Wednesday, July 22, 2009

Al-Fatihah




Opah Lela cakap semenjak Tuk Berahim meninggal dah ada 7 kematian (yang di kenali), dan semalam yang meninggal, Ayah Mama Yati.

Sedih Mama bila dengar kesedihan Mama Yati bagitau Atuk Yunus meninggal. Terkejut sampai tanya budak2 tinggal ke... mestilah diorg balik tengok Atuk diorng kata Mama Yati.




" Berita tentang kematian orang yang kita sayang memang rasa bagai jantung di sentap, amat pedih hati tuhan aje yang tau. Patut kita yang hidup insaf pada saat kematian betapa kita harus hargai yang masih hidup lebih umpama dia akan mati esok. Tanpa amik kira walau apa ketidak sehaluan antara kita..."







Sabar ye Kak Yati, dah sampai ajal. Cuma lazimnya pasti terasa kehilangan.

Opah Lela bagitau nak gi ziarah ngan Walid, cepat2 Mama bagitau nak ikut. Mama tak bawak Scha sebab kesian Scha nanti penat dan confirm takkan duduk diam.

Opah Lela, Walid, Ayah dan Mama gerak lepas Zuhur dan sampai sejurus sebelum Asar. Alhamdullilah. Kampung Mama Yati dekat Padang Rengas, Kuala Kangsar, Perak.

Last Mama gi sini masa Mama Yati kahwin ngan Ayah Nani.

Kami gerak pulang selepas bacaan talkin di tanah perkuburan.

Sempat singgah di pekan Kuala Kangsar bawak Opah Umi, Acik Os, Auntie Erry dan anak2 pekena laksa.




Dalam perjalanan Mama dok cakap kat Ayah, Scha mesti tercari cari kita, mesti kemaruk nak menetek. Mama cakap kat Ayah, Mama rindu anak mama...

Sampai dalam pukul 10.30 malam. Sampai depan rumah, sesaat tu kereta Atuk lalu, korang nak gi amik Da (Mak Su) balik tuisyen. Happy Mama nampak anak Mama ceria macam biasa.




p/s: Buat Mama Yati, Bersabarlah dan reda ngan pemergian, semoga roh Atuk Yunus ditempatkan di kalangan orang2 yang beriman dan Alhamdullilah, tuhan amik nyawanya di bulan Rejab, bulan Allah. Al-Fatihah buat Atuk Yunus...




♥'s,

1 comment:

Blog Widget by LinkWithin
Daisypath Anniversary Years Ticker
Lilypie Kids birthday Ticker