Scha demam start ari Khamis. Tengah malam rabu masa Scha tido Mama dah nampak Scha lain macam bila asyik tercungap cungap jek. Esok petang tu Scha tetiba muntah. Badan pun rasa panas. Terus Mama yang tengah makan dukung bawak Scha gi Klinik. Doktor cakap tonsil Scha bengkak, merah. Mama terus tanya bukan H1N1? (doktor pun pakai mask, Mama think we should start wear it too..)
Doktor terus kasik penerangan, menurut doktor risiko tu ada bila kita tak sihat lebih mudah kita di jangkiti. Doktor siap kasitau yang H1N1 ni akan berterusan menjangkiti ramai orang sampai tahun depan pun belum tentu stop. Risau giler Mama. But how am i to prevent you from all this.. To stop you from going public places is not easier. Im not taking care of you full timer.. tu yang payah.. Kekadang Opah + Atuk bawak kuar, kekadang Pak Ngah.. even me myself dok bawak Scha ke Jusco, Care4 bagai.. terlupa pasal H1N1. Bila tengok orang lain pakai mask baru la berhati hati skit...
Arini Mama plak rasa sakit tekak (mungkin sebab banyak kali dok sedut hingus Scha guna mulut..)
Scha arini demam dah surut.. selsema ada lagi. Kahak yang banyak. Bila tidur mesti Scha macam susah bernafas, pastu terbatuk ngan banyak kahak kuar tapi Scha tak pandai buang Scha telan balik. Kekadang Mama sempat tiarapkan Scha paksa Scha kuarkan. Mama masukkan jari sikit dan paksa Scha muntahkan. Menangis nangis Scha, Mama sendiri menangis dalam hati, pedih hati Mama terpaksa buat macam tu...
Memula Mama dok kasik semua ubat sekaligus. (Ubat Demam, Batuk, Kahak, Selsema, Antibiotik) Pastu Mama Ina kasitau cure step by step, its not good to give so many medicine to kids. Betul gak. Mama risaukan tonsil Scha so Mama kasik Antibiotik + Kahak + Demam. Esok Mama tukar plak Antibiotik + Kahak + Selsema. Pastu ada yang kasitau yang penting turunkan fever dulu.. minum air epal.. minum air kelapa+kurma.. macam2 Mama try sebab risau sangat...
Dulu Mama ada wat entry pasal H1N1.. masa tu heran napa kerajaan macam rilek jek.. tak suruh orang ramai pakai mask ke apa...
Sekarang ni dah ramai mati sebab H1N1, still kata taknak istihar darurat. Mungkin belum ada orang penting yang mati. Yang mati cuma rakyat biasa. WTF!!
Utusan Malaysia ari ni muka depan "H1N1 kini tahap tenat" Darurat takleh di istihar sebab banyak faktor. (Faktor ekonomi paling utama. Karang ramai plak yang istihar bangkrup..)
Nak dekat puasa, rasanya takyah le kita gi berhimpit himpit beli juadah puasa. Tinggi risiko di jangkiti nanti. Ayah meniaga kat Pasar Ramadan tahun ni, risau gak Mama. (will urge him to wear mask.. and please maintain ur cleanliness dear...)
Tapi sikap kita sendiri yang selalu dok amik mudah yang memudaratkan dalam diam. Selalu anggap diri kita takkan kena. Walhal orang yang dah kena pun selalu berfikiran yang dia takkan kena. Maknanya sama je kita. Sikap amik mudah selagi tak kena batang idung sendiri!
♥'s,
No comments:
Post a Comment