Friday, April 16, 2010

" Nak Kurung Baju.. "



" Mammaaa,.. Nak kurung baju.. " " Nak suar jean "...

Arrrrrggggggghhh.. ari2 Scha kemaruk nak pakai baju kurung...... Lepas mandi, sblm tidur mesti nak salin pakai baju kurung. Sampai Mama + Opah dok sorokkan baju kurung dan seluar jeans.

Tapi ni semua hukum karma.. (like i know what the meaning of it...)

Dulu masa Mama kecik sampai le dah sek men, Mama hanya pakai baju kurung time raya SAHAJA.. itupun setiap kali nak pakai muka masam giler. Sampai ada sekali raya pakai time nak amik gambar SAHAJA. Menangis tak?.. nangis la, apa lagi! Sian Opah + Atuk asyik kena pujuk Mama jek.

Sekarang ni, anak Mama pulak yang dok menangis pasal baju kurung. Menangis sebab nak pakai baju kurung! Masaalah nya, sepanjang masa plak tu nak pakai baju kurungnye...

Opah dok kata, macam mana nak main bola pakai baju kurung, terus Scha tarik kain atas lutut, pegang, n kick the ball!
Nak salin baju malam sebelum tido pun nak baju kurung...
Main basikal pun berbaju kurung...

Buat masa ni ada 5 helai baju kurung Scha yang boleh di pakai. Opah nak buat + belikan lg. Mama tak kasik, Mama cakap banyak2 pun buat apa, bila dah sempit, semua sekali sempit. Tunggu besar sikit lg baru buat lagi..

Among the first baju kurung yg u ada..,

* kaler ijau masa umur belum setahun, beli siap kat pasar malam
* kaler cream, bunga halus coklat, Opah Embun beli siap raya pertama masih boleh pakai sampai sekarang.
* kaler kuning, bunga besar warna warni, Opah Lela belikan belum umur setahun, besar, skrg ni baru boleh pakai
* kaler coklat pink, yg ni tempah sedondon ngan Mama, bercekak kat ujung lengan
* kaler putih, bunga halus biru, purple, tempah masa kahwin Uda + Chik.
*latest, baru beli, Opah Intan belikan, creamy, ngan bunga halus pink, sweet sgtttt...

Same goes ngan seluar jeans, tapi for me normal jek seluar jeans, yg tak normalnya, bila baju2 Scha yg lain taknak pakai, asyik2 "kurung baju" + "seluar jeans" !




p/s: Actually i really love seeing u on those "kurung baju". So sweet, so comel.


♥'s,


No comments:

Post a Comment

Blog Widget by LinkWithin
Daisypath Anniversary Years Ticker
Lilypie Kids birthday Ticker