeka yang ke-52 dengan temanya 1Malaysia, Rakyat Didahulukan, Pencapaian Diutamakan.

Ayah sebelum bulan Merdeka lagi dah tegakkan bendera kat depan rumah. Berkibar kibar jek. Sampai Scha minta nak pegang
.


Masa ni terpinga pinga Scha bila Ayah cakap Merdeka. Esoknya baru follow..


Tetiba terpikir.. takde pun iklan Merdeka dari Petronas tahun ni... tahun lepas nya adv ingat lagi tak..? yang "Motor ni abah punya..".. best iklan tu.

Banyak mesej dalam iklan tu.. (eh..iklan tahun lepas tahun ni baru nak review..isk..isk..)

~kasih sayang seorang ayah

~mengajar anak kreativiti tanpa perlu mengeluarkan duit.

~jawapan yang di berikan pun rilek jek.. tak la mcm mak bapak sekarang, paling tidak mesti ada yang kata "banyak duit engko!"

~membalas budi dengan beli motor.. hehehh....

layankan iklan Merdeka 2008 dari Petronas.










♥'s,

Wednesday, August 5, 2009

Pirates Of Caribbean part 4



Scha bz pilihkan kostum buat abang2..



Semalam kita gi kedai sewa kostum lagi. Kali ni carikkan baju untuk AbangChik dan Abang Zarief. Cari kostum ala2 Pirates Of Caribbean.


on our way there..


Aritu dekat jek kat Seri Rampai. Kali ni kat Ampang plak. Kat Seri Rampai lebih banyak kostum cuma tak ada kostum untuk budak2.



cantique costume


Ok gak kat sini ada banyak kostum untuk budak2 complete ngan pelbagai aksesori. Ada baju Snow White, animal costume, cowboy, nak jadik samurai pon bole.. senang tengok kat website, cantiquecostume.com. Aksesori untuk hantaran pun ada macam2 sangkar boleh di sewa.







Sampai jek terus cakap apa tema nak.. dan terus try baju untuk abang2.


terus suka dan terus book



aksesori untuk kostum ni topi, kasut ngan pedang... wOOooo..

tapi sibuk main tongkat devil, kapak dan macam2 lagi..



kakak jek tak tau, need Mama Ina nye opinion..


Scha plak macam biasa, mana bleh duduk diam.. Scha pun sibuk menery jugak.


suka sangat Scha ngan topi tu sampai takmo bukak..

seronok sangat Abangchik ngan Abang Zarief dok main lawan2 abis satu kedai..







p/s: one day i wish to make a costume birthday party for u..

♥'s,

Blog Widget by LinkWithin
Daisypath Anniversary Years Ticker
Lilypie Kids birthday Ticker