Wednesday, June 24, 2009

Influenza A (H1N1) semakin menular!




Influenza A (H1N1) known before as Selsema Babi



Sila klik disini untuk maklumat terbaru H1N1. Atau yang bergambar klik disini. (much clear info)

Mama baca dan dengar banyak sekolah di tutup akibat wabak ni. Latest, 4 sek dah di tutup.


info dari kosmo.com



Ni sekolah yang ditutup. Ada gak kelas yang di tutup (Pelik!! Nape kelas je? Murid dan cikgu tu tak ada kawan kat kelas lain ke??)



Sekolah ditutup, Ibubapa di arahkan bawak anak balik dan kurantin di rumah. Yakin ke diorang di kurantin? Mana tau bawak gi pusat membeli belah macam Giant, Tesco, KLCC ke... macamana?

Dalam menangani wabak H1N1, kita perlu jaga kesihatan, kebersihan dan elakkan gi tempat tempat awam. Kurangkan sosial life anda buat masa ini.


Sebelum ni Mama macam wat tak kisah tapi bila Opah Seremban call pesan jangan bawak Natasya gi tempat awam baru Mama berpikir sejenak. Jangan anggap takkan kena kat kita, orang lain yang dah kena virus pun mesti sebelum ni berfikiran negatif macam kita. (its not a positive thought for this case)


Sedikit info mengenai Influenza A (H1N1):

Apakah Virus Influenza A (H1N1)?
Virus Influenza A (H1N1) adalah sejenis penyakit respiratory yang ditemui dalam kawanan babi disebabkan oleh virus influenza jenis A (H1N1). Selesema babi ini dikesan saban tahun dan biasanya terjadinya kepada mereka yang mempunyai kaitan dengan babi. Manusia biasanya tidak dijangkiti oleh virus ini tetapi jangkitan terhadap manusia telah dikesan. Virus selesema babi telah dilaporkan merebak dari manusia ke manusia lain. Tetapi pada masa lepas, pemindahan virus ini adalah terhad dan menjangkiti sehingga tiga orang sahaja.



Untuk kanak-kanak tanda-tanda dan perlu dibawa untuk dirawat adalah seperti berikut:-
• Kesukaran bernafas dan pernafasan yang terlalu cepat;
• Warna kulit bertukar kebiru-biruan;
• Tidak minum air yang secukupnya;
• Tidak bangun dan berinteraksi;
• Tidak suka dipegang dan asyik merengek;
• Simptom seperti selesema dan pulih tetapi kemudiannya berulang bersama demam dan batuk yang lebih teruk;
• Demam dan beruam.


Adakah Virus Ini Berjangkit?
CDC telah mengesahkan bahawa virus ini (H1N1) adalah berjangkit dan merebak dari seorang ke seorang manusia lain. Walau bagaimanapun masih belum diketahui cara dan bagaimana mudahnya jangkitan ini terjadi.


Apakah Tanda-tanda dan Simptom Virus Influenza A (H1N1) Terhadap Manusia?
Simptom Virus Influenza A (H1N1) ini terhadap manusia adalah sama dengan simptom selesema biasa seperti demam, batuk, sakit tekak, sakit badan, pening kepala, sejuk dan kelesuan. Ada juga sesetengah kes cirit-birit dan muntah yang berkait dengan selesema burung yang dilaporkan.Pada masa yang lepas, beberapa penyakit (kegagalan paru-paru dan sistem pernafasan) dan kematian telah dilaporkan dengan jangkitan selesema babi dalam manusia. Seperti virus selesema bermusim, selesema babi boleh menyebabkan keadaan kesihatan kronik.

Untuk Artikel penuh sila klik disini.

How did it reach Malaysia?


Kerajaan telah mengariskan 10 langkah untuk mencegah wabak ini antaranya;
1- Wajib isytihar status kesihatan
2- Majlis Keselamatan Negara diberi mandat mengambil tindakan wajar
3- Penjarakkan sosial
4- Pemeriksaan kesihatan dan suhu badan penumpang dalam pesawat
5- Topeng muka dan pelalian influenza bermusim dibekalkan
6- Tingkat kebersihan tandas awam
7- Kempen media
8- Hadkan pelawat di hospital
9- Anggota barisan hadapan menjaga kebersihan diri
10- Sebar maklumat kepada pejabat kedutaan


PENTING! JAGA KEBERSIHAN!!

Orang awam yang ingin mendapat maklumat lanjut berkaitan dengan wabak Virus Influenza A (H1N1) ini boleh mendapatkan maklumat tersebut melalui talian 03-88810200 atau 03-88810300 pada waktu pejabat atau di laman web Kementerian http://www.moh.gov.my/





p/s: Heran.. dah makin bertambah pesakit, nape kerajaan tak suruh kita pakai mask ek?.. kan ke salah satu cara to prevent..kan ke boleh berjangkit melalui udara. Saja takmo timbulkan keadaan panik ke?


♥'s,

No comments:

Post a Comment

Blog Widget by LinkWithin
Daisypath Anniversary Years Ticker
Lilypie Kids birthday Ticker