Tuesday, June 30, 2009

Laksa



Hari Isnin selalu kita gi pasar malam kat Wangsa Maju. Mama + Scha suka makan murtabak jual kat situ nama gerai dia Melati Murtabak.


Jalan2 nak gi beli murtabak, nampak satu gerai ni yang decoration dia mak aiihh, mengiurkan. Tak caya?.. cuba tengok gambar ni..


Laksa dia ok je, sedap, bahan semua cukup cuma tak pekat (kena pekat baru power bang!). Tapi decoration, Mama kasik thumbs up! Nice. Bole menang part deco tapi part rasa kena improve lagik. (tengok dulu baru rasa, ye dokk??)



♥'s,


Monday, June 29, 2009

Naik Bas!



Last Weekend, (its only yesterday lorr..) we went back to Seremban.



Balik kg Mama. Balik rumah Opah Seremban.
(dah lama tak balik Seremban.. asyik terngiang ngiang lagu.. Nak Pulang.. tak pulang.. tak pulang..)


Ada kenduri di rumah Tok Lang. Kenduri cukur jambul 2 orang cucu baru Tok Lang.Hehhehe.. ada kenduri baru le kita balik Seremban ek..


Bukan Mama takmo balik, kalo bole Mama nak terbang pulang Seremban hari2, tinggal ngan Opah. Opah tinggal sorang semenjak Atuk meninggal. (i should blog about Atuk, insya Allah. i want u to know more about arwah Atuk)


Its not that i'm not worried, but i'm in a condition that need me to stay at KL. (if ever i can change the situation which we can stay at Seremban... always i pray for that)


I'm the only daugther.. i should take care of my mother ( i know that..). If ever anyone would understand.. but please laa, dont give any reason, forever i am guilty for not staying with my mom. (takkan nak tunggu jatuh sakit baru nak terhegeh hegeh nak jaga... isk.. i am feeling guilty right now.. )(but the most annoying is that the feeling only last for a second.. anak durhaka!)


Eh, dah larik topik ni.


Nak cite pasal kita balik Semban, kali ni kita balik naik bas. Kenapa kita balik naik bas?

Sebab kita tak ada kereta.

Selalu kita gi sana sini kita pakai kereta Pak Ngah. We're still not afford to buy a car. But Mama + Ayah are planning to do so for u dear.


Pak Ngah selalu tak kasi balik naik bas. Setiap kali Pak Ngah tak fly dia akan dulukan kita kalo nak pakai keta. Tapi Mama rasa serba salah, sebabkan kita, Pak Ngah sanggup naik teksi kemana mana atau pinjam keta Pak Long. Pak Ngah is so baik hati. (ada banyak lagik benda yg Pak Ngah sacrifice yg buat Mama terharu bangat..)

forever u must always respect Pak Ngah and remember his loving for we, his family. I never found any brother as responsible as him.


But this time, Mama berkeras gak nak balik Semban naik bas. Lagipun Scha sekarang ni pantang nampak bas, mesti tunjuk bagitau Bas! Bas!.


Ni bukan first time Scha naik bas. Sebelum ni dah 3, 4 kali kot. (lupa la..) cuma kali ni Scha dah makin bijak. Kita naik bas Suasana Edaran. Mama + Ayah suka bas ni sebab selesa dan gedabak. Naik je bas.. Scha takleh duduk diam.. ke depan ke belakang. Sekejap duduk ngan Mama sekejap beralih dapat Ayah...mcm2 Scha buat.

mulut tak berenti mengunyah..



kekadang sampai driver seat Scha gi.

lucky for a second that you have a book to read..


p/s: always respect the eldest. Ignore their whatever childish things done, just remember you also going to get old too, insya Allah if god willing.

♥'s,


Friday, June 26, 2009

Your Favourite Time - Taking A Bath!!





Semenjak lahir sampai sekarang, Scha memang suka mandi. Masa kecil dulu, senang sangat mandikan Scha. Dalam bath tub dan bila besar sikit kat sinki jek.

Bila dah besar, Mama mandikan Scha dalam bilik air je dan ada gayong kecil khas untuk Scha.

Lately, Scha mandi mesti nak masuk dalam baldi. Mama guna shower jek mandikan Scha.

Scha kalo mandi suka macam lemas bila Mama jirus kepala. Scha suka sangat kalau Mama buat buih dan kasik buih tu kat Scha. Gosok gigi memang kena hari2. Kekadang senang n ada masa Scha takmo bukak mulut. Geram Mama.

Ada masa Scha takmo kuar bilik air. Apalagi Ayah pun datang bila dengar Mama ilang akal....



p/s: Mama suka sangat mandikan Scha. Tiap kali mandi Scha memang happy so that's make me happy too!

♥'s,

Thursday, June 25, 2009

Are You A Fan Of Cheesecake?



I'm selling Cheesecake!!



Here's picture and details.




Available Flavour :


Blueberry

Strawberry

Chocolate




Wanna Try?

Just Email or Contact me at

nakedheart@mail.com

012 688 9674




♥'s,

Wednesday, June 24, 2009

Fadhilat Bulan Rejab




رجب


Bulan Rejab kembali lagi yang akan menemui kita umat Islam pada hari Rabu bersamaan 24 Jun 2009 (1 Rejab 1430 H).

Rejab bermaksud ta’azim (kebesaran, keagungan, kemuliaan) kerana Allah S.W.T. akan melimpahkan rahmat-Nya, kemurahan-Nya

FADHILAT BULAN REJAB.

Ia merupakan bulan yang sangat dimuliakan di dalam Islam. Banyak hadis Rasulullah S.A.W. yang telah diriwayatkan oleh para sahabat Baginda mengenai kelebihan bulan Rejab, bulan ketujuh di dalam kalendar Islam.

Rejab bermaksud ta’azim (kebesaran, keagungan, kemuliaan) kerana Allah S.W.T. akan melimpahkan rahmat-Nya, kemurahan-Nya.


Amalan terbaik di dalam bulan Rejab ini ialah berpuasa.

Maksud hadis Rasulullah S.A.W. tentang kelebihan berpuasa di dalam bulan Rejab adalah seperti berikut:

Puasa 1 hari – Seperti berpuasa 40 tahun dan mendapat keredhaan Allah serta syurga tertinggi.
Puasa 2 hari – mendapat kemuliaan besar daripada Allah dan dilipatgandakan pahalanya.
Puasa 3 hari – dijauhkan dugaan dunia oleh Allah, dijadikan sebuah parit panjang yang menghalangnya ke neraka,
Puasa 4 hari – diselamatkan daripada siksaan akhirat kelak serta fitnah Dajjal.
Puasa 5 hari – aman dari azab kubur.
Puasa 6 hari – dibangkitkan dari kubur dengan muka bercahaya.
Puasa 7 hari – Allah mengunci 7 pintu neraka jahannam baginya.
Puasa 8 hari – Allah membuka 8 pintu syurga baginya.
Puasa 9 hari – keluar dari kuburnya lalu menyeru “Laailahaillallah” dan tidak ditolak dia dari memasuki syurga.
Puasa 10 hari – Allah memperkenankan semua permintaan dan hajatnya, dijadikan hamparan perhentian di titian Siratul Mustaqim setiap satu batu dan dijadikan 2 sayap untuk terbang seperti kilat di titian Siratul Mustaqim.
Puasa 13 hari – Saidina Ali berkata bahawa fadilatnya seperti puasa 3,000 tahun.
Puasa 14 hari – Saidina Ali berkata bahawa fadilatnya seperti puasa 10,000 tahun.
Puasa 15 hari – Allah mengampunkan semua dosanya yang lalu di samping menggantikan amalan kejahatan dengan amalan kebaikan. Saidina Ali berkata bahawa fadilatnya seperti puasa 100,000 tahun.
Puasa 16 hari – dapat melihat wajah Allah di dalam syurga dan orang pertama menziarahi Allah di dalam syurga.
Puasa 19 hari – Dibina sebuah mahligai di hadapan mahligai Nabi Allah Ibrahim dan Nabi Allah Adam.
Puasa 20 hari – Allah mengampunkan segala dosanya yang lalu, dan melakukan amalan baik dengan baki umurnya.

Sesiapa yang berpuasa 3 hari dalam bulan Rejab dan beribadat pada malamnya seperti dia berpuasa 3,000 tahun, diampunkan baginya 70 dosa-dosa besar setiap hari, ditunaikan 70 hajat ketika keluar nyawa dari jasadnya, 70 hajat ketika di dalam kuburnya, 70 hajat ketika terbang suhuf (ketika Al-Quran dinaikkan ke langit), 70 hajat ketika ditimbang amalannya di Mizan, dan 70 hajat ketika melalui titian Siratul Mustaqim.

Berpuasa pada 27 Rejab (Hari Israk dan Mikraj) seperti berpuasa 60 bulan pahalanya, jika disertai dengan sedekah seumpama puasa 1,000 tahun.
Dapat meminum air sungai yang dinamakan Rejab yang mana airnya lebih putih dari susu, lebih manis daripada manisan, lebih dingin dari salji.


Setiap umat Islam yang berpuasa di bulan Rejab seperti mengerjakan ibadat seumur hidupnya. Tambahan bersedekah seperti beribadat seribu kali haji dan umrah. Dibina untuknya seribu mahligai dengan seribu bilik dan seribu bidadari, lebih cantik daripada matahari seribu kali.

Sedekah di bulan Rejab seumpama sedekah seribu dinar, dituliskan kepada tiap-tiap helai bulu romanya seribu kebajikan, diangkat seribu darjat dan dihapuskan seribu kejahatan serta dijauhkan daripada api Neraka.

Orang yang lemah dari berpuasa di bulan Rejab hendaklah bersedekah tiap-tiap hari, sekurang-kurangnya sebuku roti.


Kelebihan lain bulan Rejab:
1. Di dalam bulan lain Allah membalas amalan umat-Nya 10 kali, tetapi di dalan bulan Rejab Allah akan membalas amalan umat-Nya 70 kali.
2. Sesiapa meminta ampun (beristighfar) pada pagi dan petang 70 atau 100 kali di dalam bulan Rejab, diharamkan tubuhnya daripada api neraka.
3. Rejab bulan Allah, Sya’aban bulan Rasulullah. S.A.W, Ramadhan bulan umat Rasulullah S.A.W. 4. Rejab adalah bulan menabur benih, Sya’aban bulan menyiram tanaman manakala Ramadhan bulan menuai.
5. Amalan di dalam bulan Rejab menyucikan badan, Sya’aban menyucikan hati manakala Ramadhan menyucikan roh.
6. Rejab adalah bulan maghfirah (keampunan), Sya’aban bulan syafaat manakala Ramadhan bulan menggandakan kebajikan.
7. Rejab adalah bulan taubat, Sya’aban bulan muhibbah manakala Ramadhan bulan dilimpahi pahala amalan yang banyak.
8. Pahala amalan baik di dalam bulan Rejab diganda 70 pahala, Sya’aban diganda 700 pahala dan Ramadhan diganda 1,000 pahala.

Beberapa amalan lain yang baik dilakukan dalam bulan Rejab:
1. Menyucikan diri daripada dosa dengan bertaubat dan memohon ampun
2. Membersihkan hati yang lalai dan alpa melalui amalan istighfar dan zikir
3. Mendekatkan diri kepada Allah dengan menunaikan solat
4. Memohon keselamatan dan kesejahteraan dengan berselawat dan berdoa kepada-Nya
5. Menginsafkan diri dengan membaca kisah teladan perjuangan Rasulullah S.A.W. dan sirah Islam lain.


Peristiwa penting yang telah berlaku dalam bulan Rejab:
1. Israk dan Mikraj (27 Rejab)
2. Solat 5 waktu difardukan ke atas umat Islam (Malam Israk Mikraj)
3. Perang Tabuk terjadi di dalam tahun ke-9 Hijrah.


Secara ringkasnya, Israk dan Mikraj adalah sebuah peristiwa di mana Nabi Muhammad S.A.W telah di”israk”kan (dibawa berjalan) dari Kota Mekah ke Baitul Muqaddis serta di”mikraj”kan (dibawa naik ke atas) ke Sidratul Muntaha untuk mengadap Allah S.W.T di mana Solat 5 waktu telah difardukan ke atas umat Islam melalui Rasulullah S.A.W.
Semuanya berlaku di dalam satu malam sahaja.


Firman Allah SWT:
Maha Suci Allah yang telah memperjalankan hambaNya pada satu malam dari Masjidil Haram ke Masjidil Aqsa yang telah Kami berkati sekelilingnya agar Kami perlihatkan kepadanya sebahagian dari tanda-tanda kebesaran Kami. Sesungguhnya Dia adalah Maha Mendengar lagi Maha Mengetahui – Petikan dari Surah Al Israa ayat 1.

DOA BULAN REJAB:


Ya Allah, berkatilah kami pada bulan Rejab dan bulan Sya’aban
serta sampaikanlah kami ke bulan Ramadan.
Aku bermohon keampunan Allah yang Maha Agung dan
tiada Tuhan melainkan Dia, yang hidup,
yang berdiri sendiri dan aku bertaubat kepadaNya.
Ya Allah, Engkaulah Tuhanku, tidak ada Tuhan yang patut disembah
kecuali Engkau yang mencipta aku.
Aku adalah hambaMu dan aku dalam genggamanMu.
Aku dalam perjanjian (beriman dan taat) kepadaMu sekadar
kemampuan yang ada padaku.
Aku berlindung kepada-Mu dari kejahatan
yang (mungkin) aku lakukan.
Aku mengakui atas nikmat yang engkau berikan
kepadaku dan mengakui dosa-dosaku.
Kerana itu aku memohon keampunan-Mu dan sesungguhnya tiada yang dapat
mengampuni dosa seseorang kecuali
Engkau Ya-Allah.


Istighfar paling baik dalam bulan Rejab:Maksudnya:
Aku bermohon keampunan Allah yang Maha Agung dan tiada Tuhan melainkan Dia,
yang hidup, yang berdiri sendiri dan aku bertaubat kepadaNya.


Kesimpulannya, bulan Rejab merupakan sebuah bulan yang banyak keistimewaannya yang dijanjikan oleh Allah S.W.T kepada umat-Nya, kerana Rejab adalah bulan Allah. Pintu rahmat terbuka luas kepada umat-Nya untuk bertaubat dan memohon ampun di atas dosa-dosa yang lepas. Namun begitu, suka diingatkan bahawa kita perlu mengerjakan segala amalan yang dituntut ini dengan sifat ikhlas, rendah diri dan tawwaduk agar ganjaran yang akan diperolehi itu ada keberkatannya.





note: Tak pernah sekali amik berat pasal bulan2 dalam Islam, walau dulu (duluuuuu..) pernah di ajar tapi seakan alpa, amik mudah bila bicara tentang Islam. Sungguh terasa naif sekali...


♥'s,



Influenza A (H1N1) semakin menular!




Influenza A (H1N1) known before as Selsema Babi



Sila klik disini untuk maklumat terbaru H1N1. Atau yang bergambar klik disini. (much clear info)

Mama baca dan dengar banyak sekolah di tutup akibat wabak ni. Latest, 4 sek dah di tutup.


info dari kosmo.com



Ni sekolah yang ditutup. Ada gak kelas yang di tutup (Pelik!! Nape kelas je? Murid dan cikgu tu tak ada kawan kat kelas lain ke??)



Sekolah ditutup, Ibubapa di arahkan bawak anak balik dan kurantin di rumah. Yakin ke diorang di kurantin? Mana tau bawak gi pusat membeli belah macam Giant, Tesco, KLCC ke... macamana?

Dalam menangani wabak H1N1, kita perlu jaga kesihatan, kebersihan dan elakkan gi tempat tempat awam. Kurangkan sosial life anda buat masa ini.


Sebelum ni Mama macam wat tak kisah tapi bila Opah Seremban call pesan jangan bawak Natasya gi tempat awam baru Mama berpikir sejenak. Jangan anggap takkan kena kat kita, orang lain yang dah kena virus pun mesti sebelum ni berfikiran negatif macam kita. (its not a positive thought for this case)


Sedikit info mengenai Influenza A (H1N1):

Apakah Virus Influenza A (H1N1)?
Virus Influenza A (H1N1) adalah sejenis penyakit respiratory yang ditemui dalam kawanan babi disebabkan oleh virus influenza jenis A (H1N1). Selesema babi ini dikesan saban tahun dan biasanya terjadinya kepada mereka yang mempunyai kaitan dengan babi. Manusia biasanya tidak dijangkiti oleh virus ini tetapi jangkitan terhadap manusia telah dikesan. Virus selesema babi telah dilaporkan merebak dari manusia ke manusia lain. Tetapi pada masa lepas, pemindahan virus ini adalah terhad dan menjangkiti sehingga tiga orang sahaja.



Untuk kanak-kanak tanda-tanda dan perlu dibawa untuk dirawat adalah seperti berikut:-
• Kesukaran bernafas dan pernafasan yang terlalu cepat;
• Warna kulit bertukar kebiru-biruan;
• Tidak minum air yang secukupnya;
• Tidak bangun dan berinteraksi;
• Tidak suka dipegang dan asyik merengek;
• Simptom seperti selesema dan pulih tetapi kemudiannya berulang bersama demam dan batuk yang lebih teruk;
• Demam dan beruam.


Adakah Virus Ini Berjangkit?
CDC telah mengesahkan bahawa virus ini (H1N1) adalah berjangkit dan merebak dari seorang ke seorang manusia lain. Walau bagaimanapun masih belum diketahui cara dan bagaimana mudahnya jangkitan ini terjadi.


Apakah Tanda-tanda dan Simptom Virus Influenza A (H1N1) Terhadap Manusia?
Simptom Virus Influenza A (H1N1) ini terhadap manusia adalah sama dengan simptom selesema biasa seperti demam, batuk, sakit tekak, sakit badan, pening kepala, sejuk dan kelesuan. Ada juga sesetengah kes cirit-birit dan muntah yang berkait dengan selesema burung yang dilaporkan.Pada masa yang lepas, beberapa penyakit (kegagalan paru-paru dan sistem pernafasan) dan kematian telah dilaporkan dengan jangkitan selesema babi dalam manusia. Seperti virus selesema bermusim, selesema babi boleh menyebabkan keadaan kesihatan kronik.

Untuk Artikel penuh sila klik disini.

How did it reach Malaysia?


Kerajaan telah mengariskan 10 langkah untuk mencegah wabak ini antaranya;
1- Wajib isytihar status kesihatan
2- Majlis Keselamatan Negara diberi mandat mengambil tindakan wajar
3- Penjarakkan sosial
4- Pemeriksaan kesihatan dan suhu badan penumpang dalam pesawat
5- Topeng muka dan pelalian influenza bermusim dibekalkan
6- Tingkat kebersihan tandas awam
7- Kempen media
8- Hadkan pelawat di hospital
9- Anggota barisan hadapan menjaga kebersihan diri
10- Sebar maklumat kepada pejabat kedutaan


PENTING! JAGA KEBERSIHAN!!

Orang awam yang ingin mendapat maklumat lanjut berkaitan dengan wabak Virus Influenza A (H1N1) ini boleh mendapatkan maklumat tersebut melalui talian 03-88810200 atau 03-88810300 pada waktu pejabat atau di laman web Kementerian http://www.moh.gov.my/





p/s: Heran.. dah makin bertambah pesakit, nape kerajaan tak suruh kita pakai mask ek?.. kan ke salah satu cara to prevent..kan ke boleh berjangkit melalui udara. Saja takmo timbulkan keadaan panik ke?


♥'s,

Suntikan Imunisasi






Pagi tadi sempat bawak Scha gi injet. U get a vaccine through an injection and mouth too. Scha perlu diberi vaksin mengikut jadual imunisasi. The imunisasion is for 18 months year old babies. Should be 15hb Jun 09, tapi Mama + Ayah yang jawes bole lupa, walhal Mama dah siap setting alarm reminder lagik kat my hp since injet setahun aritu. (well, hp buat hal)


Program imunisasi boleh mengurangkan jangkitan beberapa penyakit berjangkit yang sering menyerang kanak-kanak serta mengurangkan komplikasi penyakit berkenaan, seperti kematian atau kecacatan. Imunisasi melibatkan pemberian vaksin melalui suntikan atau mulut. Vaksin ialah virus atau bakteria yang mati atau dilemahkan.
Sila klik di sini untuk jenis2 vaksin.


Cuba baca petikan artikel ni



"Suntikan imunisasi diberikan secara
berperingkat dalam jangka masa tertentu
kerana badan bayi belum dapat menghasilkan
antibodi mereka sendiri."



"Jika anda melengahkan pemberian imunisasi
kepada anak, antibodi dalam badan mereka akan
berkurang dengan cepat dan
mungkin tiada langsung jika suntikan vaksin
seterusnya tidak diberikan.



"Hanya selepas jadual imunisasi dipenuhi,
baru badan kanak-kanak dapat menghasilkan antibodi
secukupnya untuk melawan serangan virus atau bakteria.
Sebaliknya, jika suntikan vaksin kedua atau ketiga
dilengahkan sehingga beberapa bulan,
keseluruhan proses imunisasi
bagi sesetengah penyakit mungkin perlu diulang kembali
bagi mengelakkan si kecil mendapat jangkitan."



ha engko.. Mama careless. So sorry dear! Dahla sekarang ni ada macam2 penyakit!!


Alhamdullilah, menurut doktor, you're growing are within schedule. Berat normal, should be 9.5 kg but yours is 9.1 kg. Doktor cakap its good sebab ikut pada graf, ianya menaik. your last weight scale was 8.5 kg.

Mama sempat tanya doktor, do i need to give u any prevent injection due to H1N1 disease. Buat masa sekarang ni, hospital kerajaan ada sediakan injection untuk 12 jenis virus. Ada dua suntikan. Sekali suntik RM300.

Untuk wabak H1N1, doktor cuma suruh jaga kebersihan dan elakkan gi tempat awam. No need to take the injection as if you're not sending your kids to nursery, school or whichever public places.



sempat main sebelum kena injet. (was at Klinik Kita, Wangsa Maju)




p/s: "Ya Allah, elakkan kami dari gejala wabak yang melanda. Jauhkan kami dari sebarang penyakit. Lindungi anakku Mya Natasya dan anak anak kecil yang lain, Hanya padamu ya Allah, kami berlindung"


♥'s,


Wild Animal



Bila dah bawak Scha gi Zoo, Mama pun apalagi mestila nak belikan wild animal toys untuk anak Mama.

Lari jap gi Jaya Jusco belek2 punya belek ada yang paling besar, memula ingat nak amik yang itu tapi bila pikir Scha suka baling2 barang terus amik yang kecik je. (but not the smallest)

Yang besar tu cantik, berat dan kalo baling gerenti benjol kepala!


Pandai Scha main susun2 dan seperti biasa binatang yang takleh terbang pon Scha terbangkan. hahhahah...





Be the no 10th Followers!





Have a look at your left screen ( i mean at the left side of my blog ). Look.. yeaaaa.. finally, a very first follower of our blog. Its Auntie Wani!


Mama baru jek decide nak buang gadget followers tu coz macam malu jek takda sape sudi jadik followers.


Oleh kerana itu, Mama + Scha (i know someday u will agree with me too), nak kasik hadiah kat our first followers. Tunggguuuuuu!!!

Followers (1)





By the way, i now announce, whomever be the no 10th followers will get a gift from Mama + Scha. (hehhehe... berani letak no 10 jek.. sebab terasa macam lebih elok le ngukur baju di badan sendiri.... wakakaka)



Photo Editing make my life eassier..


bosan guna Picnic been introduce to PhotoScape by Wani.





seperti biasa, must be your picture for me to edit.



Tuesday, June 23, 2009

Kuda ku Lari Lajuuuu...






Tak habis lagi kejadian di hari Ahad, 21hb June 2009. Saje Mama separate kan entry coz nak highlight lebih kat gambar Scha. (Well, ada aku kisah...hikhik)



Yang nie gambar kat Jaya Jusco, lepas makan2 kat A&W, semua ( kids k..) gi main kat rumah angin (dunno what to call it but i've been told since kid that it was rumah angin). Scha takleh masuk coz Mama takut nanti anak Mama kena buli lenyek bagai.. So Mama bawak Scha ride horse jek.. 2 kali Scha naik.


Lastly sebelum semua kuar dari rumah angin, sempat Mama selinap Scha masuk ikut tepi pass kat Kakak Nurin. (masa nih budak2 dah kurang)



tima aceh Kakak Nurin!



p/s: dulu masa Mama kecil, (all my cousin) kitaorg ramai ramai main rumah angin kat Ampang Park. Best giler masa tu. Tapi dah tak ada dah... tinggal memori jek..




Birthday Abang Zaidan





After gi Zoo, we attend a birthday celebration at Jaya Jusco Setiawangsa. We celebrate Abang Zaidannye 4th birthday. Makan makan di A&W.


You are so having fun. Plus there are Abang Khilfi, Hakim, Abang Zarif, Abang Zaidan, Kakak Mimi..... No wonder you can overcome your sleepiness.


nyanyi 2 version lagu happy birthday. Paling kuat nyanyi was Anyah n Mama!! hehhehe..

where's our food!! where's our food!!

punyala naughty korang ber2.. lari sana sini.. pastu kene tangkap..

hahahahh... struggle to free themselves from auntie wani's

nape ziq?.... ziq penat.. hehhahha.. sian birthday boy!



luvs,


Monday, June 22, 2009

ZOO NEGARA -2009




posing ngan Ayah kat entrance.



Akhirnya semalam dapat gak Mama bawak Scha jalan2 kat Zoo. Lama dah Mama plan.. (dok sebut2 kat Ayah.. tapi tak berkesempatan..)



dekat entrance



Pagi tu dapat call dari Mama Ina, ajak makan2 for birthday Abang Zaidan 4 tahun. Di sebabkan dah lama plan ( tak kira! nak gi gak!) off we go to Zoo Negara before attending Abang Zaidan nye party.



Its a first time ever you got to see so many kind of animal. At first you look sleepy but after a while you started to be so excited looking around..





memula Scha ingat betul... hehheh..


Hi! can i touch u?

Scha dok memanjat jek sana sini

selamba je nak pegang kambing tuee..


gambar dah cantik dah tapi ada bau daa... bau peluh accammm..


Best gi Zoo dan di sebabkan kesuntukan masa coz nak gi party Abang Zaidan banyak binatang yang tak sempat tengok. Singa plak tidoq. InsyaAllah di lain hari Mama + Ayah bawak k.


Gambar binatang2 yang sempat Mama Snap.







Mama : "How does a Tiger make a sound?"
Scha : "Aaaummmm!!"
Mama : "Goat?"
Scha : "EErrrkkk"


Cuma satu jek yang Mama rasa tak suka. Mahal sangat tiket. Dewasa rm15. Parking dah rm5. Kat dalam tu kita bole bagi binatang makan tapi mahal gak, nak bagi roti kat rusa je sepeket kecil macam peket keropok tu dah rm3. Bagi gajah tebu pun 2, 3 batang yang pendek dah rm3. Bagi Mama entrance tu mahal sangat, bukan semua binatang kita dapat tengok, ada yang nyorok, tido bagai..


Nak kuar plak ada satu kawasan untuk bergambar bersama binatang. Binatang yang ada kat situ burung kakaktua, kuda padi, ular sawa.. Nak bergambar pun bayar beb! Tak ingat berapa bayaran yang dikenakan tapi kalo pakai kamera sendiri diorang tolong tangkapkan, rm10.



Ayah ko punyala leka, terjerit jerit Mama panggil nak snap gambar

berani sungguh akak ni..



Diorang ni plak sekali tengok dah macam Along! Ayah bawak Scha masuk dalam tu, Mama saja la snap gambar dari luar, ada sorang mamat ni bole tegur "Kak, takleh tangkap Kak! Kena bayar rm10 kak.." Mama was like, "Aik, kan ke aku kat luar ni.." (dalam hati was like, siot jek..)





p/s: Banyak gambar Scha ngan Ayah jek kan.. mano tak eh.. bercinta la kalo Ayah ko tukang snap.. Hampeh..



Blog Widget by LinkWithin
Daisypath Anniversary Years Ticker
Lilypie Kids birthday Ticker