Thursday, May 21, 2009

Taking Care Of Your Teeth




Gigi Scha dah ada 9 batang. Mama dok ingat 4 batang kat depan tu je.. rupanya dah ada 9!.. patutla Scha demam2 aritu. Dah tumbuh gigi geraham atas kiri kanan dan gigi geraham bawah kiri kanan + kat depan bahagian bawah. Patutla tengok Scha makan beria mengunyah.
Tapi payah bnor nak tengok, Scha takmo tunjuk. Mama pun takut nak cuba rasa guna jari, takut Scha Ngap Mama! hehheh.. Scha memang kuat mengigit, pantang nampak Mama nak bukak seluar terus je laju datang nak gigit peha Mama. Ingat drumstick
KFC ape..

Anyway, Mama dok baca artikel pasal gigi and i think its something important to be share.


Pemakanan yang seimbang adalah penting untuk pembinaan
gigi yang telah pun bermula semasa bayi masih di dalam
kandungan ibu lagi. Seharusnya ibu meneruskan amalan baik
ini setelah anak itu lahir. Salah satu langkah ke arah mencapai
tahap gigi sihat seumur hidup ialah dengan mengamalkan
tabiat penyusuan yang baik. Pembersihan gigi yang baru
tumbuh boleh dibuat dengan menggunakan kain lembut yang
dibasahkan.

Adalah tidak digalakkan memberi susu botol semasa anak-anak
sedang tidur. Ini kerana, sekiranya gigi itu terendam dalam
susu tersebut semasa anak sedang lena, gigi akan mudah
berlubang iaitu karies botol susuan.

Gigi yang sering kali terlibat dengan kejadian ini ialah gigi
hadapan. Sekiranya keadaan bertambah teruk, ia akan
menyebabkan kehilangan gigi susu lebih awal daripada masanya.
Ini akan menjejaskan pertumbuhan gigi kekal kelak.

Ekoran itu, masalah gigi yang tumbuh dengan tidak teratur
akan terjadi dan dari sini jugalah berpuncanya masalah-masalah
yang lain.

Sekiranya anak itu memerlukan juga minuman/susu botol semasa
waktu tidur, eloklah beri air kosong sahaja. Botol perlu
dikeluarkan apabila anak itu lena. Sewajarnya kita menghentikan
menyusu melalui botol apabila anak sudah berumur lebih kurang
2 tahun dan menggalakkan minum susu menggunakan cawan.

Peranan serta asuhan berterusan daripada ibulah yang memainkan
peranan penting untuk menentukan kesihatan mulut anak-anak.
Berus gigi perlu diperkenalkan kepada anak-anak apabila mereka
berusia 1 atau 2 tahun. Walaupun mereka belum sedar tentang
fungsi berus tersebut, sekurang-kurangnya mereka telah kenal
dan boleh diasuh cara menggunakannya sedikit demi sedikit.
"Elakkan menggunakan ubat gigi pada peringkat awal kerana mereka akan menelannya.!" Apa yang penting ialah mengeluarkan sisa
makanan di atas permukaan gigi dan tabiat ini harus dilakukan
secara beransur-ansur.

Peranan ibu seterusnya ialah memastikan anak mengamalkan tabiat
menjaga kebersihan gigi setiap kali selepas makan dan
mengurangkan makanan-makanan yang manis dan melekit. Selain itu
dapatkan pemeriksaan doktor sekerap yang mungkin.


Copyrights by Malaysian Dental Association.www.mda.org.my



"Elakkan menggunakan ubat gigi pada peringkat awal kerana
mereka akan menelannya.!"
Gosh! I've been feeding you with toothpaste! jawes Mama ni..





When you get your picture taken, everyone says, "Say cheese! Smile!" So you do - you open your mouth and show your teeth. When you see the picture, you see a happy person looking back at you. The healthier those teeth are, the happier you look. Why is that?
It's because your teeth are important in many ways. If you take care of them, they'll help take care of you. Strong, healthy teeth help you chew the right foods to help you grow. They help you speak clearly. And yes, they help you look your best.


So, it is important to take a good care of your teeth. A simple step will do.


  • Brush at least twice a day - after breakfast and before bedtime. If you can, brush after lunch or after sweet snacks.
  • Brush all of your teeth, not just the front ones. Spend some time on the teeth along the sides and in the back.
  • Take your time while brushing. Spend at least 3 minutes each time you brush.
  • Change your toothbrush every 3 months.

Do discipline yourself with those simple step.



Luv,

Mama.

No comments:

Post a Comment

Blog Widget by LinkWithin
Daisypath Anniversary Years Ticker
Lilypie Kids birthday Ticker