p/s: Baju raya Mama + Scha tak siap. (tailor pungkok bengkak!) Nasib baik ada Opah Embun belikan, siap Opah jahit tangan pendekkan mana patut. Tq Opah.
♥'s,
Monday, September 28, 2009
Baju Kurung Raya Saya!
Selamat Hari Raya Aidilfitri 2009!!
~ telok bakong ~
Raya sebulan tapi bila balik ofis dah tak feel raya macam seminggu raya yang lepas. Hampir seminggu kita balik beraya di kg. Balik di malam raya, berbuka di Tapah. Raya pertama hanya kita ngan Opah jek di kg. Yang lain raya ke 2 baru balik. Raya pertama kita tido di Ipoh. Esoknya balik Telok Bakong ada wat bbq ngan pesta mercun. Best giler! (kat Ipoh pada masa yang sama wat stimboat!!..arrgghhhh rugi!!)
2 model kurus gedik say cheese!
beraya di kg sitiawan love this moment!
Seronok rasanya hari raya ni walau tanpa arwah Atuk, arwah Atuk Din tetap rasa kegembiraan seakan mereka berada di sisi.. Mama pasti Atuk2 pasti tersenyum bahagia melihat anak cucunya berkumpul, beraya, bergumbira lupakan segala salah silap...
Sesungguhnya Aidilfitri kali ini membawa seribu rahmat... Alhamdullillah.
♥'s,
Wednesday, September 16, 2009
Life Is Something Wonderment
♥'s,
Berbuka Di Rumah Mama Yati
Hari Sabtu lepas kita berbuka di rumah Mama Yati. Opah Seremban pun ada. Mama request nak makan nasi lemak. Terliur bila teringat bau nasi lemak..
Lepas makan terus terlentok liuk.. Scha makan banyak nasi lemak.
Seronok sangat Scha dok main pop2 ngan Abang Khilfi dan Kakak Mimi. Tetiba Kakak Anur bangun tido, kaco daun..
" Lekas la Besar.. Minumla susu.. Susu la botol... Sampai nak masuk darjah enam.. ahaks."
♥'s,
Monday, September 14, 2009
Pasar Ramadan Danau Kota
Ayah meniaga jual Ayam Percik, Daging Dendeng, Acar Buah dan Puding Caramel.
Hari2 Mama kena masak lauk yang sama sampai tak boleh tahan tengok lauk2 tu...
Sesapa rasa nak order rendang untuk Raya bolehla hubungi kami! 012 688 9674 / 012 297 8267
Rendang Tok 1kg rm35
Daging Dendeng 1kg rm30
Last order hari Khamis ni! Meriahkan Hari Raya anda tanpa perlu bersusah payah masak rendang.. beli je cnfm pagi2 dah bleh melaram baju raya ngan hidangan dah ready atas meja.
Sambut tetamu yang pasti kagum ngan anda yang sempat masak walaupun anda bergaya vogue.
p/s: ari2 masak, aroma dok sedut ari2 tu pasal la makin debab!! (buat semua yang dok cakap "Manja!.. Lu dah gemok la sekarang!..)
Tuesday, September 8, 2009
Bila Scha besar nanti...
Scha dah belajar main bunga api. Main Pop2. Scha main ngan AbangChik (Zaidan). Lagi satu bunga api Mama kasik main, bunga api asap. Tu jek Mama kasik Scha pegang. (Tu pun jenuh Mama tunduk pegang tangan Scha.. nope! can't let u handle it by urself, not yet!)
Tahun ni tahun pertama Scha gi terawih. Sempat sekali je Mama bawak. Ari pertama terawih. Lepas tu kebz an melanda..
Mama nak sangat Scha gi terawih dari kecil sebab Mama sendiri tak punya kesempatan tu. Dah besar panjang baru merasa gi terawih. Bole kira ngan jari tangan jek berapa kali Mama gi terawih. Rugi besar!
Bila time buka posa, Scha pun sama2 berbuka posa. Semua Scha nak makan tapi takmo gemok2.. Pak Long, Pak Ngah rajin layan Scha masa berbuka.. kita berbuka kat umah Opah sebab Ayah meniaga dekat maghrib baru balik.. kekadang lepas maghrib bila ujan...
Alhamdullilah. Anak Mama makin bijak, makin comel, makin keletah.. berani buat apa saja. (risau Mama di buatnye..)
Plan to have another angel.. but tuhan belum nak kasik.. belum ada rezeki...
Harus bagaimana?
Teringat kemeriahan raya sewaktu ayah Mama masih ada...
gelak tawanya di pagi raya
pekik suaranya kejutkan anak dan anak2 buah..
yang susah bangun.. end up kena jirus ngan se jag air..
semuanya tinggal kenangan.. kenangan yg cukup indah.. cukup rindu bila di ingatkan...
Bila dah punya Scha, Mama nak anak Mama membesar punya memori indah di ari raya...
Membesar ngan cousin2.. ngan Opah2.. Atuk..
Bila Scha dah besar nanti, dah kawin, punya anak sendiri..
harus tau, bila Scha pandang anak dengan penuh kasih sayang.. macam tu la kasih Mama pada Scha.. takkan kurang selamanya...
♥'s,
Monday, September 7, 2009
Berbuka Puasa Di Seremban.
Happy cousin..
Driver lagik kecik dari passenger..
Alhamdullilah. Dapat gak kita berbuka posa di rumah Opah Seremban.
Walaupun untuk 2 ari, Opah mesti suka.
Scha sangat happy dapat main ngan Abang Akif ngan Kakak Alessa. Sampai tak tido sehari suntuk.
Alhamdullilah. Rumah Opah dah berganti langsir, bermop, ber vacum bagai.. Tapi bukan Mama yang buat macam selalu. Kali ni Mama bawak 2 pembantu tolong Mama. heheheh.. ngelat btol.
Sampai Seremban tengok rumah Opah macam lepas kemas. Rupanya Mummy datang berbuka semalam dan tolong kemas. Tqvm to my SIL, Lin!
Berbuka ngan ala kadar jek kat Seremban. Ari Sabtu Mama goreng NGC, (Nasi goreng cina daa..) + ada Bakso made by my 2 helper. Esoknya buat Mee goreng plak. + Nasi ada lauk2 beli jek kat Pasar Ramadan Paroi Jaya.
Punyala macam2 Scha makan. Dari Bakso ke Roti Canai.. dari Sumi ke Vitagen.. Semua Scha nak rasa.. tapi badan tetap maintain. (macam Mama muda2 duluuu.... T____T )
Masa ni Scha dah pandai naik basikal Abang Akif. Suprise me, Scha boleh kayuh. Tapi sikit je la. Yang lain Mama plak kene seat kat belakang bawak Scha pusing2. Ponek Mama tau!
Tap Tup Tap Tup, dah 2 minggu posa, abis minggu ni dah 3 minggu posa.. pantas btol masa jalan. Kalo lari entahla....
Tahun ni raya mana ye kita?.. Kalo Daddy raya Telok Bakong, kita balik Ipoh dulu. Kalo tak, kita balik Telok Bakong dulu. Salah sorang between me and Daddy akan bawa Opah balik kg. Mama dan Ayah tak kisah raya mana dulu sebab Telok Bakong dan Ipoh dekat sangat. Yang penting Mama nak ke kubur Atuk di pagi raya..
Tahun ni mesti seronok raya sebab Scha dah boleh jalan. Baju raya Scha punyala banyak di beli dek Pak Ngah. Bertuah ko nak..
p/s: Been very busy lately.. Mama banyak snap ur pic tapi tak sempat upload.. sori dear..
♥'s,